Oleh: Crie Carollisa Rindum
Pesta kaamatan merupakan
antara enam pesta rakyat Malaysia yang telah diistiharkan kerajaan persekutuan
sebagai perayaan negara sekaligus menempatkan kaum kadazan dusun sebagai
komponen terpenting dalam masyarakat majmuk negara. Timbalan ketua menteri, Datuk
Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata, keharmonian kaum yang dikecapi
khususnya di sabah terus dipelihara dan pesta kaamatan merupakan perayaan yang
menjadi landasan kukuh untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di sabah.
Pesta kaamatan atau di
dalam Bahasa kadazan “magavau’ merupakan upacara perayaan khas untuk
menghormati ‘bambazon’ iaitu semangat padi. Pesta kaamatan merupakan perayaan
tradisi kaum kadazan dusun di sabah dan diraihkan sebagai tanda kesyukuran
hasil padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak
zaman-berzaman. Pesta kaamatan biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Pesta kaamatan yang dirayakan oleh suku kaum Kadazan dusun di sabah juga telah
diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak
tahun 1960 lagi oleh ketua menteri Sabah pertama, iaitu Tun Haji Mohamad Fuad
Stephens.
Kaamatan ialah
satu-satunya perayaan berunsur budaya etnik disambut secara besar-besaran
bermula dengan pelancaran peringkat negeri pada 1 Mei, disusuli sambutan
peringkat kampung dan daerah dengan kemuncaknya pada 30 dan 31 Mei di Hongkod
Koisaan, KDCA. pada kemuncak perayaan pesta kaamatan
yang berlangsung pada 30 dan 31 Mei setiap tahun, kerajaan Negeri Sabah telah
mewartakan sebagai cuti umum, pada dua hari inilah sambutan kecil-kecilan di
kampung kampung diadakan sebelum kearah kemuncaknya yang diadakan di Hongkod
Koisaan KDCA.
Hongkod Koisaan yang
bermaksud pusat kesatuan adalah kompleks budaya milik KDCA yang dijadikan
lokasi tetap sambutan penutupan kaamatan sejak dibuka pada tahun 1989, menarik
minat ribuan pengunjung dan pelancong dari jauh dan dekat. Perayaan ini juga
mempunyai pengisian yang menarik, ditambah unsur komersial sebagai produk
tarikan pelancong selain landasan untuk pelbagai syarikat korporat mengiklankan
produk dan perkhidmatan, menjadikan sambutan Kaamatan lebih meriah dan penuh
warna warni.
Sebelum tiba hari perayaan
ini, biasanya setiap keluarga orang kadazandusun ini akan sibuk membuat
persiapan bagi menyambut kedatangan perayaan kaamatan. Diantara persiapannya
termasuklah membersihkan kawasan rumah dan sekitarnya supaya roh-roh nenek
moyang dan semangat-semangat yang datang melawat atau kembali ke sana akan
gembira melihat dan tidaklah mereka merasuk atau menyakiti manusia. Disamping
itu, mereka juga sibuk membuat makanan dan minuman seperti kuih-muih dan
diantara benda utama yang mesti disediakan ialah air tapai atau tuak. Disamping
kuih-muih dan lain-lain makanan lagi. Satu tempat khusus perayaan juga akan disediakan.
Dengan kemeriahan sambutan
pesta kaamatan, telah terbukti bahawa sebenarnya masyarakat di negeri sabah
mempunyai perpaduan yang kuat dan persefahaman yang kukuh. Perpaduan dan
persefahaman ini perlu dipupuk dan dipelihara kerana ianya adalah merupakan
kekuatan yang perlu disemai dan tunjukkan dalam apa juga perkara dan program
yang diadakan di negeri sabah. Perayaan pesta kaamatan juga dapat membantu
industri pelancongan.
Pesta kaamatan merupakan
peluang untuk mengukuhkan lagi semangat perpaduan, persefahaman dan muhibah
dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Rakyat Malaysia di sabah sentiasa
bersikap terbuka dan saling memahami antara satu sama lain serta berasa bangga
menjadi contoh terbaik semangat 1Malaysia. Rakyat sabah khususnya boleh mengetepikan
perbezaan suku kaum untuk bekerjasama dan berganding bahu bagi membangunkan
negara khususnya negeri sabah ke tahap yang lebih tinggi. Menjadi harapan ketua
menteri Sabah iaitu Y.A.B Datuk Seri Musa Haja Aman, agar kita dapat terus
memantapkan semangat kerjasama dan bersatupadu.
Pesta kaamatan merupakan
platform bagi memelihara dan mengetengahkan tradisi dan budaya tempatan.
Tradisi dan budaya adalah identiti rakyat sabah yang perlu dipelihara bagi
mengimbangi cara hidup yang serba moden. Justeru, para penyokong tradisi dan
budaya perlu melipatgandakan lagi usaha untuk menyampaikan ilmu dan pengalaman
mereka kepada generasi muda seperti mana yang telah diwariskan kepada golongan
muda oleh generasi yang terdahulu.
Antara sambutan menarik
yang diadakan ialah persembahan dan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh
kaum petani yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian
tradisional mereka. Tarian sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat
Sabah yang amat terkenal, ia merupakan tarian tradisi suku kaum kadazan dusun
yang sering dipersembahkan pada pesta kaamatan. Ilham tarian sumazau ini adalah
daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang
berehat di sawah sewaktu musim menuai.
Pada masa sekarang, tarian
sumazau juga diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis
keraian perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang
kenamaan, di mana ia turut ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira
suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis dan mengeratkan hubungan
antara berbilang kaum.
Selain tarian, pakaian
tradisional juga merupakan antara tarikan utama dalam pesta kaamatan. Pakaian
tradisi suku kaum kadazandusun kaya dengan keunikannya. Setiap etnik dalam kaum
kadazandusun mempunyai perbezaan dari segi pakaian tradisinya. Dengan mempunyai
sebanyak 32 etnik suku kaum asli di negeri Sabah, maka pelbagai jenis pakaian
tradisi juga akan semakin banyak untuk diperagakan.
Kebanyakan dari sukukaum
masih mengekalkan corak dan warna pakaian tradisi yang asli. Warna yang amat
popular ialah warna hitam. Pakaian tradisi juga termasuklah manik-manik antik
yang dijadikan sebagai gelang, tali pinggang, barangan antik berukiran berwarna
perak dan tali pinggang yang diperbuat dari wang syiling dollar berwarna perak.
Kesemuanya ini merupakan khazanah turun-temurun yang sangat berharga dan sangat
tinggi nilainya.
Pertandingan ratu cantik
atau lebih dikenali sebagai Unduk Ngadau juga merupakan antara aktiviti yang
dinantikan. Pertandingan ratu unduk ngadau akan diadili oleh golongan
professional dan akan dinilai dari segi dari segi keayuan, kesopanan,
kecerdasan, dan kesergahan pakaian tradisi yang dipakai. Ratu unduk ngadau
kaamatan yang mendapat inspirasi dari lagenda ‘huminodun’ yang bermaksud ‘yang
berkorban’ akan seterusnya menjadi ikon kebangaan negeri Sabah secara
keseluruhannya.
Perayaan kaamatan yang
dirayakan di negeri Sabah merupakan satu perayaan yang begitu besar. Walaupun negeri
Sabah wujud pelbagai etnik dan agama, tetapi perayaan pesta kaamatan ini
disambut secara bersama. Keharmonian ini dapat dilihat pada hari kemuncak pesta
kaamatan, pelbagai sukukaum dan etnik sabah akan berkumpul bagi memeriahkan
pesta kaamatan ini. Perayaan ini telah menempuhi pelbagai perubahan, namun
objektifnya tetap sama, iaitu menyatupadukan rakyat sabah dan mengekalkan
tradisi yang membuatkan pelancong tertarik untuk mengetahui tentang keunikan di
sabah dan perayaan ini juga diharapkan dapat dikekalkan agar penduduk di sabah
tetap bersatu padu.
Kesan perayaan boleh
dilihat dari segi kekeluargaan, perpaduan dan juga dari sudut ekonomi. Dari
segi kekeluargaan, pesta kaamtan dapat mengumpulkan ahli keluarga tidak kira
jauh atau dekat untuk bersama-sama meraikan perayaan bersejarah ini. Pesta
kaamatan dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara ahli keluarga. Dari
segi perpaduan pula, pesta perayaan dapat memupuk perpaduan antara kaum di
Malaysia. Kaum-kaum lain yang tidak menyambut pesta kaamtan seperti kaum
melayu, cina dan india selalunya akan dijemput hadir ke rumah rakan ataupun
dewan untuk menyertai pelbagai aktiviti sempena pesta kaamatan. Perayaan juga
dapat memberi peluang bagi memasarkan hasil-hasil seperti perhiasan, alat
muzik, makanan, minuman keras dan sekaligus memacu ekonomi negara.
Secara kesimpulannya,
dengan tersedianya institusi pengajian tinggi yang ada di Sabah ini juga
haruslah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengilap bakat dan kebijaksanaan dalam
pelbagai bidang. Jadikan institusi-institusi sebagai tempat rujukan kepada
masyarakat peribumi dalam meningkat dan memantapkan sumber kewangan keluarga
dan masyarakat. Alangkah baiknya sekiranya ada di kalangan peribumi yang
mengambil manfaat daripada kebudayaan yang diamalkan sebagai satu perniagaan
dan bersedia membuat pemasaran ke serata dunia tentang kehebatan budaya
masing-masingyang ada di negara Sabah. Dengan kaedah itu, maka berbaloi
semangat menyambut perayaan kaamatan dinobatkan sebagai sumber pendapatan utama
negeri khususnya pada negara.