Tuesday, 10 May 2016

PROGRAM LAN BERAMBEH ANAK SARAWAK SEMENANJUNG

OLEH : DYG IRNA MERLIANA BINTI AWG SHAMSAWI

               Program Lan Berambeh Anak Sarawak Semenanjung yang masuk tahun keenam penganjurannya pada tahun ini menjadi wadah untuk mempertemu dan merapatkan hubungan anak-anak Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia. Lebih 5,000 anak-anak kelahiran Sarawak kini berada di semenanjung untuk bekerja, belajar mahupun berkahwin dengan orang-orang Kuala Lumpur turut menghadiri majlis tersebut.

            Lebih meriah lagi, apabila penganjuran Lan Berambeh Anak Sarawak Semenanjung itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta menteri-menteri kabinet. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan isteri iaitu Ketua Menteri Sarawak.

            Hidup merantau dan tinggal berjauhan dengan keluarga sering menyebabkan kita terkenangkan kampung halaman.Selain ibu bapa, adik-beradik dan sanak-saudara, antara perkara yang paling dirindui apabila tinggal di perantauan ialah masakan dan peluang bertutur dalam bahasa tempatan.Jika diikutkan hati, rasanya semua perantau ingin pulang sekerap yang boleh ke kampung tetapi jarak perjalanan, masa dan wang ringgit membantutkan niat tersebut terutama bagi anak kelahiran Bumi Kenyalang yang menetap di Semenanjung kerana dipisahkan oleh Lautan China Selatan. Menyedari kesulitan itu, maka Persatuan Anak Sarawak Semenanjung dengan kerjasama Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB), Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Rumah Sarawak Kuala Lumpur dan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur serta kerajaan Sarawak mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak pada setiap tahun bermula 2008.

            ‘Lan berambeh’ adalah perkataan dalam bahasa Melayu Sarawak yang bermaksud ‘jom berhimpun’ bertujuan mengeratkan hubungan sesama anak Sarawak.Semasa penganjuran pertama acara ini pada 2008, ia dikenali sebagai Rumah Terbuka Aidilfitri, namun kemudian ditukar kepada Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak setelah peranannya diperluaskan untuk dijadikan medan pertemuan tahunan anak-anak Sarawak.Melalui program ini, semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Sarawak akan sama-sama hadir memeriahkan karnival dan bertemu dengan pelajar serta anak tempatan Bumi Kenyalang yang bekerja di Semenanjung.
            Selain wadah untuk mempertemukan anak-anak Sarawak, program tersebut juga dijadikan medan untuk mengenali antara satu sama lain di samping bertukar-tukar pendapat sekali gus menjalinkan perhubungan anak-anak Sarawak agar terus kukuh semasa berada di rantau orang. Jika sebelum ini, anak-anak Sarawak kurang mengenali antara satu sama lain, tetapi dengan adanya program berfaedah itu mereka boleh mengenali sesama sendiri sekali gus membina rangkaian perhubungan yang sedia terjalin dan berkekalan. Selain majlis jamuan malam, turut diadakan ialah kursus pada sebelah pagi untuk menerangkan perkembangan terbaharu dan pencapaian negeri Sarawak.
            Kerajaan negeri sedang berusaha untuk menggalakkan golongan muda terutama di kawasan pedalaman menyertai pasaran kerja di sektor teknikal kerana ia mampu melonjakkan ekonomi negeri itu di masa depan.
            Ini kerana, Sarawak merancang membina sekurang-kurangnya lima sekolah teknikal bagi mengisi kekosongan di sektor industri teknikal di negeri itu menjelang 2020. Beliau berkata menjelang 2020, dijangka lebih 300,000 peluang pekerjaan di sektor teknikal akan muncul melalui projek di kawasan Pembangunan Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) di Sarawak. Jadi ianya amat memerlukan lebih ramai pekerja mahir pada waktu itu. Satu badan khas ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk menarik minat generasi muda menjadi pekerja teknikal, mereka yang di luar bandar menjadi tumpuan. Program Lan Berambeh akan terus menjadi acara tahunan memandangkan ia sambutan memberangsangkan dan berupaya memberi impak positif kepada anak Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia.
            Program itu merupakan platform terbaik untuk kerajaan negeri menyalurkan maklumat berkaitan pembangunan dan keadaan sosioekonomi serta politik di Sarawak. Program Lan Berambeh ini di teruskan supaya anak Sarawak dapat berkumpul di satu tempat untuk mengetahui keadaan semasa negeri sendiri dan usaha yang telah dilakukan kerajaan dalam membangunkan Sarawak dengan lebih terperinci. Program itu juga dapat dijadikan ruang untuk anak Sarawak menyalurkan cadangan dan pendapat dalam usaha menambah baik sistem penyampaian kerajaan negeri.Program itu juga, bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada lebih 2,000 graduan Sarawak mengenai pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak dan Hab Halal Tanjung Manis serta peluang kerjaya yang ditawarkan.
            Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah turut serta dalam Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Program edisi ke-8 ini telah dianjurkan oleh Persatuan Anak Sarawak Semenanjung dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Pejabat Perhubungan Sarawak, Kuala Lumpur (Anak Sarawak) dan Yayasan Sarawak Cawangan Kuala Lumpur. Program yang mula diperkenalkan sejak tahun 2008 ini menjadi platform perkongsian maklumat antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bersama anak-anak Sarawak yang ingin mengetahui perkembangan terbaharu khususnya rancangan pembangunan bagi negeri Sarawak selain mengeratkan silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat.
            Pelbagai pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta turut diadakan di mana LGM juga telah turut serta. Dalam pameran ini, LGM telah memaparkan pelbagai maklumat-maklumat berkaitan negeri Sarawak seperti projek pembangunan negeri Sarawak, teknologi-teknolgi yang telah dibangunkan dan berpotensi digunakan di negeri Sarawak seperti bearing seismik dan jalan raya getah, info NKEA negeri Sarawak dan peluang pekerjaan serta kursus-kursus yang ditawarkan oleh LGM.
            Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai peringkat dan sangat wajar untuk diteruskan kerana berupaya menjadi medium perkongsian maklumat dikalangan anak-anak Sarawak di Semenanjung Malaysia. Pada Majlis ini terdapat sesi taklimat mengenai peluang kerjaya dan perniagaan oleh SIRIM Berhad, SARAWAK CORRIDOR FOR RENEWAL ENERGY (SCORE)dan SHELL (M)BHD. Atucara majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Program, diikuti pula dengan sesi taklimat peluang kerjaya untuk mahasiswa-mahasiswi Sarawak. Selepas habis taklimat, upacara yang ditunggu-tunggu ialah perasmian Majlis ini oleh YB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mewakili Ketua Menteri Sarawak. Sejurus selepas itu, para peserta menjamu selera di Dataran Sirim dan dihiburkan oleh Artis iaitu Camelia. Suasana agak meriah dan sambutan untuk majlis ini agak luar biasa daripada anak-anak Sarawak. Pihak BAKSAR sendiri turut mendapat manfaat besar daripada majlis ini kerana dengan tidak langsung dapat mengukuhkan hubungan dengan badan NGO Sarawak dan wakil rakyat Sarawak. Malah beberapa cadangan daripada BAKSAR sendiri telah mendapat perhatian pada masa tersebut. Ribuan terima kasih kepada Persatuan Anak Anak Sarawak Semenanjung kerana sudi menjemput kami.
            ‘Lan Berambeh’ Anak Sarawak akan membuka tirainya dengan Forum Persekutuan Malaysia bertajuk ‘Masa Depan Sarawak’, Konvensyen Mahasiswa Sarawak 2015, Sesi Townhall ‘Kamek Ngan CM Adenan’ dan seterusnya Majlis Makan Malam Lan Berambeh Anak Sarawak 2015. Orang ramai yang berkunjung ke karnival ini juga berpeluang menikmati pelbagai juadah masakan tempatan Sarawak yang terdapat di 120 gerai merangkumi 60 gerai usahawan, 40 gerai jabatan kerajaan dan 20 gerai berkonsepkan ‘Dapur Sarawak’.Selain membawa makanan tradisi negeri itu, karnival tersebut turut mempamerkan seni kraf dan budaya turun-temurun masyarakat Sarawak seperti manik Sarawak, tenunan pua kumbu, sulaman Ke ringkam, joget Sarawak dan tikar Sarawak.

            Majlis itu akan bermula jam 7.30 malam dan para tetamu akan disajikan dengan pelbagai juadah istimewa Sarawak termasuk Mee Kolok, Laksa Sarawak dan Kek Lapis Sarawak selain dihiburkan dengan persembahan artis tempatan dan antarabangsa.Pengunjung juga boleh membeli hasil produk kraftangan, makanan dan menyaksikan persembahan kebudayaan pelbagai suku kaum dari Bumi Kenyalang. Turut dijadualkan berlangsung ialah jamuan makan malam yang akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.Pelbagai acara dan persembahan diadakan antaranya ucapan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem, tayangan video Kamek Anak Sarawak dan persembahan tarian tradisional masyarakat Sarawak.

            Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawaktelah dijemput sebagai ahli panel forum sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak 2013 bersama-sama dengan YB Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga seorang lagi ahli panel iaitu YBhg. Datuk Amar Wilson Baya Dandot, CEO of SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy). Tajuk forum ialah Sarawakian Youths ; Business and Career Opportunities.Tajuk forum ini adalah amat signifikan memandangkan ramai pelajar-pelajar universiti anak Sarawak yang hadir. Graduan yang tamat belajar sudah tentunya ingin berkerja secepat yang mungkin. Kerajaan sememangnya amat prihatin dengan permasalahan rakyat. Pada masa ini, pelajar Universiti tidak seharusnya memikirkan untuk bekerja dengan Kerajaan semata-mata setelah tamat belajar. Satu anjakan pemikiran yang positif dan cita-cita menjadi usahawan haruslah dipupuk dalam diri setiap graduan dan orang ramai. Negeri Sarawak sepertimana yang kita ketahui mempunyai tanah yang luas dan merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Tanah yang luas di negeri Sarawak memberi peluang kepada kita untuk menjadi petani dan pengusaha ladang yang berjaya. Sehubungan itu, Kerajaan telah menyediakan pelbagai dana untuk membantu rakyat disemua lapisan. Sebagai contohnya, Kerajaan telah menyediakan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Bantuan dana ini adalah untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan dan juga bagi mereka yang mahu mengukuhkan lagi pernigaan yang sedia ada.

            Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga telah memperkenalkan Pertandingan Rural Business Challenge (RBC) untuk belia luar bandar dimana hadiah pertandingan ini ialah geran perniagaan sehingga RM2 juta. Lain-lain agensi Kerajaan yang menyediakan dana untuk rakyat ialah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan lain-lain lagi. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kita mencari peluang-peluang yang ada dan bersedia untuk menjadi usahawan yang berjaya.

            Program Lan Berambeh Anak Sarawak kali ini yang menarik penyertaan ribuan anak Sarawak dari seluruh Semenanjung itu diisi dengan acara seperti Konvensyen Mahasiswa Sarawak selain pameran kerjaya dan keusahawanan serta jamuan malam berkenaaan.