OLEH: NUR SYAKILA BINTI HAMZAH
Pada zaman moden
kini, kenaikan harga barangan makanan dan barangan keperluan harian di
peringkat global telah memberikan kesan negatif secara langsung kepada
negara-negara membangun. Di mana rakyat negara-negara berkenaan mulai merasakan
bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ini ditambah lagi dengan sikap
segelintir peniaga yang mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan terutamanya
produk makanan atas a lasan kekurangan bekalan demi mengaut keuntungan
berlebihan.Malaysia juga tidak terkecuali daripada menghadapi fenomena ini.Oleh
yang sedemikian, suatu langkah inisiatif segera telah diambil oleh Kerajaan
bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat di Malaysia.
'Kedai Rakyat 1
Malaysia' (KR1M), adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini
yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.
Inisiatif ini telah lahir dari Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri
Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2011.Turut hadir pada
hari perasmian tersebut ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pengerusi
pasar raya Mydin. KR1M ini juga telah wujud diatas keperihatinan YAB Perdana
Menteri Malaysiaatas tujuan untuk meringankan beban rakyat berpendapatan
rendah yang tinggal di kawasan bandar. Projek inisiatif ini juga bertepatan
dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana
Menteri Malaysia.
Perlantikan syarikat
peruncitan dan pemborong tempatan untuk mengendalikan Kedai Rakyat 1 Malaysia
iaitu syarikay Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) adalah amat bertepatan.
Ianya kerana pengalaman serta penglibatan syarikat milik anak watan Malaysia
yang Berjaya ini selama 54 tahun dalam bidang peruncitan telah memenuhi segala
ciri-ciri yang dicari oleh Kerajaan bagi mengendali Kedai Rakyat 1 Malaysia
ini.
Sehubungan dengan
itu, MYDIN harus memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa setiap KR1M yang
wujud beroperasi dengan jayanya sejajar dengan matlamat dan inisiatif kerajaan
dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah yang menetap di bandar.
Pemilikan rangkaian rantaian pembekalan yang ekstensif dalam industri
peruncitan memberikan kelebihan kepada pihak MYDIN kerana ia bukan sahaja dapat
membantu dalam memantapkan aspek operasi malahan mengekalkan kos operasi pada
kadar yang sangat minimum.
Selaku pengendali
KR1M, MYDIN perlu bijak dalam menguruskan kos-kos yang terlibat seperti
kerja-kerja pengubahsuaian kedai, latihan kepada kakitangan pekerja baru KR1M
dan teliti dalam pengambilan kakitangan, pengurusan sistem Point Of Sales (POS)
dan pembekalan barangan yang bersesuaian. Satu perkara yang pasti, MYDIN juga akan
tetap mengekalkan harga yang rendah bagi produk-produk KR1M ini dan ianya
adalah merupakan program tanggungjawab sosial korporatnya kepada rakyat
Malaysia.
Penubuhan KR1M ini
lebih mensasarkan kepada kumpulan pengguna yang mempunyai bajet yang terhad
serta keperluan yang paling asas.Matlamat utama KR1M bukanlah untuk mengaut
keuntungan, sebaliknya untuk meringankan beban tanggungan perbelanjaan golongan
yang mempunyai pendapatan rendah ini. Namun yang demikian, KR1M tidakakan
menghadkan kepada sebarang kumpulan pengguna, maka sesiapa sahaja boleh
melangkah masuk ke KR1M dan mendapatkan produk 1Malaysia pada harga yang mampu
milik oleh setiap golongan rakyat di Malaysia.
Penubuhan ‘Kedai
Rakyat 1Malaysia’ telah menjadipencetus idea kepada Kerajaan iaitu sebagai satu
mediumuntuk mengawal harga barang dan mengurangkan monopoli sesetengah barang
keperluan yang telah lama didominasi oleh pengeluar syarikat multinasional.Dengan
caraini, kerajaan dapat mengawal syarikat multinasional dari menaikkan harga
tanpa sebab yang munasabah. Matlamat utama KR1M akan menyediakan perkhimatan
kepada segmen pelanggan yang serupa seperti pasar raya besar, pasar mini dan
lain-lain. KR1M memberi tumpuan utama terhadap pengguna yang memerlukan asas
pada perbelanjaan yang terhad.
Harga produk-produk
KR1M ini sentiasa dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK)
malahan produk-produk ini juga akan diperiksa oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia dalam menentukan ianya mematuhi Akta-Akta yang berhubungan. Sehingga
kini terdapat 250 jenis barangan yang dijual di KR1M yang merangkumi produk
makanan, barangan keperluan harian, barangan dapur, rempah ratus serta produk
sejuk beku dan lain-lain lagi.Pihak pengurusan KR1M sentiasa menambahkan
kepelbagaian produk yang dijual bagi membantu pengguna untuk membuat pilihan
yang bijak dalam membeli barangan keperluan mereka.
Projek KR1M ini yang dipantau
dan diuruskan seratus peratus oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ini
membuka langkah supaya ianya juga
diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit dan membasmi isu harga
barang yang sewenang-wenangnya dinaikkan tanpa kelulusan pihak berkuasa. Kementerian
ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan lain dan pihak berkuasa
untuk menyediakan lokasi kepada KR1M di setiap pelusuk Bandar.
Kewujudan Kedai
Rakyat 1Malaysia ini telah dilihat bertepatan dengan kehendak masyarakat bagi
menolong mereka yang kurang mampu mendapatkan barangan keperluan harian dengan
harga rendah tetapi tetap berkualiti. Pada masa hadapan, Kerajaan telah
memikirkan untuk menambah lebih banyak lokasi-lokasi baru yang berdekatan
kediaman penduduk dan ianyaakan dipilih untuk pembukaan cawangan baru KR1M
kerana projek ini akan diperluaskan ke seluruh Negara. Sehingga kini, matlamat
untuk membuka 25 buah KR1M sebelum penghujung tahun 2011 telahpun tercapai
mengikut sasaran dan rakyat kini sedang menikmati faedah daripada pembukaan
kedai KR1M ini. Malah, kemudahan untuk memperolehi produk-produk KR1M ini telah
diperluaskan ke kawasan-kawasan bandar dan di luar bandar menerusi kedai-kedai
runcit milik persendirian yang sedia ada ekoran daripada desakan permintaan
yang tinggi daripada rakyat yang berpendapatan rendah yang mahukan lebih banyak
produk-produk KR1M di pasaran.
Menerusi Bajet 2012,
Kerajaan telah memberi fokus kepada kebajikan sosial dan sekaligus memberikan
impak kepada perbelanjaan industri swasta yang mana selama ini menjadi pemacu
pertumbuhan ekonomi. Perlaksanaan penurunan cukai korporat, cukai barangan dan
perkhidmatan, ternyata lebih bertujuan membantu isi rumah menangani kenaikan
kos sara hidup selain merangsang perbelanjaan pengguna. Biarpun tumpuan kepada
kebajikan sosial dijangka memberikan kesan kecil kepada pasaran tetapi ia bakal
semarakkan oleh kesan perlaksanaan projek-projek Program Transformasi Ekonomi
yang sedang dilakukan.
Cuba kita renungkan
seketika, sekiranya Kerajaan tidak mengambil sebarang langkah untuk mengawal
kenaikan harga barang, Rakyat akan berhadapan dengan cabaran dan permasalahan yang
sangat besar apabila harga barangan dan komoditi global meningkat sekaligus
membebankan rakyat sebagai pengguna akhir. Pengukuhan ekonomi domestik
merupakan benteng utama bagi mengurangkan impak kemelesetan ekonomi global.
Sepaerti pasaraya dan
asar tani, perbezaan yang mamu dilihat berbanding Kedai Rakyat 1 Malaysia
dengan kedai–kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas
seperti barangan dapur iaitu beras, minyak, susu tepung, serta barangan
keperluan hidup seperti lampin pakai buang, minyak rambut dan banyak
sebagainya. Barangan ini hanya beza pada pek bungkusan dengan jenama “Kedai
Rakyat 1 Malaysia”. Setakat ini, telah terdapat sebanyak 250 jenis
barangan yang telah dijenamakan semula dengan jenama KR1M ini dan ianya akan
bertambah dari masa ke semasa mengikut permintaan yang tinggi oleh pengguna
rakyat Malaysia.Sehubungan dengan itu, barangan-barangan yang terdapat di Kedai
Rakyat 1 Malaysia juga tidak kurang tandingnya dengan barangan yang berjenama
yang terdapat di kedai pasaraya yang terkenal seperti Mydin, Aeon, Econsave dan
sebgainya.
Perbezaan ketara produk
1Malaysia yang dijual di KR1M merupakan produk generik. Produk-produk ini tidak
mempunyai kos pengiklanan, hanya menggunakan label dan corak asas, serta
dikeluarkan oleh pembekal dan pengilang tempatan. Haslinya, KR1M telah berjaya
menjimatkan kos pengiklanan seterusnya Berjaya menurunkan harga produk sebanyak
30%-40% lebih rendah daripada jenama popular yang lain yang kebanyakannya ialah
produk keluaran luar negara.
Seterusnya, penjenamaan
produk di bawah jenama Kedai Rakyat 1Malaysia telah membawa rahmat kepada
barangan keluaran Industri Kecil Dan Sederhana (IKS).Kesemua produk ini adalah
hasil keluaran pembekal dan usahawan tempatan dari Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS).Ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan bagi membantu
syarikat-syarikat PKS untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan mereka ke
pasaran yang lebih luas sehingga menebusi ke pasaran luar negara. Pendekatan
ini umpama serampang dua mata kerana kewujudan KR1M bukan sahaja membantu
pengusaha PKS memasarkan produk mereka dalam kuantiti yang lebih banyak, malah
memberi pengguna manfaat dan keuntungan dari penawaran harga rendah produk
tempatan yang dihasilkan di dalam Negara sendiri.
Selain itu, kelainan
yang turut terdapat pada Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah KR1M menjual
pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil
dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli
barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka. Antara
barangan yang telah dipek semula adalah seperti beras 1kg, serbuk kari 100gm
dan lampin bayi pakai buang yang dipek dalam kuantiti yang kecil. Dengan cara
ini para rakyat masih mampu untuk memiliknya kerana harga-harga yang ditawarkan
ialah dengan harga yang semestinya para rakyat mampu milik.
Di dalam Malaysia terdapat
lebih daripada 470 rangkaian kedai perniagaan runcit di seluruh Negara yang
juga telah memulakan langkah denagn menjual produk 1Malaysia di kedai
perniagaan mereka sendiri.Pihak peruncit yang terbabit antaranya terdiri
daripada pengusaha kedai runcit yang terlibat dalam program seperti TUKAR,
D’Mart, PERNAMA dan FAMA. Kebanyakkan pruncit persendirian ini menjual produk
1Malaysia di kedai runcit milik mereka sendiri kerana mereka percaya kualiti
barangan-barangan 1Malaysia adalah baik dan standing dengan harga yang
ditetapkan malah ada pengguna mengatakan produk barangan 1Malysia ini lebih
baik daripada produk barangan yang berjenama yang mudah didapati di seluruh pasar raya besar.
Melalui tinjauan dan
temu ramah yang dilakukan oleh pihak media terhadap orang ramai sebelum ini,
rata-ratanya menyuarakan pendapat yang sama iaitu kegembiraan dan sokongan
terhadap bantuan kerajaan melalui penubuhan KR1M yang membantu mereka
mendapatkan barangan asas pada harga yang rendah berdekatan dengan kediaman
mereka. Pengguna mengakui mereka perlu berhemah dalam berbelanja dan bijak
mengurus perniagaan.Mereka yang berada dalam golongan pertengahan turut terkena
tempias dengan harga barangan yang semakin naik dari tahun ke tahun.Jadi setiap
bulan mereka harus merancang perbelanjaan agar tidak melebihi bajet bulanan.
Oleh yang demikian, kini,
orang ramai boleh memanfaatkan kewujudan KR1M ini dan para rakyat Malaysiamampu
mendapatkan produk-produk 1Malaysia dengan mudahdan ianya bukan sahaja daripada
rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia, tetapi juga di kedai-kedai runcit, kedai
serbaneka. Malah, di stesen-stesen minyak seperti Shell, Esso, Caltex dan
Petronas juga telah mula menjual produk barangan 1Malaysia apabila mereka
menyedari prospek masa hadapan untuk penjualan produk 1Malaysia yang semakin
diterima oleh pengguna rakyat di Malaysia.
Sehubungan dengan
inisiatif dasar kerajaan ini secara tidak langsung, kewujudan KR1M telah
memberi telah membuahkan idea yang bernilai kepada kerajaan untuk memmerikan
peluang kepada orang ramai untuk mengusahakan perniagaan KR1M setelah pihak
Kerajaan mendapat maklum balas positif dari orang ramai semenjak cawangan
pertama yang dibuka di Kelana Jaya pada 22 Jun 2011. Ini sekaligus telah menepis
dakwaan sesetengah pihak yang memutar belitkan fakta bahawa pengurusan KR1M
dimonopoli kumpulan tertentu sahaja, sebaliknya semua pihak telah diberikan
ruang yang sama untuk mengusahakan KR1M ini. Peluang ini membolehkan pengusaha
memilih sama ada mahu menjual produk 1Malaysia tetapi dengan menggunakan nama
kedai yang sama ataupun membuka sebuah kedai yang baharu dan menggunakan nama
Kedai Rakyat 1Malaysia.
Oleh yang demikian, kehidupan
di bandar yang semakin menghimpit pada hari ini telah mampu diredakan apabila
kerajaan mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang menjanjikan harga yang lebih
rendah dan mampu dibeli berbanding harga pasaran produk jenama antarabangsa.Untuk
pengetahuan rakyat di Malaysia, Malaysia sudah lama mengamalkan konsep Negara
berkebajikan di mana dasar kebajikan terhadap rakyat telah dilaksanakan seperti
wujudnya bantuan kepada nelayan, peladang dan klinik komuniti. Semua usaha itu
dilakukan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah menangani kos sara hidup
yang tinggi pada masa kini. Penubuhan KR1M adalah bukti bahawa Kerajaan adalah
serius dan bertanggungjawab untuk membantu rakyat secara keseluruhannya.Pihak
kerajaan berharap agar Kedai 1 Malaysia ini sebuah projek usahasama antara
Kerajaan dan Mydin dapat membantu serta meberi faedah yang terbaik kepada semua
pihak dalam usaha meringankan beban rakyat di Malaysia.Dalam situasi ekonomi
kini, kita haruslah memanfaatkan inisiatif-inisiatif yag telah dilancarkan oleh
Kerajaan seperti kewujudan Kedai Rakyat 1 Malaysia ini.
Pada zaman moden
kini, kenaikan harga barangan makanan dan barangan keperluan harian di
peringkat global telah memberikan kesan negatif secara langsung kepada
negara-negara membangun. Di mana rakyat negara-negara berkenaan mulai merasakan
bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ini ditambah lagi dengan sikap
segelintir peniaga yang mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan terutamanya
produk makanan atas alasan kekurangan bekalan demi mengaut keuntungan

Seperti pasaraya dan