Tuesday, 10 May 2016

Gangguan Bekalan Air di Seremban

Oleh: Mohd Abdul Fattah Bin Ismail

Beberapa kawasan di daerah Rembau, Port Dickson, Seremban dan Tampin akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 8 pagi esok. Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail berkata gangguan adalah disebabkan kerja-kerja pencucian muka sauk, penyelenggaraan loji rawatan air dan penyambungan paip. Kerja-kerja tersebut sangat penting dimana sudah lama tidak dibersihkan dan jika dibiarkan berlarutan nanti akan timbul masalah yang lebih berat.

Di Daerah Rembau, antara kawasan yang terlibat dengan gangguan mulai pukul 8 pagi hingga 8 pagi keesokkan hari ialah Exevalley Orchid Park, Jalan (Jln.) Kekwa, Kampung (Kg.) Delima, Jln. Melur, Kg. Kundur Hilir, Kolej Kemahiran Tinggi, Jln. Kg. Kundur Tengah, Sekolah (Sek.) Menengah (Men.) Sains Kundur. Jln. Tanjung Semut 2, Desa Permai Kundur, Jln. Lebai Daim, Jln. Pelebar Dalam, Jln. Masjid Lama, Jln. Semerah Padi, Jln. Kasturi, Jln. Anak Air Jerneh, Jln. Balai Panjang dan Jln. Solok Kelemak, Jln. Datuk Laksamana, Simpang Kolam Bukit Kunyit 1 ke Lubok Cina, Simpang Kolam Bukit Kunyit 2 ke Kundur, Ladang Bukit Bertam/Kg. Bukit Bertam, Jln. Batu Berendam, Kg. Sungai (Sg.) Timun Dalam.

Seterusnya yang terlibat juga Kg. Sg. Timun Luar, Rumah Rakyat Lubuk Cina Fasa 1&2, Dataran Lubuk Cina, Jln. Semin Indah, Panchang (1,4,5,6,7,8), Kg. Baru Semin, Ladang Sg. Baru, Pasar Lubuk Cina, Kg. Nerambai, Jln. Hulu Nerambai, Jln. Perigi Batu, Jln. Harimau Terjun, Kg. Titian Bintangor, Jln. Batu Berdinding, Paya Mengantuk, Jln. Mesin Kelompok, PLKN, Jln. Limau Kambing, Jln. Solok Kelubi, Jln. Kuala Dadih, Jln. Kasim Sifat, Kg. Semerbok, Kg. Batang Merbok, Kg. Baru Semerbok, Jln. Sg. Serai Semerbok dan Jln. Padang Kerbau Semerbok.

Gangguan di Daerah Port Dickson dalam tempoh yang sama ialah Kg. Pengkalan Durian Linggi, Rumah Rakyat Pengkalan Durian (Fasa 1 & Fasa 2), Taman (Tmn.) Linggi, sebahagian kawasan Tampin Linggi, seluruh kawasan Linggi, Rumah Rakyat Permatang Pasir, Kg. Sua Manggis, Kg. Permatang Pasir Linggi, Tarzan Estet, Felcra Air Hitam Sengkang dan kawasan Pengkalan Kempas. Batu 18, 19, 20, 21, 22 Pengkalan Kempas, Kg. Tanjung Agas, Kg. Sungai Raya, kawasan Bukit Tembok, Tmn. Sengkang, seluruh kawasan Pekan & Kg. Pasir Panjang, Kg. Orang Asli Bukit Kepong, Batu 15 Pasir Panjang sehingga Batu 12 Jln. Pantai, Kg. Telok Pelanduk, Tmn. Peranginan Mutiara, Tmn. Green View.

            Batu (Bt.) 11 Jln. Pantai, Hotel Hibiscus, Banglo Mawar, Kg. Segenting, Bt. 10 Jln. Pantai, Kem Segenting, Hotel Blue Lagoon, Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Permaisuri Resort, Hotel Ilham, Kem Pengaman, seluruh kawasan Batu 9 Jln. Pantai, Hotel Thistle dan Tmn. Bunga Kertas 1 & 2.

Tmn. Anika, Tmn. Orkid, Kolej Politeknik, Sekolah Agama Telok Kemang, Tmn. Politeknik, Sunrise Village Resort, Lembaga Getah, Bougainvilla Resort, Beach Point Motel, Sri Bulan Kondominium, Laguna Resort, Cocobay Resort, Ocean View Resort, Tmn. Intan Perdana (Fasa 1, 2 & 3), Tmn. Bukit Perdana, Sri Ratu Hotel & Spa, Hotel Mesra, seluruh kawasan Telok Kemang, Sri Intan Kondominium, Kemang Indah Kondominum, Hotel PD Marina, sekitar kawasan Batu 8 & Batu 7 Jln. Pantai,kawasan Bt. 6 Jln. Pantai.

Sebahagian kawasan Kg. Sawah Sunggala, Sunggala Gateway, Tmn. Sirusa Jaya, Kolej Jururawat, Hospital Besar PD, Marina Crescent, Avillion Admiral Marina, Perumahan Tentera Batu 5 Jln. Pantai, Kem Tentera Batu 5 Jln. Pantai, Desa Lagun Resort, Regency Tanjung Tuan Beach Resort, The Grand Beach Resort serta Bayu Beach Resort dan sehingga sebahagian kawasan Batu 4 Jln. Pantai. Gangguan di Daerah Seremban mulai pukul 10 pagi hingga 10 pagi keesokkan hari melibatkan di Bandar Seremban, Temiang, Templer, Lobak, Jalan Labu Lama, Rahang, Rasah dan Batu 1-9 Jalan Kuala Sawah.

Gangguan di daerah Tampin pada tempoh yang sama melibatkan Jln. Gemas, Jln. Mahkamah, Tmn. Molek, Rumah Rakyat Gemas, Tmn. Desa Permai Gemas, Tmn. Gemas Jaya, Tmn. Sahabat, Tmn. Sentosa, Tmn. Gemas Setia, Tmn. Desa Bakti, Rumah Murah Gemas, Tmn. Damai Gemas, Kg. Sri Gemas, Tmn. Armani, Industri Gemas, Jln. Batu Anam, Jln. Tok Sulong, Kg. Melayu Bukit Masjid, New Village Gemas. Pekan Gemas, Tmn. Moris, Tmn. Bakti, Tmn. Gemas, Stesyen Bas, Tmn. Gemas Indah, KTM Gemas, Tmn. Sg. Gemas, Pusat Perniagaan Harmoni, Golf Club, Kg. Ladang Gemas, Kg. Bangkahulu, Kg. Ulu Ladang, Kg. Londah, Tmn. Halacara Baru.

Norzita berkata bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat dengan kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama. Sebenarnya tujuan pihak SAINS menjalankan operasi penutupan air secara berperingkat adalah untuk memudahkan rakyat serta pihak SAINS sendiri dimana rayat akan mendapat notis penutupan lebih awal serta dapat menampung air yang ada sebelum tibanya kerja-kerja berlaku serta membantu pihak SAINS menjalankan kerja secara berperingkat dengan mudah dan tidak memenatkan mereka. sebagai persediaan awal bagi menghadapi gangguan ini, pengguna di kawasan yang disenaraikan dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya. SAINS menjangkakan tempoh masa yang diambil untuk keadaan bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat bergantung kepada kedudukan kawasan penempatan pengguna.

Untuk makluman, kesemua maklumat terperinci berhubung gangguan bekalan air ini termasuk status kerja pembaikan dan status pemulihan bekalan air di kawasan pengguna masing-masing boleh diakses dengan mudah, pantas dan tepat dengan memuat turun aplikasi telefon pintar mySAINS. Pada masa yang sama, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui media massa sekiranya keadaan memerlukan.

SAINS berharap agar para pengguna yang terjejas dengan gangguan ini dapat memahami kesulitan yang berlaku. Para pengguna di kawasan yang terjejas diminta bersabar dan menggunakan bekalan air dengan berjimat cermat sementara menunggu keadaan ini kembali pulih seperti sediakala memandangkan kerja penyenggaraan ini dilakukan untuk tujuan kemudahan pengguna di masa akan datang. Selain itu, kerja-kerja pembaikpulihan ini juga adalah untuk tujuan pembangunan seluruh Negeri Sembilan itu sendiri. Ini kerana dengan pembaikpulihan sistem ini dapat melancarkan sistem loji serta perparitan yang selama ini dilanda masalah dan rakyat akan mendapat manfaat bersama jika isu tersebut dapat diselesaikan. Tambahan lagi, pihak SAINS akan menaiktaraf kemudahan-kemudahan yang terkini supaya sumber air yang diterima sampai kepada rakyat dan tiada lagi isu yang mungkin berbangkit timbul dari rakyat sendiri.

Namun jika masih ada masalah yang ain yang mungkin timbul, bolehlah menghubungi atau terus sahaja ke pusat SAINS yang berada di setiap daerah ataupun talian online di pautan laman rasmi syarikat air negeri sembilan.