OLEH
: NATRAH BINTI ABDULLAH
MyDeposit
adalah inisiatif kepada pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman
mampu milik sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2016 kini telah mula dilancarkan
dan dilaksanakan. Permohonan skim rumah MyDeposit boleh dibuat secara atas
talian (Mengisi Borang Permohonan Online) bermula pada tarikh 7 April 2016
sehingga 30 Jun 2016 melalui sistem aplikasi di laman web rasmi Jabatan
Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT). Bermula dari tarikh permohonan secara atas talian (online)
dibuka sehingga 13 April 2016, pihak kerajaan telah menerima sebanyak 4835
permohonan dari serata Malaysia iaitu permohonan dari Negeri Selangor sebanyak
2,500 permohonan, 1,000 permohonan di Putrajaya, 643 dari Negeri Johor manakala
534 dari Pula Pinang dan 158 di Kuala Lumpur.Skim MyDeposit akan membantu
golongan berpendapatan sederhana (M40) yang berpendapatan isi rumah RM10,000
dan ke bawah untuk memiliki kediaman sendiri. Permohonan ini dibuka sehinga 30
Jun 2016. Harga rumah di Malaysia semakin
meningkat dengan peningkatan kos perbelanjaan rumah. Oleh itu, pemilikan rumah
of Rakyat Malaysia terutama dari gologan berpendapatan rendah dan
sederhana adalah amat susah justeru rakyat yang berkelayakkan digalakkan
untuk memohon.
Antara
kelebihan dan manfaat Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)adalah membantu golongan berpendapatan sederhana
(M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah. Selain itu, Kerajaan
membantu dengan memberi sumbangan sebanyak 10 peratus (10%) daripada harga
jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah) kepada pembeli pertama
bagi membantu mereka membeli rumah yang berharga sehingga RM500,000 dan ke
bawah. Kerajaan turut memutuskan bahawa penjualan rumah berharga sehingga
RM300,000 kepada hanya pembeli rumah pertama sebagaimana yang diumumkan
dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 akan mula dilaksanakan mulai
bulan April 2016. Dalam perkembangan semasa, bagi menggalakkan pemaju
swasta membina lebih banyak rumah berharga sehingga RM300,000, Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan
beberapa insentif antaranya bagi rumah berharga RM300,000 ke bawah, nilai
deposit kekal RM200,000 dan kadar semasa nilai deposit adalah sebanyak tiga
peratus (3%) daripada anggaran kos pembinaan Pelaksanaan inisiatif pemilikan
rumah untuk rakyat adalah membabitkan usaha pelbagai pihak dari peringkat
Persekutuan, Kerajaan Negeri juga sektor swasta dalam menyediakan kediaman
mampu milik kepada keperluan golongan yang disasarkan Terdahulu, pada
pembentangan Bajet 2016, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200
juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu
isi rumah.
Sebelum
mengemukakan permohonan Skim MyDeposit, pemohon perlu mengenal pasti terlebih
dahulu projek perumahan yang hendak dibeli dan pemohon bebas memilih projek
perumahan swasta yang menepati syarat dan harga rumah kurang daripada RM500,000.
Insentif yang diberikan oleh Skim MyDeposit adalah berbentuk sumbangan dan ia
tidak perlu dibayar balik.Pihak kerajaan telah menetapkan rumah yang dibeli
melalui skim ini tidak boleh dijual untuk tempoh 10 tahun selepas pembelian dan
pemohon yang sudah ditapis untuk ditawarkan skim berkenaan akan diberi tawaran
bersyarat yang sah selama 30 hari berkuatkuasa daripada tarikh surat berkenaan
dikeluarkan. Di samping itu, pemohon perlu memenuhi beberapa perkara seperti
menandatangani surat setuju terima pembiayaan deposit rumah pertama dan
menandatangani perjanjian jual beli dengan pemaju atau pemilik asal
rumah. Sekiranya pemohon gagal berbuat demikian, surat tawaran bersyarat
itu dikira batal dan kerajaan berhak untuk menolak tuntutan bayaran yang
dikemukakan Skim bayaran insentif MyDeposit. Skim ini tidak boleh di guna pakai
bagi program perumahan yang sudah menerima bantuan subsidi seperti Perumahan
Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA),
Projek Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
dan Rumah Mesra Rakyat.
Skim
Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang
diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah
idaman. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai
sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.
Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan
aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh
Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT). Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan
pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia. Bantuan MyDeposit hanya diberikan kepada
mereka yang membeli rumah pertama. Diantara pembelian yang layak adalah
pembelian rumah “Subsale”, rumah mestilah beharga RM 500,000 ke bawah,
pembelian project perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi dari pihak
Kerajaan (PPR, RMR ) dan rumah yang dibeli mempunyai 10 tahun sekatan dari
dijual jika mendapat bantuan MyDeposit. Berikut adalah syarat syarat dan
kelayakan permohonan iaitu permohon mestilah Rakyat Malaysia, permohon mestilah
berumur 21 tahun ke atas (tiada usia maksima), permohonan ini hanyalah untuk
pembelian rumah pertama , untuk seisi rumah. pendapatan kasar isi rumah
permohon mestilah kurang dari RM 10,000 sebulan. Ini termasuk komisyen, elaun,
bonus dan lain lain), permohon diberi tempoh 30 hari untuk membuat perjanjian
jual beli rumah dari tari kelulusan dan ermohon mestilah layak untuk membuat
pinjaman perumahan dari mana mana institusi kewangan di Malaysia.
Soalan Lazim untuk MyDeposit adalah
siapakah yang layak untuk memohon skim MyDeposit? MyDeposit terbuka kepada
seluruh warga Malaysia yang berumur 21 ke atas semasa permohonan. Pendapatan
isi rumah mestilah dari RM 3,000 hingga ke RM 10,000. Permohon juga perlulah
mengenalpasti rumah yang hendak dibeli sebelum membuat permohonan. Permohon
yang berstatus bujang juga layak untuk memohon MyDeposit.Bagaimana cara untuk
mendaftar untuk MyDeposit?.Pendaftaran hanya boleh dibuat online. Tiada borang
offline untuk pendaftaran MyDeposit. Bagaimana bayaran MyDeposit dibuat
?Bayaran MyDeposit akan dibayar terus ke akaun peguam ataupun akaun penjual
rumah. Adakah laporan CCRIS wajib dikemukakan ?Pendaftar tidak wajib untuk
megemukakan CCRIS ketika permohonan tetapi, CCRIS adalah digalakan. Pendaftar
boleh membuat laporan CCRIS mereka di mana mana cawangan Bank Negara. Saya
sudah membayar deposit , adakah saya layak untuk mendapat MyDeposit?Tidak,
pemberian MyDeposit hanya tertakluk kepada tempoh skim ini. Mereka yang telah
menanda tangani surat perjanjian jual beli juga tidak layak untuk mendapat
bantuan dari MyDeposit. Perlukah saya membayar balik MyDeposit ?Tidak, mereka
yang lulus tidak perlu membayar balik wang yang diterima oleh skim MyDeposit.
Tetapi mereka yang telah mendapat bantuan MyDeposit tidak boleh menjual rumah
yang debeli dalam masa 10 tahun.Berapa lama pendaftaran skim MyDeposit akan
diproses ?Permohonan akan mendapat jawapan dalam masa dua bulan.Jika pasangan
suami dan isteri telah mempunyai rumah, adakah mereka layak untuk mendapat skim
MyDeposit? Tidak, mereka tidak layak jika suami atau isteri telah memiliki apa
apa rumah. Perlukah permohon membeli apa apa rumah dari pemaju penal
kerajaan? Tidak, permohon bebas untuk mencari rumah mereka. Skim perumahan
kerajaan seperti PR1MA, RMR, PPR dan lain lain tidak layak untuk mendapat
bantuan MyDeposit.
Memiliki
rumah yang selesa merupakan satu impian golongan muda. Pada usia ini pastinya
mereka bersemangat untuk memperoleh sesuatu serta optimis terhadap cita-cita
atau impian mereka termasuklah memiliki rumah sebagai aset. Bahkan jika diukur
pada tahap umur golongan muda yang berusia antara 23-40 tahun, sepatutnya
mereka sedang atau telah membina tapak yang kukuh untuk kehidupan masa hadapan
terutama telah memasuki pasaran kerja yang tetap, berkeluarga dan mempunyai
kualiti hidup yang baik. Kualiti hidup yang baik seringkali dihubungkait dengan
memiliki rumah yang selesa. Namun begitu sejauhmanakah golongan ini telah
memiliki kediaman sendiri atau masih lagi menyewa? Satu kajian menunjukkan bahawa
negara kita menduduki tangga ke-15 dalam kalangan negara yang mencatatkan
kenaikan harga rumah tertinggi pada suku tahun pertama 2014. Rentetan
harga pasaran rumah yang terus melambung tinggi dan tidak selari dengan
pendapatan mereka kemungkinan hasrat dan impian golongan muda ini untuk
memiliki rumah sendiri mungkin terkubur. Malah satu kajian yang diperoleh
daripada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
mendapati hampir 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3,000
sebulan tidak mampu memiliki rumah sendiri. Kenaikan harga rumah ini pastinya
menimbulkan keresahan dalam kalangan golongan muda. Keresahan dan kebimbangan
ini sebenaranya tidak baik terutama dalam perkembangan negara menuju status
negara maju. Malah kenaikan harga ini juga pastinya akan memberi kesan kepada
mereka terutama golongan bumiputera untuk memiliki rumah sedangkan Islam
meletakkan pemilikan rumah atau tempat tinggal adalah salah satu daripada
keperluan al-Dharuriat iaitu keperluan yang mendesak.
Melihat kepada harga pasaran
rumah untuk membeli kediaman yang sederhana yang sesuai di peringkat
bawah umur 30 tahun adalah hampir mustahil sekiranya harga rumah hari ini
terus melambung tinggi. Dalam situasi ini dicadangkan ada pihak-pihak
tertentu membuat kawalan harga ke atas semua bahan binaan termasuklah
harga simen, pasir, besi dan sebagainya. Di samping mengurangkan kewujudan agen
hartanah yang boleh dikatakan mengaut keuntungan atas angin walhal rumah
tersebut bukanlah aset mereka. Kewujudan agen hartanah ini juga dikatakan
menyumbang kepada punca harga rumah melambung dengan spekulasi yang
dianjurkan. Hal sedemikian menjadikan golongan muda semakir sukar
memiliki rumah. Oleh itu, beberapa pendekatan lain perlu difikirkan dari
akar umbi. Salah satunya adalah meningkatkan sikap kepedulian terhadapa
pasaran hartanah dalam negara kita. Untuk memiliki sebuah rumah idaman misalnya
setiap anak muda perlu turut meningkatkan ilmu, cara dan kemahiran tertentu
untuk memudahkan mereka membeli rumah. Di samping itu, golongan muda perlu
sedar dan peka dengan tawaran yang baik untuk membeli rumah. Profil
sejarah syarikat pemaju hartanah yang baik boleh dijadikan panduan untuk
membeli hartanah tersebut supaya dapat disiapkan dalam tempoh masa tertentu
dan mereka tidak perlu menunggu terlalu lama atau bimbang rumah yang
dibeli terbengkalai. Dokumentasi yang ketat yang dikenakan dan prosedur
yang rumit turut menyumbang kepada sukar dan tertangguhnya untuk golongan ini
memiliki rumah. Justeru, adalah lebih baik untuk meletakkan garis panduan
dan senarai bank –bank terpilih untuk memudahkan mereka membeli rumah dan tidak
mudah tertipu dengan agen tidak berdaftar yang menjadi orang tengah. Pun
begitu, syarat meletakkan orang yang berpendapatan tinggi tidak boleh membeli
rumah kos rendah adalah satu tindakan yang baik kerajaan lakukan bagi membantu
golongan muda ini memiliki rumah tersebut termasuk peranan kerajaan dalam
mengetatkan lagi undang-undang penjualan dan pembelian hartanah kepada warga
asing. Mungkin ada lagi beberapa panduan atau indikator lain yang boleh
membantu golongan muda hari ini untuk memiliki rumah idaman. Rumah idaman ini
juga perlu diukur dengan tahap kemampuan mereka untuk membayar balik ansuran
bulanan tersebut. Fikirlah dengan sebaik-baik yang mungkin sebelum membuat
keputusan untuk membeli dan memiliki rumah sendiri supaya pemilikan rumah itu
bukan lagi sekadar impian tapi hadirnya sebagai realiti seterusnya dapat
meningkatkan lagi kualiti hidup. Skim ini diharapkan dapat membantu golongan yang
berpendapatan rendah untuk memilik rumah sendiri. Perkara ini sangat bagus
dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya golongan
muda kerana skim ini memudahkan mereka yang baru mula bekerja dan ingin membeli
rumah pertama.
Pemuda UMNO menyambut baik keputusan
kerajaan memulakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) yang
diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semalam.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan pergerakkan itu, Nazir Hussin
Akhtar Hussin berkata langkah tersebut merupakan inisiatif terbaik bagi
memastikan rakyat Malaysia khususnya golongan muda memiliki rumah sendiri.
“Skim MyDeposit yang diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan sederhana
(M40) yang memperolehi pendapatan isi rumah antara RM 3,000 hingga RM 10,000
adalah amat penting bagi membolehkan mereka membeli rumah yang berharga RM
80,000 hingga RM 50,000 kerana kerajaan akan membantu sehingga RM 30,000 untuk
setiap permohonan. “Ini adalah antara perjuangan Biro Hal Ehwal Bandar dan
Perumahan selain memohon kerajaan membantu duit sewaan rumah kepada golongan
muda yang kurang berkemampuan pd awal tahun 2014 yang lalu, ,” katanya melalui
satu kenyataan yang dihantar kepada SuaraTV sebentar tadi. Nazir turut merakamkan
ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas inisiatif kerajaan untuk yang
menjadikan isu perumahan sebagai isu utama untuk ditangani segera. “Saya juga
mengucapkan terima kasih di atas ketetapan kerajaan melalui Pengubahsuaian
Bajet 2016 yang lalu iaitu penjualan rumah berharga RM 300,000 ke bawah adalah
hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja yang mula dilaksanakan pada bulan ini.
“Saya mengharapkan golongan muda di negara ini tidak sesekali melepaskan
peluang yang diberikan kerajaan untuk memiliki rumah sendiri selepas ini dengan
pelbagai inisiatif yang telah disediakan,” katanya lagi. Perdana Menteri
semalam, berkata Mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) bersetuju memulakan
skim MyDeposit bagi membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang berpendapatan
isu rumah antara RM3,000 hingga RM10,000.