Tuesday, 10 May 2016

KHAZANAH WARISAN PEMANCU EKONOMI NEGARA

OLEH: NORAIN BINTI AZMI

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri   pelancongan   sebagai   sumber   utama pendapatan   negara   jika   alam   semula   jadi   itu dieksploitasi sepenuhnya. Sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi negara. Hari ini, sektor pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara dan penduduknya.

Destinasi   pelancongan   yang   banyak   merupakan   salah   satu   faktor   yang   mendorong kedatangan pelancong ke Malaysia. Malaysia mempunyai pantai yang boleh dikunjungi oleh pelancong bagi merehatkan badan dan minda mereka. Mereka juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi di pantai-pantai ini, selain mandi manda dan menjalankan aktiviti menyelam Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.  Buktinya, sepanjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang   pelancong   yang   menyumbangkan   pendapatan   sebanyak   RM48   bilion   kepada negara.

Rakyat yang berbilang kaum di Malaysia menyebabkan wujudnya pelbagai jenis makanan tempatan. Situasi ini dapat menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia.  Pelancong dapat menikmati pelbagai makanan yang menjadi hidangan masyarakat majmuk Malaysia. Lazimnya, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba semua jenis makanan yang dihidangkan oleh   pihak   pengurusan   hotel.  Kelazatan   makanan   tempatan   seperti   sate   dan   sebagainya menyebabkan pelancong begitu tertarik untuk datang ke Malaysia. Situasi ini seterusnya akan membantu industri makanan tempatan berkembang maju. Jelaslah di sini bahawa kepelbagaian makanan yang terdapat di negara ini menggamit kehadiran para pelancong.

Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menggamit kedatangan pelancong. Masyarakat majmuk di negara ini telah membentuk pelbagai kebudayaan yang unik. Di samping keunikan alatan muzik tradisional, jenis-jenis persembahan kebudayaan yang pelbagai rupa serta corak merupakan daya penarik untuk pelancong datang ke Malaysia. Tarian tradisional seperti zapin, inang, ngajat sering menggamit tumpuan para pelancong. Mereka akan merakam gambar dan ada kalanya turut mengambil bahagian dalam persembahan yang diadakan.  Ringkasnya, keadaan kebudayaan yang pelbagai telah menjadi daya penarik kepada pelancong.

Kerajaan sentiasa memberikan galakan bagi pengusaha pelancongan menjalankan aktiviti yang berkaitan untuk menarik pelancong untuk terus mengunjungi tempat-tempat menarik di negara ini. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab   semua   pihak   dan   tidak   terletak   di   bahu   kerajaan   sahaja   supaya   industri pelancongan dapat dimajukan. Setiap anak watan perlu merancang usaha-usaha yang istiqamah, pragmatik dan efektif perlu diambil untuk melihat industri ini merentasi benua dan dunia.

Langkah prima untuk meningkatkan industri pelancongan negara ialah kerajaan perlu memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara kita sehingga   menjadi  prasarana kelas pertama  terutamanya  destinasi   yang menjadi  tumpuan pelancong.   Faktor   utama   pelancong   datang   di   sesebuah   negara   adalah   kerana kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara.  Hal ini kerana  pelancong   yang   berkunjung   ke   sesebuah   negara   ingin   keselesaan   dan   mencari ketenangan.   Oleh   itu,   kerajaan   wajar   memperlengkapkan   kemudahan   pengangkutan   dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju.  Misalnya,   banyak   pelancong   yang   datang   ke   negara  kita   adalah  untuk   menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau   feri   dari   tanah   besar   ke   beberapa   buah   pulau   di   sekitar   Laut   China   Selatan   untuk memudahkan   orang   ramai   menikmati   keindahan   alam   semula   jadi.   Tugas   menyediakan kemudahan   ini   akan   lebih   berkesan   sekiranya   kerajaan   sentiasa   mengawasi   syarikat   yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemudahan yang baik akan memudahkan para pelancong menelusuri dari satu destinasi pelancongan ke satu destinasi pelancongan yang lain dan dapat membangunkan industri ini

 Selain itu, kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, tandas, bekalan air dan elektrik turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan   penginapan   penting   kerana   situasi   ini   akan   menentukan   sama   ada   seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap,  hal ini  akan   mendorong   seseorang  pelancong  itu   tinggal   lebih  lama  di  negara   ini   sekali  gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu. Masalah tandas yang terhad dan berbau busuk selain bekalan air dan elektrik yang kerap meragam perlu diatasi. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong   tertarik   untuk   berkunjung   lagi   ke   sini.   Tegasnya,   keselesaan   pelancong   ketika menginap di negara kita perlu dititikberatkan agar industri ini dapat dibangunkan.

Bukan itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan  kewujudan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada suatu ketika dahulu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam menarik lebih   banyak   pelancong   datang   ke   negara   ini.  Jika   maklumat   yang   lengkap   sampai   ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Pendek kata, komitmen kerajaan dengan badan-badan tertentu dalam menyebarkan keunikan negara kita ke peringkat global turut merancakkan perkembangan industri ini.
Di   samping   itu, langkah-langkah   keselamatan   juga   perlu   diambil   bagi   menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong.  Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak   dan   tipu   harus   ditangani   secepat   mungkin.   Kejadian   seumpama   ini   akan membimbangkan pelancong untuk melancong di negara kita dan sekali gus akan mengancam industri ini. Oleh itu, pihak berautoriti perlulah menambahkan bilangan anggota keselamatan terutamanya di destinasi tumpuan pelancong agar keselamatan dan kesejahteraan pelancong akan terjamin.  Rondaan   juga   perlu   dilakukan   dengan   lebih   kerap   dan   lebih   banyak   pondok keselamatan didirikan. Dengan ini, pihak yang ingin melakukan perbuatan yang terkutuk tidak dapat   dilakukan kerana adanya kawalan   dan  pemantauan  yang   ketat  oleh  pihak  berkuasa. Ringkasnya, aspek keselamatan perlu dititikberatkan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini dan memelihara imej negara.
Seperkara lagi, pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.  Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti  pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi   yang   lengkap   dan   meluas.  Penganjuran sukan   bertaraf   antarabangsa   dapat memperkenalkan  negara  kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar  negara  seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa tetapi juga terbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan   tanpa   menunggu   musim-musim   tertentu   sahaja.   Dengan   cara   ini,   kita   dapat meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Hal ini dapat diibaratkan  sambil menyelam minum air. Jelaslah bahawa industri pelancongan dapat dimajukan dengan mengadakan pelbagai aktiviti negara yang menarik.

Masyarakat   juga   seyogianya   boleh   bersama-sama   membantu   memartabatkan   bidang pelancongan negara. Sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap sebagai duta pelancongan negara haruslah bersikap   ramah,   mesra   dan menjauhi amalan ingin  mengambil  kesempatan  atas  kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan dengan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana budi bahasa budaya kita. Rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan para pelancong dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberikan memorabilia sepanjang hidup mereka.  Masyarakat Malaysia perlulah mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing- masing. Deduksinya,   sinergi   daripada   pelbagai   lapisan   masyarakat   dapat   membantu meningkatkan bidang pelancongan negara   seterusnya dapat  menyumbang  kepada kemajuan negara.
Berdasarkan   penerangan   di   atas,   jelaslah   bahawa   terdapat   pelbagai   cara   yang   dapat dilakukan untuk memajukan industri  ini. Segala usaha yang direncanakan itu   memerlukan obligasi dan   komitmen   jitu daripada   semua  pihak  serta   perlu  dijalankan   secara   bijaksana umpama  menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Usaha yang holistik dan syumul ini perlu dijalankan secara sistematik dan tidak hanya sekadar melepaskan   batuk   di   tangga.   Diharapkan   industri   pelancongan   negara   ini   akan   terus berkembang dan sentiasa meniti dari bibir ke bibir rakyat di peringkat glokal dan global. Bukan itu sahaja, diharapkan juga industri pelancongan di Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara pelancongan yang lain.
Sering dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk merealisasikan Wawasan 2020, pembangunan dalam pelbagai bidang, khususnya pembinaan, pengeluaran, dan pelancongan menjadi agenda utama negera. Pembangunan yang pesat ini menjadi kemegahan bagi sesebuah negara. Sektor pelancongan telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara memandangkan pendapatan yang memberangsangkan. Kemajuan industri pelancongan ternyata mempunyai masa depan yang cerah kerana banyak lagi usaha yang boleh dirancang bagi membangunkan industri ini.
Kita harus berasa amat bersyukur kerana Malaysia sebuah negara yang indah dan kaya dengan destinasi pelancongan mampu menjadi daya tarikan pelancong. Antaranya termasuklah Pulau Tioman, Pulau Langkawi, dan Pulau Redang. Seperti yang kita maklum, pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah drastik untuk memajukan industri pelancongan di negara ini. Sebuah kementerian yang khusus untuk pengendalian sektor pelancongan iaitu Kementerian Pelancongan telah diwujudkan. Bagi menarik minat pelancongan, kerajaan disarankan membaik pulih atau menambah infrastruktur di destinasi-destinasi pelancongan. Perkhidmatan pengangkutan udara, hotel-hotel, tempat penginapan, dan kemudahan asas juga perlu disediakan dengan baik dan teliti supaya dapat menambat hati setiap pelancong yang menjejaki negara kita.
Di samping itu, kerajaan seharusnya memelihara flora da fauna bagi memajukan eko pelancongan dalam jangka masa panjang. Dalam arus pemodenan yang rancak, hutan-hutantropika di negara kita telah dibuka tanpa perancangan yang sistematik. Sikap peneroka seperti melempar batu sembunyi tangan, sebahagian besar daripada khazanahhutan ini telah diterokai untuk dijadikan kawasan perumahan demi keuntungan yang melimpah luah. Usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan perlu dilaksanakan bagi mewartakan hutan simpanan negara agar menjadikannya sebagai tempat ekspedisi yang popular di persada dunia, bak kata pepatah,"kalau tidak dipecahkan ruyung manakah dapat sagunya".
Selanjutnya, taraf hidup penduduk di kawasan tunpuan pelancongan hendaklah ditingkatkan setelah mengenal pasti punca masalahnya kerana tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Hal ini demikian kerana kajian menunjukkan kemusnahan alam sekitar adalah berpunca daripada kedaifan penduduk setempat yang mengamalkan cara hidup yang konservatif. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan boleh memberi sumbangan kewangan dan khidmat nasihat kepada mereka melalui kempen-kempen kesedaran dan subsidi wang tertentu.
Tambahan pula, media massa seperti televisyen dan internet merupakan satu wahana yang dapat mempergiatkan industri pelancongan di Malaysia atas peranannya sebagai satu propaganda untuk mempromosikan kelebihan destinasi pelancongan di mata dunia. Karnival pelancongan harus dianjurkan dari semasa ke semasa untuk memberi penerangan kepada pelancong asing supaya lebih memahami dan menghayati budaya dan adat tempatan. Secara tuntasnya, rakyat Malaysia sepatutnya menggembleng tenaga untuk memberi imej yang baik kepada pelancong asing