Oleh: Muhammad Fazrul Bin Ahmad Salihin
Bukan
sekadar penyakit berjankit yang menjadi isu perbualan hangat di antara
masyarakat kini tetapi masalah kegemukkan atau dikenali sebagai obesity yanag
menjadi ancaman penyakit yang telah lama betapak di setiap lapisan masyarakat
kini telah menjadi isu kesihatan yang semakin hebat dibicarakan.
Jika
dulu, gemuk seringkali ditafsirkan sebagai sihat namaun kini gemuk banyak
dikaitkan dengan maslah kesihatan dan juga penampilan yang kurang menarik.
Bukan bentuk lahiriah yang dipersoalkan tetapi kegemukan mungkin mengudang
masalah lain yang tidak boleh dijangkakan.
Namun
bergitu, dalam sesetngah budaya, gemuk dikaitkan dengan kekuatan fizikal dan
kesuburan. Gemuk juga diiktiraf sebagai symbol kekayaan dan status social
terutama dalam kelompok masyarakat yang mengalami masalah kkuranagan makanan.
Dalam sejarah awal Eropah moden, gemuk dikaitkan sebagai symbol kekayaan
sebelum akhirnya ia dikaitkan dengan keghairahan dan juga selera.
Gemuk
dan gendut juga menjadi satu masalah bagi kaum lelaki pada masa kini. Secara
umumnya, unsur pemakanan dan gaya hidup merupakan punca utama yang menyumbang
kepada masalah ini. Walaupun boleh dikatakan unsur baka(genetik) juga memainkan
peranan dalam menyumbang kepada masalah kegemukan tetapi pengaruhnya hanyalah
kecil sahaja dalam epidemic gmuk berbanding dengan pengaruh pemakanan dan gaya
hidup.
Kegemukan
bukan sahaja menyebabkan penampilan yang tidak menerik
tetapi juga boleh mengudang maslah-maslah kesihatan yang lain yang lebih teruk.
Hal inilah yang seringkali diperkatakan oleh pakar-pakar kesihtan yang
membimbangkan akan peningkatan penyakit yang tidak berjangkit berkaitan dengan
kegemukan yang manjdi salah satu masalah kesihatan awam.
Terdapat
juga mitos yang mengatakan bahawa wanita yang melahirkan anak ramai adalah
punca kegemukan. Namun, ia bukanlh salal satu sebab yang utama kerana wanita
yang tidak melahirkan anak juga kencundang untuk gemuk.. ia merupakan salah
tanggapan yang buruk terhadap masalah kegemukan oleh segelintir masyarakat kita
yang masih kurang pendidikan pemakanan.
Kegemukan
juga turut membawa penyakit obesiti. Menurut kajian Malaysia menduduki tempat
keenam dirantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di
Asia Tenggara untuk kedua-duanya (obesity dan kencing manis). Obesiti perlu
ditonjolkan sebagai satu penyakit bagi menunjukkan betapa ia boleh membahayakan
kesihatan seseorang.
Dua
persatuan kesihatan mahu kerajaan melakukan sesuatu bagi mewujudkan kesedaran
awam berhubung perkara ini. Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia Prof Dr
Mohd Ismail Noor berkata situasi masa kini menunjukkan bahawa langkah perlu
dimulakan segera kerana terdapat juga kanak-kanak yang mengalami masalah berat
badan.
"Mereka
tidak menyedari bahawa ia (obesiti) adalah penyakit. Jadi, tiada siapa peduli
dan berfikir bahawa gemuk itu OK. Apabila kita menganggapnya sebagai satu
penyakit, ia akan menyedarkan orang ramai," katanya.
Beliau
berkata obesiti merupakan faktor asas bagi penyakit kronik seperti kencing
manis. Obesiti dan berat badan berlebihan adalah antara faktor-faktor
berlakunya risiko untuk penyakit kencing manis jenis II dan kencing manis
gestasi - yang berlaku semasa kehamilan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri
Dr Hilmi Yahaya baru-baru ini berkata, terdapat kira-kira tiga juta rakyat
Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat
dalam situasi di mana kira-kira lima juta individu menderita mengalami pelbagai
peringkat penyakit kencing manis.
Dr
Mohd Ismail berkata sesetengah ibu bapa menganggap mempunyai anak-anak yang
montel adalah gambaran bahawa mereka dijaga dan diberi makan yang secukupnya
tetapi mereka tidak sedar bahawa kanak-kanak itu mungkin berlebihan berat badan
semasa akil baligh dan ini akan berterusan sepanjang hayat mereka.
Obesiti
telah dikenal pasti sebagai faktor risiko yang menyebabkan masalah jantung dan
kencing manis. Statistik yang dikeluarkan melalui National Health Morbidity
Survey 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
adalah obese yang bersamaan dengan 2.6 juta orang rakyat Malaysia. Ini
menjadikan Malaysia Negara tertinggi di kalangan Negara-Negara Asia Tenggara
yang mempunyai kadar obesiti yang tinggi. Dan angka ini semakin meningkat!
Penyakit 3 serangkai (kencing manis, darah tinggi dan jantung) semua
boleh bermula dari satu sebab yang sama. Obesiti bukan setakat memberi penyakit
yang disebut tetapi ia akan turut memberi kesan kepada emosi seseorang. Ia
membawa kepada tekanan, kurang kepercayaan pada diri dan kerisauan yang
melampau. Penyakit obesiti perlu dikawal supaya kadar peningkatan kes-kes
penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan masalah
jantung tidak terus meningkat dari semasa ke semasa. sebab itu lah pelbagai
promosi oleh Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan cara hidup sihat.
Penyakit obesiti tidak seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi yang
boleh dirawat dan diberikan ubat untuk turunkan berat badan. Yang paling
penting adalah cara hidup yang diamalkan oleh mereka yang obes.
Punca masalah obesiti dalam kalangan remaja semakin merebak pada masa
ini ialah para remaja tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang. Pada zaman
revolusi perindustrian ini, banyak syarikat makanan segera yang berkalori
tinggi dan berlemak tinggi. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka senang dan
gembira dengan perkembangan perindustrian makanan segera ini kerana mereka
tidak sempat menyediakan makanan untuk anak-anak lantaran berkejar-kejar ke
tempat kerja. Jadi, anak-anak dibekalkan dengan makanan segera seperti sosej,
nuget, burger dan sebagainya. Senario ini dapat dibuktikan apabila pensyarah dari
Unit Makanan dan Kesihatan Universiti Malaya telah membuat bancian mengenai
gaya pemakanan harian bagi remaja. Hasilnya, sebanyak 70 peratus remaja yang
ibu bapanya bekerja terpaksa mengambil makanan segera sebagai makanan harian.
Jelaslah bahawa ibu bapa pada zaman ini lebih mengutamakan hal-hal lain
daripada anak sendiri ibarat anak kera di hutan disusui, anak di rumah mati
kelaparan. Tuntasnya, remaja zaman ini yang tidak mengamalkan pemakanan
seimbang telah menatijahkan obesiti dalam kalangan mereka.
Punca lain bagi masalah kegemukan dalam kalangan remaja kini ialah
mereka tidak bersukan dan beriadah. Fenomena ini terjadi kerana mereka leka
dengan hiburan daripada kaca televisyen dan corong-corong radio, lebih selesa
tidur malah sikap mereka sendiri yang malas untuk bersukan atau beriadah.
Remaja yang malas juga tidak suka bersukan mahupun bersosial dengan masyarakat
luar. Remaja lebih gemar melakukan aktiviti yang langsung tidak mendatangkan
faedah. Buktinya, kita sering melihat remaja kini lebih cenderung melepak,
merokok, merayau-rayau dan sebagainya. Mereka berpelesiran ke sana dan ke sini
seperti tiada arah tujuan. Sikap ini tentulah tidak mendatangkan kesedaran
kepada para remaja untuk menjaga kesihatan diri. Pendek kata, jelaslah bahawa
remaja yang kurang gemar bersukan dan beriadah telah menyumbang kepada masalah
obesiti yang melanda Malaysia pada alaf baharu ini.
Punca lain tercetusnya masalah kegemukan dalam kalangan remaja juga
adalah kerana sikap remaja itu sendiri. Sikap remaja yang tiada pendirian dan
suka terpengaruh menyebabkan mereka suka mengambil makanan ringan. Bukan itu
sahaja, remaja juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang implikasi yang
bakal dihadapi oleh mereka jika terlalu banyak mengambil makanan yang berlemak
serta berkalori tinggi yang akhirnya akan mengundang penyakit obesiti. Mereka
terlalu mengikut hawa nafsu. Apabila syarikat pengeluar makanan segera mencipta
produk baharu, mereka akan mengiklankan produk itu kepada orang awam. Cara ini
telah menyebabkan remaja terpengaruh oleh iklan-iklan yang yang indah khabar
daripada rupa. Unit Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah
menyatakan bahawa remaja sekarang kurang
kesedaran terhadap kesihatan diri mereka. Ringkasnya, sikap remaja itu sendiri
akan mengundang masalah obesiti.
Kegemukan dalam kalangan remaja juga berpunca daripada sikap ibu bapa
yang kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka. Ibu bapa terlalu memanjakan
anak-anak bagai menatang minyak yang penuh sehingga mengikut telunjuk mereka.
Apabila anak-anak hendak makan apa-apa pun, ibu bapa akan memberikannya
walaupun makanan tersebut tidak berkhasiat dan kurang sesuai dengan tumbesaran
anak-anak mereka. Ibu bapa akan memenuhi hasrat anak-anak yang ingin makanan
segera seperti yang terdapat di Restoren McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain
lagi. Unit Kesihatan dari Hospital Universiti Malaya telah membuat kajian
mengenai ayam goreng di KFC bahawa ayam tersebut mengandungi garam yang tinggi,
lemak yang tinggi serta berkalori tinggi yang mengundang sahaja mengundang
obesiti malah turut mengundang penyakit kronik yang lain. Konklusinya,
kegemukan dalam kalangan remaja bertitik-tolak daripada sikap ibu bapa yang
kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka sejak kecil lagi.
Secara intihanya, beberapa punca yang telah dibincangkan menjadi
pencetus masalah obesiti di negara kita. Masalah ini kian serius dan
membimbangkan semua pihak. Oleh itu, ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak
mereka makan makanan yang berkhasiat. Masyarakat juga haruslah melakukan
anjakan paradigma supaya tubuh badan mereka sihat selaras dengan hasrat
kerajaan yang ingin melahirkan insan yang badan cergas, minda cerdas. Kerajaan
juga boleh mengadakan kempen secara besar-besaran mengenai keburukan obesiti
ini. Kempen yang dijalankan juga sewajarnya secara berketiak ular dan bukan
bermusim sahaja atau seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Komitmen daripada
semua pihak sudah pasti dapat merealisasikan usaha negara untuk melahirkan
masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam menuju Wawasan 2020
yang kita semua impikan.