Thursday, 26 May 2016

KESAN EL-NINO KEPADA MANUSIA

Oleh: ABDUL HALIM KAMIL BIN NOR RUSLI

            Mengikut sejarah, El-Nino berasal daripada perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud ‘anak lelaki’. Istilah tersebut pertama kalinya digunakan oleh nelayan di Peru dan Ekuador yang tinggal di pantai sekitar Samudera Pasifik bahagian Timur sekitar tahun 1800-an bagi merujuk kepada Jesus Christ kerana fenomena itu dikesan sekitar perayaan Krismas pada bulan Disember. Fenomena El-Nino ini telah dikesan jauh lebih awal daripada La Nino kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap nelayan di negara Amerika Selatan tersebut. Nelayan Peru mendapati sekitar bulan Disember dan Januari, hampir tidak ada langsung ikan di lautan. Tetapi, sehingga sekarang fenomena ini masih merupakan suatu kajian khusus yang belum ditemukan pola terjadinya ia.

            Secara ringkasnya, El-Nino merupakan fenomena pemanasan suhu permukaan air laut yang biasanya berlaku dalam tempoh enam hingga 18 bulan setiap dua hingga tujuh tahun di timur Lautan Pasifik berhampiran Peru. Namun, fenomena ini telah menyebabkan berlakunya perubahan iklim di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan, sementara dikawasan lain berlakunya kemarau berpanjangan. Kejadian semulajadi ini boleh berlaku apabila angin biasa bertiup dari kawasan Lautan Pasifik di benua Amerika Selatan menuju ke kawasan Australia dan negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina. Fenomena ini menyebabkan telah berlakunya perubahan iklim seperti cuaca bertukar menjadi panas dan kemarau serta kadar hujan yang sedikit di negara-negara yang berkaitan.

            Mengikut rekod, El-Nino telah melanda negara sebanyak 12 kali sejak 1951-1952 dan kejadian yang paling teruk ialah pada tahun 1997-1998 dengan catatan suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius yang direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998. Disamping itu, suhu seluruh dunia bagi sepanjang tahun 1998 ialah yang paling tinggi. Pada tahun itu, sebahagian besar kawasan di negara ini mengalami cuaca kering dan panas serta berjerebu. Isu paling mendapat liputan pada masa itu ialah krisis bekalan air di Lembah Klang. Di peringkat global pula, El-Nino pada tahun tersebut menyebabkan kerugian yang dianggar sebanyak RM112.6 billion dan angka korban melebihi 23,000 orang.

Rekod tersebut telah “dipecahkan” pada tahun 2002 seiring perubahan iklim sejagat. Fenomena El-Nino ini boleh memberi kesan kepada orang awam seperti kesan cuaca panas dan kering, krisis bekalan air dan penularan penyakit bawaan vektor, air dan makanan. Pendedahan kepada cuaca panas boleh memberi kesan yang pelbagai terhadap kesihatan manusia dari sederhana kepada teruk seperti strok haba yang boleh menyebabkan kematian.

Oleh disebabkan itu, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya lebih berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, definisi strok haba adalah paras suhu badan yang meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Ini kerana, suhu normal kepada badan manusia adalah kira-kira 37.0 darjah celcius sahaja. Hal ini kerana, sebanyak 99 kes yang berkaitan cuaca panas telah dirujuk kepada hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara dari 1 Mac hingga 27 Mac 2016. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 22 kes yang terjadi adalah disebabkan “heat cramp yang meliputi 22.22 peratus, manakala 63 kes yang berlaku disebabkan kelesuan haba yang mewakili 63.64 peratus dari jumlah keseluruhan dan 14 kes yang berpunca daripada strok haba iaitu 14.14 peratus dari jumlah keseluruhan. Justeru itu, katanya, fenomena besar seperti cuaca panas dan gelombang haba yang sedang melanda negara kita perlulah diambil perhatian yang teliti dan tegas oleh semua pihak.

Pada kebiasaannya, penyakit seperti strok haba akan mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan peluh secara berlebihan sehingga menyebabkan air yang terkandung di dalam badan berkurangan dengan cepat. Selain itu, tubuh badan manusia juga akan lebih mudah untuk terdedah kepada dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma seterusnya kematian. Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian. Proses berpeluh adalah normal, tetapi apabila kuantiti peluh yang dikeluarkan secara berlebihan oleh seseorang individu itu akan menyebabkan kandungan air di dalam badan mereka semakin berkurangan. Perlu diingatkan bahawa air yang terkandung di dalam badan adalah penting bagi organ-organ seperti jantung, buah pinggang, dan otak supaya ianya dapat menjalankan tugas dengan baik dan lancar. Dr Noor Hisham berkata pendedahan badan secara berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang pengambilan air mineral dan dehidrasi badan antara punca yang mampu menyebabkan berlakunya penyakit strok haba. Beliau dalam pada itu menjelaskan, cuaca panas yang melampau boleh menyebabkan seseorang individu itu kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh badan akan berkurangan. Oleh itu, situasi ini akan menyebabkan individu tersebut mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

Dalam keadaan cuaca yang begitu terik atau panas kini, individu disarankan berwaspada dengan serangan tersebut dan mengetahui tanda-tanda awal strok haba bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kerana strok haba boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia. Kepada individu atau golongan yang perlu mengambil ubat secara rutin, mereka juga perlu memastikan mereka mengambil minuman terutamanya air mineral dalam jumlah yang lebih tinggi dari biasa dan elakkan diri dari berada di kawasan yang panas. Individu serta masyarakat juga perlulah mengelakkan dari memakai pakaian yang tebal. Masyarakat seharusnya memilih untuk mengenakan pakaian nipis bagi menghindarkan badan untuk cepat berpeluh. Pengambilan minuman manis dan beralkohol juga perlu dikawal dalam tempoh cuaca kering dan panas kerana ianya mudah menyebabkan badan menjadi dehidrasi. Malahan, masyarakat seharusnya mengamalkan pengambilan air mineral yang mencukupi kepada tubuh badan manusia iaitu melebihi lapan gelas sehari. Dr. Noor Hisham juga telah menasihatkan kepada masyarakat yang bergelar ibu bapa supaya tidak meninggalkan anak mereka di dalam kereta jika berada di luar. Ini kerana, haba yang terlalu tinggi di dalam kereta tanpa penghawa dingin boleh menyebabkan strok haba berlaku secara tiba-tiba ke atas anak tersebut. Nasihat juga diberikan kepada guru dan majikan supaya mengurangkan aktiviti di luar seperti bersukan atau latihan kawad dalam tempoh cuaca sebegini kerana ia akan memburukkan kesihatan diri terutamanya bagi kumpulan yang berisiko. Katanya, tanda-tanda awal strok haba boleh dikesan dengan paras suhu badan yang tinggi melebihi 40 darjah Celsius selain simptom-simptom seperti loya dan muntah, sakit kepala, denyutan nadi menjadi pantas, kulit menjadi kering serta kemerahan dan kekejangan otot. Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Seterusnya, kanak-kanak dan warga emas merupakan antara golongan masyarakat yang paling berisiko mendapat masalah kesihatan yang mengundang keadaan ini. Malaysia kini berdepan dengan fenomena El Nino yang menyebabkan ancaman gelombang haba apabila beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia yang telah dikenal pasti mencapai paras ambang gelombang haba melebihi 35 darjah Celsius. Selain itu, golongan seperti mereka yang mempunyai penyakit kronik juga perlu berjaga-jaga dengan pengambilan ubat mereka yang boleh menyingkirkan air di dalam badan.

Individu yang mengalami penyakit seperti strok haba juga boleh terkena sawan, pitam dan mengalami kekeliruan sebagai petanda awal mereka menghidap strok haba. Jika ini berlaku, rawatan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada tubuh badan mereka. Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya terdapat individu yang terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat yang teduh dan berhawa dingin. Selain itu, haba tinggi juga boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badannya dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan serta pesakit itu juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan. Walau bagaimanapun, terdapat langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil antaranya mengelakkan daripada melakukan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas. Selain itu, minum air dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. Di samping itu, elakkan daripada melakukan aktiviti di atas permukaan yang panas seperti di atas simen.

Fenomena panas seperti ini dijangka berlarutan sehingga hujung bulan ini yang boleh mengakibatkan komplikasi kepada sistem badan manusia jika terdedah kepada sinaran matahari pada suatu tempoh yang panjang terutamanya kepada kanak-kanak yang sering terdedah dengan cuaca panas. Dalam tempoh panjang tersebut, aktiviti luar yang sering dilakukan pelajar sekolah seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, bersukan, berkawad, dan beriadah perlu dielakkan kerana berisiko untuk mendapat strok haba yang jarang sekali berlaku namun berpotensi untuk berlaku yang sangat tinggi berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara kini.
           
                 Selain itu, perubahan suhu dan cuaca boleh juga boleh mempengaruhi populasi dan kelakuan vektor nyamuk, sekali gus meningkatkan potensi jangkitan. Ini kerana keadaan cuaca yang lebih panas akan menyebabkan vektor nyamuk untuk hidup dan matang lebih cepat serta menyebabkan tempoh pengeraman virus lebih singkat. Kesan dari cuaca panas dan terik ini turut boleh meningkatkan kewujudan nyamuk di kawasan baharu serta boleh meningkatkan potensi epidemik sebanyak 31 hingga 47 peratus bagi penyakit Denggi dan antara 12 hingga 27 peratus bagi penyakit Malaria. Walaupun kajian mengaitkan faktor cuaca dengan Denggi terbatas di Malaysia, tetapi secara umumnya perubahan pantas dalam suhu sekeliling dan kelembapan boleh mempengaruhi vektor nyamuk.
           
Beberapa kajian menunjukkan hubungan positif antara hujan yang turun dengan penyakit demam Denggi. Selain demam, penyakit lain seperti wabak taun, untut dan malaria juga boleh merebak disebabkan peningkatan suhu. Penyakit-penyakit ini sering menular ketika musim panas. Orang ramai disarankan agar menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit Denggi seperti bekas plastik, tin kosong, tayar dan pasu bunga. Bagi mereka yang menyimpan air di dalam bekas adalah disarankan supaya memastikan bekas penyimpanan air adalah bersih dan selamat dan tidak menggunakan bekas penyimpanan tersebut untuk bahan-bahan kimia atau racun. Selain itu, semua bekas penyimpanan air hendaklah ditutup supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk, tidak tercemar oleh dengan bakteria dan haiwan perosak. Orang ramai juga boleh memasukkan Abate ke dalam bekas-bekas air yang terbuka. Air yang disimpan juga perlu ditukar sekiranya terdapat perubahan bau, warna, rasa dan terdapat pembiakan nyamuk atau lumut didalam bekas penyimpanan tersebut. Orang ramai disarankan berjimat dalam penggunaan air. Sebagai contoh, menggunakan air yang telah digunakan (kitar semula) atau air tadahan hujan untuk menyiram pokok, mencuci kereta, mencuci lantai dan longkang. Tambahan lagi, bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, sakit mata dan sebagainya hendaklah ke klinik atau hospital yang berdekatan dengan segera untuk mendapatkan rawatan agar penyakitnya tidak makin berlarutan.

Disamping itu, kesan dari cuaca panas dan kering yang melampau ini telah menyebabkan kebakaran hutan, hampir 10 juta hektar hutan di kawasan Sumatera dan Kalimantan, Indonesia telah terbakar. Dalam keadaan musim kering dengan taburan hujan yang sedikit atau tidak ada langsung, pencemaran tersebut akan menjadi lebih meruncing sehingga menyumbang kepada masalah jerebu. Masalah jerebu ini boleh mengundang penyakit berkaitan penafasan seperti asma, radang paru-paru, sakit tekak, sakit mata, batuk dan selsema. Jerebu yang berlaku pada 1997-1998 di negara ini dianggap yang terburuk dalam sejarah sehingga hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi dengan asap. Bacaan Index Pencemaran Udara (IPU) di sesetengah kawasan turut mencapai paras sangat merbahaya. Sehinggakan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri semasa itu terpaksa mengisytiharkan darurat. Dalam tempoh bulan Ogos hingga Oktober 1997, Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM802 juta oleh disebabkan masalah jerebu tersebut. Kesan dari jerebu itu boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan komponen-komponen yang ada di dalam jerebu yang berupaya menyerap dan menyerak cahaya matahari. Penggurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian orang ramai. Ia akan menganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.


Kesimpulannya, El-Nino merupakan fenomena alam yang sangat merbahaya dan boleh memudaratkan kesihatan manusia. Tidak mempunyai cara untuk mengatasi fenomena ini daripada melanda. Sehubungan itu, bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya minum air yang secukupnya, sekurang-kurang 2.5 liter sehari dan minum air yang telah dimasak. Selain itu, hadkan aktiviti di luar dan jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau paying yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas, sebolehnya orang ramai diminta berada di dalam rumah atau bangunan. KKM juga mengingatkan orang ramai supaya bersiap sedia dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghadapi masalah ini. 

Friday, 20 May 2016

KANSER PAYUDARA PEMBUNUH NO.5 WANITA KANSER PAYUDARA: APA YANG PENTING? – DR. HIDAYATUL RADZIAH ISMAWI

Oleh : Surianty Binti Alias 


Apa itu kanser payudara? Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignant) dalam tisu-tisu payudara. Ia merupakan antara penyebab utama kematian di kalangan wanita seluruh Malaysia. Hampir 3,500 kes kanser payudara dikesan setiap tahun. Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara dan ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita. Kanser ini akan menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kelima yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut.

Apabila timbulnya soalan mengenai kanser payudara, sudah tentu setiap wanita berasa gerun dan risau, kerana sebagai seorang wanita, kemungkinan untuk mendapat kanser payudara itu adalah satu kenyataan yang perlu dihadapi. Setiap wanita secara semulajadi sudah mempunyai salah satu faktor risiko untuk mendapat kanser payudara. Maka, adalah amat penting bagi setiap wanita mengetepikan perasaan gerun, malu atau risau tersebut dan mempunyai kesedaran terhadap kanser payudara.

Kanser payudara tidak hanya tertumpu kepada bahagian payudara malah ia juga merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan kemudian tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang, hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovary.  Dianggarkan lebih 35% dari kanser payudara mungkin telah pun merebak atau mengalami metastasis sewaktu ia dikesan. Metastasis adalah satu proses di mana sel-sel kanser telah merebak ke bahagian-bahagian lain di seluruh tubuh badan. Setelah mengetahui faktor-faktor risiko tersebut, setiap wanita juga harus peka terhadap tubuh badan sendiri dan mengesan perubahan-perubahan yang berlaku kepada diri sendiri. Gejala utama yang mungkin dialami oleh pesakit adalah adanya KETUMBUHAN, pengeluaran CECAIR LELEHAN dari puting, dan SAKIT atau ketidakselesaan di sekitar payudara. Sekiranya terdapat mana-mana gejala tersebut, pesakit haruslah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Para wanita boleh meningkatkan kesedaran masing-masing terhadap penyakit ini dengan sentiasa peka terhadap gejala-gejala kanser payudara dan melakukan beberapa kaedah saringan yang mudah. Setiap wanita seharusnya mengetahui cara-cara untuk melakukan pemeriksaan payudara sendiri (PSP). Pemeriksaan ini sungguh mudah dilakukan dan harus dilakukan sekali sebulan beberapa hari setelah darah haid berhenti. Pemeriksaan payudara juga boleh dilakukan oleh kakitangan kesihatan sewaktu pemeriksaan kesihatan. Bagi wanita yang berumur 40 tahun ke atas, ujian saringan mammogram juga harus dijalankan. Ujian mammogram dapat mengesan perubahan pada tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan secara pemeriksaan fizikal sahaja. Sekiranya perlu, doktor akan melakukan pemeriksaan lanjutan seperti mengambil biopsi atau sampel tisu payudara.

Malangnya, ramai di kalangan wanita yang mempunyai gejala-gejala kanser payudara, enggan tampil untuk mendapatkan nasihat doktor. Ada di kalangan mereka yang enggan menerima kenyataan bahawa sesuatu yang serius sedang berlaku dan mereka beranggapan bahawa perkara itu akan hilang dengan sendirinya sekiranya mereka tidak mengendahkannya. Pemikiran begini adalah amat merbahaya dan merugikan pesakit itu sendiri. Sekiranya kanser payudara dikesan pada peringkat awal, kebarangkalian prognosis atau kesudahan yang lebih optimis adalah lebih tinggi berbanding kes kanser payudara yang dikesan pada peringkat lewat.

Naluri kita sebagai wanita adalah untuk menyayangi, mengasihi dan menjaga orang lain seperti ibu bapa, suami dan anak-anak kita. Sudah tiba masanya untuk kita menyayangi diri sendiri. Kanser payudara. Apa yang penting? Adalah Kesedaran dalam diri kita sebagai seorang wanita.

Thursday, 19 May 2016

PENDIDIKAN E-LEARNING MEMBERI KESAN KEPADA GOLONGAN MUDA

OLEH: Norliyana Binti Jaafar

Perkataan e-learning dalam konteks pendidikan di Malaysia kini mula hangat diperkatakan. Sebelum melangkah lebih jauh, cuba kita definisikan apakah makna e-learning tersebut,definisi ‘e-learning’ atau electronic learning ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi dan juga seringkali di salah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Secara umumnya, ‘e-learning’ adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau Internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD ROM adlah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Maka, konsep e-learning ini adalah meluas dan bukannya sekadar pembelajaran atas talian (Online) semata.

Perkembangan e-learning di Malaysia adalah baru jika dibandingkan dengan negra-negara barat dan negara jiran, Singapura, Agenda IT Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh National IT Council (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaraskan dengan Wawasan 2020 (NITC, 2001). Salah satu inisiatif awal NITC adalah untuk mewujudkan Koridor Raya Multimedia, MSC bagi mencapai NITA. Strategi yang telah dirancangkan oleh NITC ialah ‘e-community’,’e-public services’,’e-learning’,’e-economy’, dan’e-sovereignty’. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sector swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan pula telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan agenda ‘e-learning’ kebangsaan.

Banyak perbincangan yang telah dibuat untuk membuat perbandingan di antara kaedah pembelajaran tradisional dengan e-learning. Kaedah tradisional dikatakan tidak menjadikan suasana pembelajaran aktif berbanding dengan e-learning. Pelajar pada zaman ini yang digelar pelajar ‘Net Generation’ atau ‘Millenial’ mahupun professor mengubah cara pengajaran mereka. Pelajar Millenial adalah bijak tetapi kurang sabar. Mereka mengharapkan keputusan segera dan selalu tertarik dengan alatan elektronik yang canggih. Oleh itu, berdasarkan kepada sikap semulajadi mereka, mungkin boleh dikatakan bahawa kaedah e-learning adalah lebih sesuai untuk generasi baru ini.

Namun, berpegang kepada tiada satu kaedah pengajaran yang sesuai untuk semua orang. Tidak berapa lama dulu juga, Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan fakta mengenai factor-faktor yang menyebabkan siswazah mengganggur di Malaysia ini. Salah satu sebabnya ialah kurangnya kemahiran sosial dalam kalangan siswazah tersebut. Bolehkah diandaikan bahawa e-learning yang kebiasaannya dibuat secara berseorangan mengurangkan kemahiran interpersonal pelajar?

Dunia menyaksikan perkembangan pesat yang berlaku pada zaman Revolusi Perindustrian pada akhir kurun ke-18, dan bertitik tolak dari situ perkembangan secara menyeluruh berlaku samada pembangunan ekonomi, seni dan kebudayaan serta sektor komunikasi. Begitu juga dengan dunia pendidikan ekonomi, seni dan kebudayaan serta sektor komunikasi. Begitu juga dengan dunia pendidikan yang tidak dapat lari mengalami perubahan ini secara evolusi dan revolusi. Bermula daripada pembelajran secara tidak formal daripada orang yang lebih tua dan berpengalaman, kepada pendidikan yang lebih formal iaitu pengajian pondok. Kemasukan penjajah Inggeris walaupun meninggalkan kesan pahit untuk diingati, namun peninggalan sistem pendidikan Inggeris juga telah member suntikan kepada perkembangan pendidikan di Tanah Melayu pada ketika itu. Dan kini perkembangan pesat telah mewarnai dunia pendidikan kita seiring dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi massa. Terbaru dan terkini merupakan pembelajaran e-learning semakin mendapat tempat dihati penuntut ilmu di Malaysia.

E-learning adalah salah satu kaedah alternative yang popular dalam proses pembelajaran pada hari ini. Ia merupakan sistem pendidikan yang membantu pelajar dengan menggunakan medium internet, intranet dengan computer. Ia merupakan satu teknologi yang digunakan secara meluas dalam pendidikan tinggi untuk tujuan komunikasi di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan Australia. Teknologi diperlukan dalam pendidikan tinggi untuk meningkatkan kualti pembelajaran, mempertingkatkan jalan masuk ke pendidikan dan kursus, mengurangkan perbelanjaan pendidikan juga meningkatkan keberkesanan pendidikan. Di Malayisa, kebanyakan university menggunakan sistem e-learning tersendiri sama ada perisisan open-source ataupun Learning Management System (LMS) yang berlesen. Secara umumnya, e-learning merupakan kandungan pembelajran yang boleh didapati dalam beberapa fromat yang berbeza, misalnya secara teks atau imej video, dan dihantar menerusi dan dihantar menerusi Internet, computer individu, personal digital assistant (PDA) atau Implementasi E-Pembelajaran ini dengan kelebihan-kelebihan yang ada padanya dapat mempercepatkan lagi proses pembangunan modal insane yang sangat dituntut oleh pihak kerajaan Malaysia kerana modal insane yang bestari ini akan berupaya menangani segala cabaran dalam merealisasikan Wawasan 2020.

E-learning juga memudahkan pengajar atau pensyarah memuat naik nota-nota, latihan, dan urusan berkaitan kuliah mereka. Mereka dapat menjimatkan masa pensyarah kerana mereka dapat membuat pengumuman dan berita-berita terkini dengan cepat dan mudah. Selain itu, ia juda dapat member pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar. Hal ini demikian kerana dapat menjimatkan kos kewangan kerana pensyarah mahupun pelajar tidak perlu membuat “print out’ nota-nota mereka. Kos bagi penggunaan kertas juga dapat dikurangkan serta dapat meringankan beban institusi pendidikan keran perbelanjaan menyewa dan menyediakan tempat belajar murid dapat dikurangkan.

Pelajar juga boleh meneroka ilmu yang kemungkinan tidak disediakan di sekolah harian biasa. Ia adalah merentas sempadan dan menjangkau sumber dari pihak luar negara. Oleh itu, pemikiran pelajar tidak konvensional malahan persepsi mereka juga terbuka, lebih positif, tidak ketinggalan dan maju ke hadapan. Pelajar dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui carian maklumat di Internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian, mereka juga dapat belajar pada masa yang dikehendaki dan memadankan dengan jadual harian mereka. Pengajian jarak jauh bagi yang telah bekerja, e-learning sangat membantu dalam mengurangkan kos perjalanan dan dapat disesuaikan dengan tuntutan kerjaya.

Keburukan e-learning ialah akan melahirkan sekumpulan pelajar yang tidak mempunyai perasaan hormat terhadap guru-gurunya kerana mereka tidak berinteraksi secara berhadapan dengan guru mereka. Kehilangan nilai-nilai tersebut  akan merosakkan hubungan antara seorang guru dan pelajarnya. Tidak semua mata pelajaran di sekolah boleh diajar secara berkesan menggunakan e-learning. Contohya, mata pelajaran Matematik yang memerlukan latihan tubi dan proses pembelajarannya perlu dipantau oleh seorang guru. Selain itu, tidak menarik perhatian para pelajar kerana tiada siapa yang memantau aktiviti mereka. Kerana para guru tidak tahu sama ada para pelajar menumpukan perhatian terhadap soalan atau jawapan yang dikemukan ataupun mereka sibuk dengan perkara lain. Hal ini demikian, menyukarkan pelajar untuk berkongsi atau bercerita masalah dengan pensyarah mereka berkaitan aspek pembelajaran. Akhir sekali, menyukarkan pelajar terutama golongan miskin yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan internet. Ini menyebabkan mereka tidak dapat melihat perkara-perkara yang dipaparkan dalam E-learning.

Kesimpulannya, e-learning atau e-pembelajaran merupakan satu dimensi baru yang member kelebihan kepada pengguna pada masa kini. Bersesuaian dengan persekitaran kini yang sentiasa mengutamkan penggunaan masa dan perancangan kewangan yang bijak. Dengan kuasa global yang hanya dihujung jari, diharapkan dapat melahirkan insane yang berilmu dan berpengatahuan luas sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup bangsa agama, dan negara. Kerajaan dan pihak NGO perlulah mengambil peluang mengaplikasikan e-learning dalam organisasi masing-masing lantaran keistimewaan dan kelebihan yang ditawarkan. Tetapi kita mestilah berganding bahu bagi memperbaiki serta mengatasi keburukan dan masalah dalam mengaplikasikann e-learning dalam pendidikan di Malaysia.

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA (KR1M) MERINGANKAN BEBAN EKONOMI RAKYAT MALAYSIA

       OLEH: NUR SYAKILA BINTI HAMZAH


       Pada zaman moden kini, kenaikan harga barangan makanan dan barangan keperluan harian di peringkat global telah memberikan kesan negatif secara langsung kepada negara-negara membangun. Di mana rakyat negara-negara berkenaan mulai merasakan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ini ditambah lagi dengan sikap segelintir peniaga yang mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan terutamanya produk makanan atas a  lasan kekurangan bekalan demi mengaut keuntungan berlebihan.Malaysia juga tidak terkecuali daripada menghadapi fenomena ini.Oleh yang sedemikian, suatu langkah inisiatif segera telah diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat di Malaysia.

'Kedai Rakyat 1 Malaysia' (KR1M), adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.  Inisiatif ini telah lahir dari Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2011.Turut hadir pada hari perasmian tersebut ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pengerusi pasar raya Mydin. KR1M ini juga telah wujud diatas keperihatinan YAB Perdana Menteri Malaysiaatas tujuan untuk meringankan beban rakyat  berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Projek inisiatif ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Perlantikan syarikat peruncitan dan pemborong tempatan untuk mengendalikan Kedai Rakyat 1 Malaysia iaitu syarikay Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) adalah amat bertepatan. Ianya kerana pengalaman serta penglibatan syarikat milik anak watan Malaysia yang Berjaya ini selama 54 tahun dalam bidang peruncitan telah memenuhi segala ciri-ciri yang dicari oleh Kerajaan bagi mengendali Kedai Rakyat 1 Malaysia ini.

Sehubungan dengan itu, MYDIN harus memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa setiap KR1M yang wujud beroperasi dengan jayanya sejajar dengan matlamat dan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah yang menetap di bandar. Pemilikan rangkaian rantaian pembekalan yang ekstensif dalam industri peruncitan memberikan kelebihan kepada pihak MYDIN kerana ia bukan sahaja dapat membantu dalam memantapkan aspek operasi malahan mengekalkan kos operasi pada kadar yang sangat minimum.

Selaku pengendali KR1M, MYDIN perlu bijak dalam menguruskan kos-kos yang terlibat seperti kerja-kerja pengubahsuaian kedai, latihan kepada kakitangan pekerja baru KR1M dan teliti dalam pengambilan kakitangan, pengurusan sistem Point Of Sales (POS) dan pembekalan barangan yang bersesuaian. Satu perkara yang pasti, MYDIN juga akan tetap mengekalkan harga yang rendah bagi produk-produk KR1M ini dan ianya adalah merupakan program tanggungjawab sosial korporatnya kepada rakyat Malaysia.

Penubuhan KR1M ini lebih mensasarkan kepada kumpulan pengguna yang mempunyai bajet yang terhad serta keperluan yang paling asas.Matlamat utama KR1M bukanlah untuk mengaut keuntungan, sebaliknya untuk meringankan beban tanggungan perbelanjaan golongan yang mempunyai pendapatan rendah ini. Namun yang demikian, KR1M tidakakan menghadkan kepada sebarang kumpulan pengguna, maka sesiapa sahaja boleh melangkah masuk ke KR1M dan mendapatkan produk 1Malaysia pada harga yang mampu milik oleh setiap golongan rakyat di Malaysia.

Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1Malaysia’ telah menjadipencetus idea kepada Kerajaan iaitu sebagai satu mediumuntuk mengawal harga barang dan mengurangkan monopoli sesetengah barang keperluan yang telah lama didominasi oleh pengeluar syarikat multinasional.Dengan caraini, kerajaan dapat mengawal syarikat multinasional dari menaikkan harga tanpa sebab yang munasabah. Matlamat utama KR1M akan menyediakan perkhimatan kepada segmen pelanggan yang serupa seperti pasar raya besar, pasar mini dan lain-lain. KR1M memberi tumpuan utama terhadap pengguna yang memerlukan asas pada perbelanjaan yang terhad.

Harga produk-produk KR1M ini sentiasa dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) malahan produk-produk ini juga akan diperiksa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menentukan ianya mematuhi Akta-Akta yang berhubungan. Sehingga kini terdapat 250 jenis barangan yang dijual di KR1M yang merangkumi produk makanan, barangan keperluan harian, barangan dapur, rempah ratus serta produk sejuk beku dan lain-lain lagi.Pihak pengurusan KR1M sentiasa menambahkan kepelbagaian produk yang dijual bagi membantu pengguna untuk membuat pilihan yang bijak dalam membeli barangan keperluan mereka.

Projek KR1M ini yang dipantau dan diuruskan seratus peratus oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan  (KPDNKK) ini membuka langkah  supaya ianya juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit dan membasmi isu harga barang yang sewenang-wenangnya dinaikkan tanpa kelulusan pihak berkuasa. Kementerian ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan lain dan pihak berkuasa untuk menyediakan lokasi kepada KR1M di setiap pelusuk Bandar.

Kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia ini telah dilihat bertepatan dengan kehendak masyarakat bagi menolong mereka yang kurang mampu mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga rendah tetapi tetap berkualiti. Pada masa hadapan, Kerajaan telah memikirkan untuk menambah lebih banyak lokasi-lokasi baru yang berdekatan kediaman penduduk dan ianyaakan dipilih untuk pembukaan cawangan baru KR1M kerana projek ini akan diperluaskan ke seluruh Negara. Sehingga kini, matlamat untuk membuka 25 buah KR1M sebelum penghujung tahun 2011 telahpun tercapai mengikut sasaran dan rakyat kini sedang menikmati faedah daripada pembukaan kedai KR1M ini. Malah, kemudahan untuk memperolehi produk-produk KR1M ini telah diperluaskan ke kawasan-kawasan bandar dan di luar bandar menerusi kedai-kedai runcit milik persendirian yang sedia ada ekoran daripada desakan permintaan yang tinggi daripada rakyat yang berpendapatan rendah yang mahukan lebih banyak produk-produk KR1M di pasaran.

Menerusi Bajet 2012, Kerajaan telah memberi fokus kepada kebajikan sosial dan sekaligus memberikan impak kepada perbelanjaan industri swasta yang mana selama ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi. Perlaksanaan penurunan cukai korporat, cukai barangan dan perkhidmatan, ternyata lebih bertujuan membantu isi rumah menangani kenaikan kos sara hidup selain merangsang perbelanjaan pengguna. Biarpun tumpuan kepada kebajikan sosial dijangka memberikan kesan kecil kepada pasaran tetapi ia bakal semarakkan oleh kesan perlaksanaan projek-projek Program Transformasi Ekonomi yang sedang dilakukan.

Cuba kita renungkan seketika, sekiranya Kerajaan tidak mengambil sebarang langkah untuk mengawal kenaikan harga barang, Rakyat akan berhadapan dengan cabaran dan permasalahan yang sangat besar apabila harga barangan dan komoditi global meningkat sekaligus membebankan rakyat sebagai pengguna akhir. Pengukuhan ekonomi domestik merupakan benteng utama bagi mengurangkan impak kemelesetan ekonomi global.
Sepaerti pasaraya dan asar tani, perbezaan yang mamu dilihat berbanding Kedai Rakyat  1 Malaysia dengan kedai–kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti  barangan dapur iaitu beras, minyak, susu tepung, serta barangan keperluan hidup seperti lampin pakai buang, minyak rambut dan banyak sebagainya. Barangan ini hanya beza pada pek bungkusan dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”.  Setakat ini, telah terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan semula dengan jenama KR1M ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa mengikut permintaan yang tinggi oleh pengguna rakyat Malaysia.Sehubungan dengan itu, barangan-barangan yang terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia juga tidak kurang tandingnya dengan barangan yang berjenama yang terdapat di kedai pasaraya yang terkenal seperti Mydin, Aeon, Econsave dan sebgainya.

Perbezaan ketara produk 1Malaysia yang dijual di KR1M merupakan produk generik. Produk-produk ini tidak mempunyai kos pengiklanan, hanya menggunakan label dan corak asas, serta dikeluarkan oleh pembekal dan pengilang tempatan. Haslinya, KR1M telah berjaya menjimatkan kos pengiklanan seterusnya Berjaya menurunkan harga produk sebanyak 30%-40% lebih rendah daripada jenama popular yang lain yang kebanyakannya ialah produk keluaran luar negara.

Seterusnya, penjenamaan produk di bawah jenama Kedai Rakyat 1Malaysia telah membawa rahmat kepada barangan keluaran Industri Kecil Dan Sederhana (IKS).Kesemua produk ini adalah hasil keluaran pembekal dan usahawan tempatan dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).Ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan bagi membantu syarikat-syarikat PKS untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan mereka ke pasaran yang lebih luas sehingga menebusi ke pasaran luar negara. Pendekatan ini umpama serampang dua mata kerana kewujudan KR1M bukan sahaja membantu pengusaha PKS memasarkan produk mereka dalam kuantiti yang lebih banyak, malah memberi pengguna manfaat dan keuntungan dari penawaran harga rendah produk tempatan yang dihasilkan di dalam Negara sendiri.

Selain itu, kelainan yang turut terdapat pada Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah KR1M menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka.  Antara barangan yang telah dipek semula adalah seperti beras 1kg, serbuk kari 100gm dan lampin bayi pakai buang yang dipek dalam kuantiti yang kecil. Dengan cara ini para rakyat masih mampu untuk memiliknya kerana harga-harga yang ditawarkan ialah dengan harga yang semestinya para rakyat mampu milik.
Di dalam Malaysia terdapat lebih daripada 470 rangkaian kedai perniagaan runcit di seluruh Negara yang juga telah memulakan langkah denagn menjual produk 1Malaysia di kedai perniagaan mereka sendiri.Pihak peruncit yang terbabit antaranya terdiri daripada pengusaha kedai runcit yang terlibat dalam program seperti TUKAR, D’Mart, PERNAMA dan FAMA. Kebanyakkan pruncit persendirian ini menjual produk 1Malaysia di kedai runcit milik mereka sendiri kerana mereka percaya kualiti barangan-barangan 1Malaysia adalah baik dan standing dengan harga yang ditetapkan malah ada pengguna mengatakan produk barangan 1Malysia ini lebih baik daripada produk barangan yang berjenama yang mudah didapati  di seluruh pasar raya besar.

Melalui tinjauan dan temu ramah yang dilakukan oleh pihak media terhadap orang ramai sebelum ini, rata-ratanya menyuarakan pendapat yang sama iaitu kegembiraan dan sokongan terhadap bantuan kerajaan melalui penubuhan KR1M yang membantu mereka mendapatkan barangan asas pada harga yang rendah berdekatan dengan kediaman mereka. Pengguna mengakui mereka perlu berhemah dalam berbelanja dan bijak mengurus perniagaan.Mereka yang berada dalam golongan pertengahan turut terkena tempias dengan harga barangan yang semakin naik dari tahun ke tahun.Jadi setiap bulan mereka harus merancang perbelanjaan agar tidak melebihi bajet bulanan.

Oleh yang demikian, kini, orang ramai boleh memanfaatkan kewujudan KR1M ini dan para rakyat Malaysiamampu mendapatkan produk-produk 1Malaysia dengan mudahdan ianya bukan sahaja daripada rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia, tetapi juga di kedai-kedai runcit, kedai serbaneka. Malah, di stesen-stesen minyak seperti Shell, Esso, Caltex dan Petronas juga telah mula menjual produk barangan 1Malaysia apabila mereka menyedari prospek masa hadapan untuk penjualan produk 1Malaysia yang semakin diterima oleh pengguna rakyat di Malaysia.

Sehubungan dengan inisiatif dasar kerajaan ini secara tidak langsung, kewujudan KR1M telah memberi telah membuahkan idea yang bernilai kepada kerajaan untuk memmerikan peluang kepada orang ramai untuk mengusahakan perniagaan KR1M setelah pihak Kerajaan mendapat maklum balas positif dari orang ramai semenjak cawangan pertama yang dibuka di Kelana Jaya pada 22 Jun 2011. Ini sekaligus telah menepis dakwaan sesetengah pihak yang memutar belitkan fakta bahawa pengurusan KR1M dimonopoli kumpulan tertentu sahaja, sebaliknya semua pihak telah diberikan ruang yang sama untuk mengusahakan KR1M ini. Peluang ini membolehkan pengusaha memilih sama ada mahu menjual produk 1Malaysia tetapi dengan menggunakan nama kedai yang sama ataupun membuka sebuah kedai yang baharu dan menggunakan nama Kedai Rakyat 1Malaysia.

Oleh yang demikian, kehidupan di bandar yang semakin menghimpit pada hari ini telah mampu diredakan apabila kerajaan mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang menjanjikan harga yang lebih rendah dan mampu dibeli berbanding harga pasaran produk jenama antarabangsa.Untuk pengetahuan rakyat di Malaysia, Malaysia sudah lama mengamalkan konsep Negara berkebajikan di mana dasar kebajikan terhadap rakyat telah dilaksanakan seperti wujudnya bantuan kepada nelayan, peladang dan klinik komuniti. Semua usaha itu dilakukan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah menangani kos sara hidup yang tinggi pada masa kini. Penubuhan KR1M adalah bukti bahawa Kerajaan adalah serius dan bertanggungjawab untuk membantu rakyat secara keseluruhannya.Pihak kerajaan berharap agar Kedai 1 Malaysia ini sebuah projek usahasama antara Kerajaan dan Mydin dapat membantu serta meberi faedah yang terbaik kepada semua pihak dalam usaha meringankan beban rakyat di Malaysia.Dalam situasi ekonomi kini, kita haruslah memanfaatkan inisiatif-inisiatif yag telah dilancarkan oleh Kerajaan seperti kewujudan Kedai Rakyat 1 Malaysia ini.


           Pada zaman moden kini, kenaikan harga barangan makanan dan barangan keperluan harian di peringkat global telah memberikan kesan negatif secara langsung kepada negara-negara membangun. Di mana rakyat negara-negara berkenaan mulai merasakan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ini ditambah lagi dengan sikap segelintir peniaga yang mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan terutamanya produk makanan atas alasan kekurangan bekalan demi mengaut keuntungan berlebihan.Malaysia juga tidak terkecuali daripada menghadapi fenomena ini.Oleh yang sedemikian, suatu langkah inisiatif segera telah diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat di Malaysia.

'Kedai Rakyat 1 Malaysia' (KR1M), adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.  Inisiatif ini telah lahir dari Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2011.Turut hadir pada hari perasmian tersebut ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pengerusi pasar raya Mydin. KR1M ini juga telah wujud diatas keperihatinan YAB Perdana Menteri Malaysiaatas tujuan untuk meringankan beban rakyat  berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Projek inisiatif ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Perlantikan syarikat peruncitan dan pemborong tempatan untuk mengendalikan Kedai Rakyat 1 Malaysia iaitu syarikay Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) adalah amat bertepatan. Ianya kerana pengalaman serta penglibatan syarikat milik anak watan Malaysia yang Berjaya ini selama 54 tahun dalam bidang peruncitan telah memenuhi segala ciri-ciri yang dicari oleh Kerajaan bagi mengendali Kedai Rakyat 1 Malaysia ini.

Sehubungan dengan itu, MYDIN harus memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa setiap KR1M yang wujud beroperasi dengan jayanya sejajar dengan matlamat dan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah yang menetap di bandar. Pemilikan rangkaian rantaian pembekalan yang ekstensif dalam industri peruncitan memberikan kelebihan kepada pihak MYDIN kerana ia bukan sahaja dapat membantu dalam memantapkan aspek operasi malahan mengekalkan kos operasi pada kadar yang sangat minimum.

Selaku pengendali KR1M, MYDIN perlu bijak dalam menguruskan kos-kos yang terlibat seperti kerja-kerja pengubahsuaian kedai, latihan kepada kakitangan pekerja baru KR1M dan teliti dalam pengambilan kakitangan, pengurusan sistem Point Of Sales (POS) dan pembekalan barangan yang bersesuaian. Satu perkara yang pasti, MYDIN juga akan tetap mengekalkan harga yang rendah bagi produk-produk KR1M ini dan ianya adalah merupakan program tanggungjawab sosial korporatnya kepada rakyat Malaysia.

Penubuhan KR1M ini lebih mensasarkan kepada kumpulan pengguna yang mempunyai bajet yang terhad serta keperluan yang paling asas.Matlamat utama KR1M bukanlah untuk mengaut keuntungan, sebaliknya untuk meringankan beban tanggungan perbelanjaan golongan yang mempunyai pendapatan rendah ini. Namun yang demikian, KR1M tidakakan menghadkan kepada sebarang kumpulan pengguna, maka sesiapa sahaja boleh melangkah masuk ke KR1M dan mendapatkan produk 1Malaysia pada harga yang mampu milik oleh setiap golongan rakyat di Malaysia.

Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1Malaysia’ telah menjadipencetus idea kepada Kerajaan iaitu sebagai satu mediumuntuk mengawal harga barang dan mengurangkan monopoli sesetengah barang keperluan yang telah lama didominasi oleh pengeluar syarikat multinasional.Dengan caraini, kerajaan dapat mengawal syarikat multinasional dari menaikkan harga tanpa sebab yang munasabah. Matlamat utama KR1M akan menyediakan perkhimatan kepada segmen pelanggan yang serupa seperti pasar raya besar, pasar mini dan lain-lain. KR1M memberi tumpuan utama terhadap pengguna yang memerlukan asas pada perbelanjaan yang terhad.

Harga produk-produk KR1M ini sentiasa dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) malahan produk-produk ini juga akan diperiksa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menentukan ianya mematuhi Akta-Akta yang berhubungan. Sehingga kini terdapat 250 jenis barangan yang dijual di KR1M yang merangkumi produk makanan, barangan keperluan harian, barangan dapur, rempah ratus serta produk sejuk beku dan lain-lain lagi.Pihak pengurusan KR1M sentiasa menambahkan kepelbagaian produk yang dijual bagi membantu pengguna untuk membuat pilihan yang bijak dalam membeli barangan keperluan mereka.

Projek KR1M ini yang dipantau dan diuruskan seratus peratus oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan  (KPDNKK) ini membuka langkah  supaya ianya juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit dan membasmi isu harga barang yang sewenang-wenangnya dinaikkan tanpa kelulusan pihak berkuasa. Kementerian ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan lain dan pihak berkuasa untuk menyediakan lokasi kepada KR1M di setiap pelusuk Bandar.


Kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia ini telah dilihat bertepatan dengan kehendak masyarakat bagi menolong mereka yang kurang mampu mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga rendah tetapi tetap berkualiti. Pada masa hadapan, Kerajaan telah memikirkan untuk menambah lebih banyak lokasi-lokasi baru yang berdekatan kediaman penduduk dan ianyaakan dipilih untuk pembukaan cawangan baru KR1M kerana projek ini akan diperluaskan ke seluruh Negara. Sehingga kini, matlamat untuk membuka 25 buah KR1M sebelum penghujung tahun 2011 telahpun tercapai mengikut sasaran dan rakyat kini sedang menikmati faedah daripada pembukaan kedai KR1M ini. Malah, kemudahan untuk memperolehi produk-produk KR1M ini telah diperluaskan ke kawasan-kawasan bandar dan di luar bandar menerusi kedai-kedai runcit milik persendirian yang sedia ada ekoran daripada desakan permintaan yang tinggi daripada rakyat yang berpendapatan rendah yang mahukan lebih banyak produk-produk KR1M di pasaran.

Menerusi Bajet 2012, Kerajaan telah memberi fokus kepada kebajikan sosial dan sekaligus memberikan impak kepada perbelanjaan industri swasta yang mana selama ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi. Perlaksanaan penurunan cukai korporat, cukai barangan dan perkhidmatan, ternyata lebih bertujuan membantu isi rumah menangani kenaikan kos sara hidup selain merangsang perbelanjaan pengguna. Biarpun tumpuan kepada kebajikan sosial dijangka memberikan kesan kecil kepada pasaran tetapi ia bakal semarakkan oleh kesan perlaksanaan projek-projek Program Transformasi Ekonomi yang sedang dilakukan.

Cuba kita renungkan seketika, sekiranya Kerajaan tidak mengambil sebarang langkah untuk mengawal kenaikan harga barang, Rakyat akan berhadapan dengan cabaran dan permasalahan yang sangat besar apabila harga barangan dan komoditi global meningkat sekaligus membebankan rakyat sebagai pengguna akhir. Pengukuhan ekonomi domestik merupakan benteng utama bagi mengurangkan impak kemelesetan ekonomi global.

Seperti pasaraya dan asar tani, perbezaan yang mamu dilihat berbanding Kedai Rakyat  1 Malaysia dengan kedai–kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti  barangan dapur iaitu beras, minyak, susu tepung, serta barangan keperluan hidup seperti lampin pakai buang, minyak rambut dan banyak sebagainya. Barangan ini hanya beza pada pek bungkusan dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”.  Setakat ini, telah terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan semula dengan jenama KR1M ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa mengikut permintaan yang tinggi oleh pengguna rakyat Malaysia.Sehubungan dengan itu, barangan-barangan yang terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia juga tidak kurang tandingnya dengan barangan yang berjenama yang terdapat di kedai pasaraya yang terkenal seperti Mydin, Aeon, Econsave dan sebgainya.

Perbezaan ketara produk 1Malaysia yang dijual di KR1M merupakan produk generik. Produk-produk ini tidak mempunyai kos pengiklanan, hanya menggunakan label dan corak asas, serta dikeluarkan oleh pembekal dan pengilang tempatan. Haslinya, KR1M telah berjaya menjimatkan kos pengiklanan seterusnya Berjaya menurunkan harga produk sebanyak 30%-40% lebih rendah daripada jenama popular yang lain yang kebanyakannya ialah produk keluaran luar negara.

Seterusnya, penjenamaan produk di bawah jenama Kedai Rakyat 1Malaysia telah membawa rahmat kepada barangan keluaran Industri Kecil Dan Sederhana (IKS).Kesemua produk ini adalah hasil keluaran pembekal dan usahawan tempatan dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).Ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan bagi membantu syarikat-syarikat PKS untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan mereka ke pasaran yang lebih luas sehingga menebusi ke pasaran luar negara. Pendekatan ini umpama serampang dua mata kerana kewujudan KR1M bukan sahaja membantu pengusaha PKS memasarkan produk mereka dalam kuantiti yang lebih banyak, malah memberi pengguna manfaat dan keuntungan dari penawaran harga rendah produk tempatan yang dihasilkan di dalam Negara sendiri.

Selain itu, kelainan yang turut terdapat pada Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah KR1M menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka.  Antara barangan yang telah dipek semula adalah seperti beras 1kg, serbuk kari 100gm dan lampin bayi pakai buang yang dipek dalam kuantiti yang kecil. Dengan cara ini para rakyat masih mampu untuk memiliknya kerana harga-harga yang ditawarkan ialah dengan harga yang semestinya para rakyat mampu milik.

Di dalam Malaysia terdapat lebih daripada 470 rangkaian kedai perniagaan runcit di seluruh Negara yang juga telah memulakan langkah denagn menjual produk 1Malaysia di kedai perniagaan mereka sendiri.Pihak peruncit yang terbabit antaranya terdiri daripada pengusaha kedai runcit yang terlibat dalam program seperti TUKAR, D’Mart, PERNAMA dan FAMA. Kebanyakkan pruncit persendirian ini menjual produk 1Malaysia di kedai runcit milik mereka sendiri kerana mereka percaya kualiti barangan-barangan 1Malaysia adalah baik dan standing dengan harga yang ditetapkan malah ada pengguna mengatakan produk barangan 1Malysia ini lebih baik daripada produk barangan yang berjenama yang mudah didapati  di seluruh pasar raya besar.

Melalui tinjauan dan temu ramah yang dilakukan oleh pihak media terhadap orang ramai sebelum ini, rata-ratanya menyuarakan pendapat yang sama iaitu kegembiraan dan sokongan terhadap bantuan kerajaan melalui penubuhan KR1M yang membantu mereka mendapatkan barangan asas pada harga yang rendah berdekatan dengan kediaman mereka. Pengguna mengakui mereka perlu berhemah dalam berbelanja dan bijak mengurus perniagaan.Mereka yang berada dalam golongan pertengahan turut terkena tempias dengan harga barangan yang semakin naik dari tahun ke tahun.Jadi setiap bulan mereka harus merancang perbelanjaan agar tidak melebihi bajet bulanan.

Oleh yang demikian, kini, orang ramai boleh memanfaatkan kewujudan KR1M ini dan para rakyat Malaysiamampu mendapatkan produk-produk 1Malaysia dengan mudahdan ianya bukan sahaja daripada rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia, tetapi juga di kedai-kedai runcit, kedai serbaneka. Malah, di stesen-stesen minyak seperti Shell, Esso, Caltex dan Petronas juga telah mula menjual produk barangan 1Malaysia apabila mereka menyedari prospek masa hadapan untuk penjualan produk 1Malaysia yang semakin diterima oleh pengguna rakyat di Malaysia.

Sehubungan dengan inisiatif dasar kerajaan ini secara tidak langsung, kewujudan KR1M telah memberi telah membuahkan idea yang bernilai kepada kerajaan untuk memmerikan peluang kepada orang ramai untuk mengusahakan perniagaan KR1M setelah pihak Kerajaan mendapat maklum balas positif dari orang ramai semenjak cawangan pertama yang dibuka di Kelana Jaya pada 22 Jun 2011. Ini sekaligus telah menepis dakwaan sesetengah pihak yang memutar belitkan fakta bahawa pengurusan KR1M dimonopoli kumpulan tertentu sahaja, sebaliknya semua pihak telah diberikan ruang yang sama untuk mengusahakan KR1M ini. Peluang ini membolehkan pengusaha memilih sama ada mahu menjual produk 1Malaysia tetapi dengan menggunakan nama kedai yang sama ataupun membuka sebuah kedai yang baharu dan menggunakan nama Kedai Rakyat 1Malaysia.

 Oleh yang demikian, kehidupan di bandar yang semakin menghimpit pada hari ini telah mampu diredakan apabila kerajaan mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang menjanjikan harga yang lebih rendah dan mampu dibeli berbanding harga pasaran produk jenama antarabangsa.Untuk pengetahuan rakyat di Malaysia, Malaysia sudah lama mengamalkan konsep Negara berkebajikan di mana dasar kebajikan terhadap rakyat telah dilaksanakan seperti wujudnya bantuan kepada nelayan, peladang dan klinik komuniti. Semua usaha itu dilakukan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah menangani kos sara hidup yang tinggi pada masa kini. Penubuhan KR1M adalah bukti bahawa Kerajaan adalah serius dan bertanggungjawab untuk membantu rakyat secara keseluruhannya.Pihak kerajaan berharap agar Kedai 1 Malaysia ini sebuah projek usahasama antara Kerajaan dan Mydin dapat membantu serta meberi faedah yang terbaik kepada semua pihak dalam usaha meringankan beban rakyat di Malaysia.Dalam situasi ekonomi kini, kita haruslah memanfaatkan inisiatif-inisiatif yag telah dilancarkan oleh Kerajaan seperti kewujudan Kedai Rakyat 1 Malaysia ini.


PERANAN MEDIA TERHADAP KANAK-KANAK DI MALAYSIA

OLEH: EMELDA DOMINGO

Kanak-kanak hari ini membesar dan melalui pengalaman yang secara kualitinya berbeza dengan kanak-kanak generasi dahulu. Perubahan yang amat ketara dapat dilihat dari aspek bagaimana mereka menggunakan masa, mempunyai peluang yang lebih besar dalam meneroka dunia, dan pembentukan semula landskap persekitaran domestik yang secara langsungnya adalah berhubung dengan pengenalan, perkembangan, dan capaian teknologi media baru yang pesat dan meluas. Dapat kita lihat kanak-kanak kini mereka sudah terdedah dengan media-media seperti television, komputer peribadi, dan disambung kepada kemudahan Internet alatan elektronik seperti cakra padat atau dvd. Mereka juga terdedah kepada penggunaan alatan moden seperti telefon bimbit, perbezaan kanak-kanak kini dengan dahulu jauh berbeza, tidak hairan sekiranya media memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.

PERANAN MEDIA DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK

Media massa juga adalah antara ejen sosial yang berpengaruh dalam kehidupan kanak-kanak. Malah dikatakan televisyen khususnya adalah pelengkap dan sering menjadi pesaing yang mengatasi ejen sosialisasi lain seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya, komuniti, dan institusi agama. Pandangan yang paling popular tentang kejayaan fungsi sosialisasi media adalah ia membolehkan kanak-kanak dan remaja menyesuaikan diri dalam masyarakat kerana mereka telah mempelajari tingkah laku yang bersesuaian.  Peranan media sebagai ejen sosialisasi boleh dilihat dari aspek kesan langsung dan tidak langsung hasil daripada pemaparan nilai-nilai sosial secara pasif. Pemaparan nilai sosial oleh media menyumbang kepada pembentukan nilai sosial yang sebenar.

Tayangan yang dipaparkan di televisyen mampu mempengaruhi kanank-kanak, contohnya apabila kanak kanak menonton tayangan Kl ganster banyak bahasa yang digunakan tidak baik. Kanak-kanak gemar menggunakan bahasa yang mereka pelajari di dalam tayangan televisyen. Terdapat juga kajian, yang menunjukan kanak-kanak akan mudah terpengaruh dengan aksi yang di tayangkan contohnya aksi yang berunsur keganasan. Salah satu kajian analisis terhadap kesan prososial televisyen menunjukkan bahawa program yang dibentuk untuk mengajar nilai persahabatan, penerimaan terhadap kepelbagaian, dan altruisme adalah sangat berkesan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun Ini berkemungkinan disebabkan pelajaran yang disampaikan tersebut melibatkan nilai yang asing atau baru bagi kanak-kanak yang harus dikuasai oleh mereka. Beberapa kajian dilakukan terhadap program berbentuk pendidikan-hiburan yang disasarkan kepada kanak-kanak prasekolah seperti rancangan ‘’Boboiboy’’ telah dapat memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak. Penontonan yang berterusan terhadap program tersebut dibuktikan dapat meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk menjadi lebih bekerjasama, mempelajari kemahiran menerima dan terlibat dengan orang lain, serta memaparkan nilai yang baik. 

PERANAN MEDIA DALAM PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Antara masalah fizikal yang sering kali mendapat perhatian umum dan pakar kesihatan adalah lebihan berat badan atau obesiti yang boleh menyumbang kepada punca masalah kesihatan lain seperti risiko penyakit jantung, kencing manis, ketidakstabilan tekanan darah, dan hipertensi. Masalah obesiti boleh terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Mengikut data rasmi Kementerian Kesihatan, kadar obesiti kanak-kanak negara ini adalah 15 peratus, tetapi jumlah itu dipercayai lebih tinggi sekarang terutama di Kuala Lumpur dan Selangor. Trend peningkatan obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga terjadi di Barat. Biasanya masalah obesiti ini dihidapi oleh kanak-kanak yang menghabiskan masa dengan menonton televisyen, bermain alat permainan seperti playstation dan mereka yang terlibat dengan aktiviti bermain game online, khususnya mereka yang ketagih.

Masalah obesiti pada zaman kanak-kanak biasanya akan berterusan sehingga dewasa. Hal ini kerana apabila mereka ketagih dengan media elektronik ini, mereka akan mengalami penurunan kadar metabolisme semasa aktiviti menonton televisyen khususnya yang seterusnya penggantian aktiviti fizikal perlakuan duduk berpanjangan dan akhir sekali peningkatan pengambilan makanan berkalori sama ada melalui makan semasa menonton atau terpengaruh dengan iklan dan pemasaran makanan daripada media elektronik. Sehubungan dengan itu, kajian telah membuktikan hampir semua kanak-kanak daripada semua peringkat umur didapati menghabiskan masa sama menggunakan media elektronik 3-5 jam menonton televisyen setiap hari, berbanding membuat kerja lain semasa waktu lapang. Oleh sebab kanak-kanak menghabiskan masa yang banyak dengan media elektronik, adalah munasabah dikatakan media elektronik juga penyumbang kepada peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, masalah kecelaruan pemakanan dan persepsi imej badan yang negatif adalah disebabkan pengaruh media.

 Media yang menggunakan model dan pelakon yang terlalu kurus dilihat sebagai penyumbang kepada peningkatan bilangan remaja yang mengalami masalah kecelaruan pemakanan. Kecelaruan pemakanan biasanya terjadi dalam kalangan remaja dan orang dewasa yang muda dan 10 kali lebih ramai dalam kalangan perempuan berbanding lelaki. Usaha mengaitkan pendedahan kepada model yang sangat kurus atau sangat gemuk dengan sikap dan tingkah laku khalayak menunjukkan terdapat sedikit perkaitan dimana mereka mengangap tidak akan menjadi gemuk kerana melihat pelakon tersebut tidak menunjukan perubahan dari segi fizikal.

PENGGUNAAN MEDIA KANAK-KANAK DAN PRESTASI AKADEMIK

Kecenderungan kanak-kanak dalam penggunan media mendapati pelajar yang menonton televisyen secara sederhana 1-2 jam sehari mendapat skor akademik yang lebih berbanding dengan pelajar yang tidak atau kurang menonton. Hal ini kerana, masa penontonan yang sederhana, televisyen dapat menggalakkan sifat ingin tahu kanak-kanak dan membekalkan pengetahuan. Manfaat menonton televisyen secara sederhana adalah berbeza bergantung pada kelas sosial kanak-kanak. Pelajar daripada keluarga mewah yang tidak atau sedikit menonton mendapat pencapaian yang lebih baik dalam ujian manakala pelajar daripada keluarga miskin lebih rendah pencapaiannya. Hubungan antara penontonan televisyen dan pencapaian akademik sebenarnya adalah hasil daripada faktor lain seperti tahap intelektual kanak-kanak, tahap pendidikan ibu bapa, dan jumlah masa yang digunakan untuk menyiapkan kerja atau latihan sekolah.

Guru dan keluarga adalah sebahagian daripada kanak-kanak. Kanak-kanak yang membesar dalam keluarga yang harmoni penuh kasih sayang dan disiplin yang tinggi, sentiasa bersedia untuk belajar dan mempunyai guru yang bermotivasi untuk memberikan maklum balas kepada muridnya, adalah sumber utama kepada jalan kejayaan yang hebat dalam hidup kanak-kanak sepanjang alam persekolahan mereka. Pelbagai isu pengaruh media dalam kehidupan dan perkembangan kanak-kanak jelas menunjukkan bahawa media atau kanak-kanak tidak bertindak sendirian atau secara semula jadi antara satu sama lain. Banyak faktor lain perlu diambil kira. memahami isu tingkah laku kanak-kanak dengan media dan pengaruh media terhadap tingkah laku kanak-kanak, mendorong kita untuk melihat gambaran yang penuh tentang bagaimana media membentuk dan terbentuk daripada konteks perkembangan zaman kanak-kanak.

PERANAN IBU BAPA DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menyedari hakikat bahawa perkembangan zaman kanak-kanak merupakan satu fasa asas yang penting dalam kehidupan individu, ibu bapa perlu mengambil peranan yang proaktif dalam menangani pelbagai isu kekeluargaan amnya dan pengurusan media keluarga khususnya. Pengurusan dan penggunaan media di dalam rumah menuntut kebijaksanaan ibu bapa dalam menanganinya. Umum telah mengetahui bahawa media berpotensi memberikan pengaruh yang besar sama ada positif atau negatif kepada perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa perlu mulakan pembentukan tabiat media yang sihat dalam kalangan anak semasa mereka masih kecil atau sebelum mereka mula bersekolah.

Proses pelaksanaan peraturan dan untuk mempengaruhi pemilihan mereka akan menjadi semakin sukar apabila anak-anak semakin membesar. Ibu bapa harus memperhatikan tabiat media mereka sendiri bagi menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. Sekiranya perlu, ibu bapa perlu berubah demi kebaikan anak-anak kerana ibu bapa adalah model yang pertama dan penting bagi kehidupan anak-anak. Memastikan penggunaan media anak-anak adalah seimbang dengan aktiviti lain seperti bersukan, riadah dan bermain di luar rumah. Mengawasi rancangan yang ditonton oleh anak-anak dan mencari kesempatan untuk menonton bersama mereka. Kanak-kanak yang muda berisiko tinggi menjadi lebih agresif selepas menonton kandungan ganas di televisyen.

Ibu bapa seharusnya mengehadkan jumlah pendedahan kepada kandungan ganas dan mengawasi tingkah laku mereka selepas menonton. Menggalakkan anak-anak menonton pelbagai jenis program seperti program yang berkait dengan sukan, sains dan alam semula jadi, seni, muzik dan sejarah. Ini kerana terdapat banyak program televisyen yang baik yang membolehkan kita belajar tentang pelbagai perkara dan menyeronokkan. Mengambil berat tentang lokasi yang paling sesuai untuk meletakkan televisyen di rumah. Ibu bapa seharusnya menjauhkan televisyen daripada diletakkan di tempat keluarga menghabiskan kebanyakan masa. Elakkan meletakkan televisyen di bilik anak-anak kerana akan menyukarkan pengawasan.

Secara umum, panduan tersebut adalah antara strategi bagaimana ibu bapa boleh memperkasakan peranan mereka dengan menggunakan media yang ada secara bijaksana dan terurus bukan sekadar menyalahkan pihak lain dan membiarkan sahaja anak-anak menggunakan media tanpa bimbingan dan pemantauan. Lebih-lebih lagi dalam konteks perkembangan media yang pesat hari ini, televisyen konvensional telah mengalami persaingan yang hebat dengan wujudnya saluran televisyen berbayar seperti ASTRO selain teknologi komunikasi baru seperti komputer, Internet, permainan video elektronik, pemain dan perakam video, dan lain-lain. Fenomena ini memungkinkan anak-anak lebih banyak peluang untuk terdedah kepada kandungan yang tidak bersesuaian dengan umur mereka. Justeru, ibu bapalah sepatutnya menjadi ”pengawal” utama yang juga berperanan sebagai ”mata dan telinga” kepada anak-anak supaya mereka berkembang dan membesar dalam persekitaran yang sihat dan sejahtera. Pendek kata, ibu bapa berperanan sebagai pemimpin dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa yang berjaya adalah mereka yang melaksanakan tugas dan fungsi keibubapaan sehingga anak mereka dapat mengembangkan potensi diri untuk menjadi manusia yang beriman, berakhlak mulia, berguna kepada agama dan masyarakat

Oleh itu Kehadiran media massa sama ada dalam bentuk teknologi lama atau baru adalah suatu perkara yang akan terus berkembang dan menembusi kehidupan setiap individu. Sungguhpun ibu bapa adalah pihak utama yang bertanggung jawab dalam mencorakkan kehidupan anak-anak, sokongan daripada pihak lain seperti pengasuh, sekolah, pihak kerajaan sebagai pembuat dasar, dan penerbit kandungan media amat diperlukan bagi menjaga kebajikan dan menyediakan persekitaran yang lebih sihat bagi mereka. Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak mendapat manfaat sepenuhnya daripada media yang ada di sekeliling mereka. Perspektif ekologi yang diutarakan memberikan panduan kepada kita untuk melihat hubungan media dan perkembangan kanak-kanak dari pelbagai sudut dan jaringan sistem yang saling berkait dan bertimbal balik antara satu sama lain. Dengan demikian, semua pihak seharusnya tidak memandang ringan akan sumbangan dan peranan masing-masing dalam konteks perkembangan kanak-kanak yang akan menjadi generasi pelapis pembina masa depan negara.