Sunday, 15 May 2016

PENDIDIKAN ISLAM SEDANG DIPERKASA

OLEH:MUHAMAD MUZAFFAR BIN MOHAMED JAFER ALI

Islam adalah cara hidup Islam yang sifatnya sempurna kerana ia adalah agama Allah Yang Maha Sempurna, adalah satu cara sistem hidup manusia yang berpaksikan kebenaran. Kesempurnaan sistem hidup ini merangkumi aspek pendidikan dan pembelajaran, kekeluargaan, kemasyarakatan, politik, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya. Sesungguhnya cara hidup yang dianjurkan oleh Islam adalah yang terbaik dan terindah yang tiada tolok bandingnya dengan ajaran-ajaran agama lain. Semasa zaman jahiliyah dahulu, kita dapati masyarakat hidup tanpa nilai-nilai murni, tiada kesejahteraan hidup, tiada jaminan untuk mengecap kebahagiaan, hidup dalam ketakutan, huru-hara, maksiat berleluasa dan sebagainya. Program ini adalah hasil cetusan idea Pengerusi MARA sendiri iaitu Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh dalam usaha untuk mentrasformasi system pendidikan khususnya MARA. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2009 MRSM Kota Putra telah dipilih sebagai SPMRSM Ulul Albab yang pertama, diikuti MRSM Gemencheh pada tahun 2010 dan MRSM Kepala Batas pada tahun 2011.

Persidangan Pendidikan Islam di Mekah pada 1977 menyarankan supaya pendidikan Islam kembali kepada landasan tauhid. Dualisme yang terjadi dalam sistem pendidikan di negara-negara umat Islam menghasilkan tasawwur atau world-view yang tidak integratif. Malaysia pada 1983 mengambil langkah positif menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai asas melakukan integrasi dan Islamisasi ilmu. Kini minat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia menghantar anak-anaknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) meningkat dalam kadar luar biasa. Terdapat 57 SMKA di seluruh negara kini yang memberi peluang para pelajar mendalami Islam dan dalam masa sama subjek akademik dan sains turut diajar kepada mereka. SMKA akan bertambah menjadi 77 buah menjelang 2025 dan 588 buah sekolah Menengah Harian melaksanakan Kelas Aliran Agama (KAA).

Suatu strategi menarik yang dilakukan oleh kerajaan adalah memperkenalkan konsep Ulul Albab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan SMKA. Setakat ini ada tiga Ulul Albab di MRSM dan tiga Ulul Albab di SMKA. Jumlahnya akan bertambah pada tahun-tahun mendatang. Penelitian terhadap sistem Ulul Albab di MRSM amat menarik sekali. Anak-anak di didik menghafaz al-Quran dan dalam masa yang sama mempelajari subjek sains dan teknologi. Ia akan menjadi lebih hebat lagi sekiranya kurikulum integratif dapat disusun supaya sentuhan al-Quran terhubung dengan sains dan latihan keguruan yang sepadu harus diberi supaya pembelajaran sains selari dengan tema-tema utama al-Quran.

Malaysia memerlukan pendekatan yang jelas dan strategik dalam Pendidikan Islam supaya wujud keseimbangan antara binaan Ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem. Pada diri insan Allah kurniakan potensi akliah dan rohaniah supaya adunan pendidikan wahyu (naqliah) dan akliah terjalin erat dan membentuk watak yang Islami.

Allah kurniakan alam ini dengan sumber rahmah dan nikmah yang banyak. Negara-negara Islam mempunyai sumber hasil bumi yang kaya. Ia memerlukan Ilmu Mengurus Sistem seperti sains dan teknologi supaya akhirnya umat Islam mampu menyumbang kepada keperluan umat manusia. Dalam bahasa yang mudah, fokus kepada bidang diniah seperti akidah, ibadah, syariah dan akhlak adalah penting. Tetapi kualiti asas Ilmu Mengurus Diri harus mampu dimanifestasikan dalam ilmu mengurus sistem. Kalau tidak umat Islam bakal kekal menjadi pengguna kepada kekuatan orang lain. Tradisi ilmu dalam tamadun Islam pada masa lalu menghasilkan ilmuan yang memiliki dua kekuatan ini. Orang seperti Ibn Sina menghafaz al-Quran pada awal umur, mendalami ilmu tafsir, cekap dalam menutur 12 bahasa, menghasilkan 273 kitab besar dan mengkhususkan dalam bidang perubatan, menghasilkan kitab kanun perubatan dan diterjemahkan dalam bahasa-bahasa Eropah dan dijadikan rujukan di Eropah lebih 600 tahun.

Hari ini umat Islam menjadi lemah kerana Ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem tidak terbina dengan seimbang. Lalu produktiviti rohaniah umat Islam relatif tinggi dengan qiyam dan tahajjudnya tetapi produktiviti amaliah dalam upaya menghasilkan sistem adalah relatif rendah. Ini yang disebut oleh Muhyiddin supaya pendekatan cara tradisional perlu diubah ke arah lebih berorientasi masa depan dan bersifat dinamik. Saidina Umar pernah berpesan supaya mendidik generasi hari ini sesuai dengan cabaran masa depannya.

Pendekatan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama bagi subjek agama Islam untuk memenuhi keperluan masa kini perlu terjadi. Cadangan beliau memang relevan dalam konteks ilmu yang Islami khususnya pendekatan Ulul Albab. Dalam tradisi pengajaran dan pembelajaran dalam Islam yang mampu membangunkan tamadun berasaskan lima prinsip iaitu hafazan, kefahaman, pemikiran, penyerapan (internalisasi) dan manifestasi amal. Pendidikan Islam dalam erti kata yang sebenar tidak sekadar penyampaian maklumat dan ilmu. Ianya suatu proses transformasi diri dalam kerangka mengadabkan insan. Insan beradab memiliki disiplin akal yang tinggi, disiplin hati dan amal yang tinggi juga.

Hafazan dalam konteks Ulul Albab tidak sifatnya harfiah semata tetapi menuntut kefahaman apa yang tersurat dan maksud yang tersirat. Al-Quran tidak saja tekstual tetapi kontekstual iaitu merujuk kepada realiti. Hasil tradisi tafsir membangunkan daya fikir bagi menjana ilmu. Penjanaan ilmu yang bersifat akliah dan naqliah teradun dalam kualiti fikir dan zikir yang sifatnya menyantuni. Jika diserapkan ke dalam hati, ia bakal membangunkan pekerti insan. Ianya amat relevan dengan pendekatan e-learning yang bakal menjadi kaedah pengajaran dan pembelajaran kini dan masa depan. Modul-modul interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran harus dibangunkan supaya input dan program Islami dapat menjadi sumber ilmu dan pendidikan.

Penubuhan Kolej Universiti Al-Quran harus mampu menjadi saluran bagaimana insan seimbang dan harmoni dapat dibangunkan. Pelajar-pelajar lulusan Ulul Albab bakal mempunyai saluran meningkatkan kualiti ilmu yang integratif dan pengkhususan dalam bidang yang diperlukan oleh negara. Bidang diniah (agama) seperti akidah, usuluddin, syariah, fikah dan loghah (bahasa) tidak sekadar berlegar di sekitar maklumat umum mengenai ilmu berkaitan tetapi pengkhususan yang berkaitan ilmu-ilmu mengurus sistem harus terjadi. Pelajar bidang syariah umpamanya tidak saja memahami aspek syariah secara hukum dan pedoman dalam jalur kehidupan tetapi mampu mengkhususkan dalam aspek muamalah Islami, perbankan Islam, perakaunan Islam, sukuk, wakaf, polisi kewangan dan sebagainya supaya produk ini mampu masuk ke dalam sistem.

Hal yang sama seharusnya terjadi terhadap komponen insaniah (humanities) supaya manfaat berbanding dalam ilmu Barat dan Timur dilakukan dan integrasi ilmu dan Islamisasi ilmu terjadi supaya ilmu berbanding dan ilmu Islam dapat disantuni dalam memahami subjek falsafah, sosiologi, antropologi, psikologi, pendidikan dan lain. Begitu juga ilmu sains dan teknologi dapat dibangunkan supaya ada ruang untuk pelajar-pelajar Ulul Albab mengkhususkan dalam bidang perubatan, farmasi, pergigian, sains, kejuruteraan, senibina dan lain-lain. Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna bagi mengkaji  sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspekitf yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir. Dalam konteks ini mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam, mereka mengingati Allah sambil berdiri ataupun baring.

Islam adalah agama fitrah sesuai dengan sifat semula jadi manusia. Ini dapat dibuktikan segala tuntutan naluri manusia dapat dipenuhi oleh Islam. Antaranya terdapat agama lain menghalang perkahwinan sedangkan dalam agama Islam digalakkan berkahwin. Islam juga telah menetapkan hukum atas segala perkara tentang halal dan haram untuk kebaikan manusia.

Jika ini terjadi Malaysia bakal menjadi negara pertama dalam dunia Islam membangunkan Model Pendidikan Islam yang boleh merintis jalan ketamadunan dan bakal menjadi model ikutan negara-negara Islam yang lain seperti yang berlaku terhadap perbankan Islam, sukuk, takaful dan lain-lain. Manusia dan agama tidak dapat dipisah. la telah dibuktikan kebenarannya disepanjang perjalanan sejarah manusia. Tanpa agama, manusia rugi, dan tidak mampu untuk melakar kegemilangan tamadun dan kesempurnan roh, jiwa, jasad dan peradaban hidupnya. Oleh itu kembali kepada penghayatan agama Islam yang murni merupakan jihad yang dituntut.

Program SPMRSM Ulul Albab mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dengan tambahan program hafazan al-Quran. Di peringkat PMR pelajar akan mengambil sembilan subjek termasuk subjek Bahasa Arab manakala di peringkat SPM pula pelajar akan mengambil subjek Bahasa Arab, al-Quran Wa al-Sunnah dan Syariah Islamiah. Semoga usaha untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan cendikiawan Islam yang berilmu tinggi daripada Program Ulul Albab ini akan mendapat limpahan rahmat dan pertolongan daripada Allah S.W.T serta sokongan dan kerjasama yang mantap dari semua pihak sama ada pengurusan, pentadbiran maupun ibubapa bagi memartabatkan bangsa, agama dan negara.