Oleh:
Farizah Hanim Binti Mohtar
Bayi
dan kanak-kanak kecil dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa
betapa pentingnya penjagaan kanak-kanak dan bayi kecil. Ini kerana setiap
manusia digalakkan untuk memastikan makanan yang diberikan itu mengikuti
kesesuaian mereka supaya tiada berlakunya perkara seperti bayi mati tercekik
akibat cara pemberian yang diberikan tidak tetap. Ada sesetengah daripada
mereka mengambil endah tentang perkara tersebut kerana mereka merasakan ianya
tidak penting dan membuatkan bayi kecil serta kanak-kanak tersebut berkemungkinan
mengalami masalah tercekik makanan.Sebagai ibubapa digalakkan untuk menjaga
anugerah yang telah dikurniakan kepada mereka dengan mengikuti setiap garis
panduan pemberian makanan bayi dan kanak-kanak kecil untuk mereka senntiasa
menghargainya dengan penuh bersyukur.
Sememangnya
diakui bahawa tempoh kelahiran seorang bayi sehingga dua tahun adalah yang kritikal
bagi menggalakkan pertumbuhan yang optimum, kesihatan dan perkembangan tingkah
laku.Ia adalah puncak umur di mana kebantutan tumbesaran, kekurangan nutrien
dan penyakit lazim seperti cirit-birit mudah berlaku. Pertumbuhan yang terbantut
tidak mudah dipulihkan selepas kanak-kanak berumur dua tahun. Dalam tempoh ini,
pemakanan yang tidak mencukupi akanmengakibatkan peningkatan kadar morbiditi
dan mortaliti yang ketara serta perkembangan mental dan motor yang terbantut. Kekurangan
zat makanan di peringkat awal ini, dalam jangka masa panjang, dikaitkan dengan penurunan
dalam pencapaian intelek, kapasiti untuk bekerja, hasil reproduktif serta kesihatan
secara keseluruhannya, semasa remaja dan dewasa.
Di
Malaysia, amalan pemberian makanan kepada bayi adalah masih kurang memuaskan.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga menunjukkan bahawa pada
2006, walaupun amalan penyusuan susu ibu adalah tinggi, kadar penyusuan secara eksklusif
di kalangan bayi berumur bawah enam bulan hanyalah 14.5% (IPH, 2008). Dari segi
amalan pemberian makanan pelengkap, hanya 41.4% bayi sahaja mendapat makanan pelengkap
tepat pada masanya (iaitu di antara umur enam hingga sepuluh bulan).Makanan pelengkap
juga dimulakan seawal umur bayi dua bulan.Tambahan lagi, hanya 55.9% kanak-kanak
dalam lingkungan umur 9-23 bulan mendapat sekurang-kurangnya 3 hidangan makanan
sehari.
Ketua
Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah berkata Garis
Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil ini adalahhasil daripada
konsultansi dan perbincangan yang terperinci oleh ahli-ahli Kumpulan Kerja
Teknikal. Pada Februari 2007, Garis Panduan ini telah diluluskan oleh Kumpulan
Kerja Teknikal (Garis Panduan) di bawah Jawatankuasa Penyelaras Bagi Makanan
dan Pemakanan Kebangsaan (National Coordinating Committee on Food and
Nutrition, NCCFN).Garis Panduan ini telah dimuktamadkan selepas konsensus
dicapai dalam satu mesyuarat yang telah diadakan pada April 2007.Mesyuarat
tersebut telah wakili oleh pakar pediatrik, pakar pemakanan, pegawai dietetik,
ahli akademik serta wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan.
Untuk
pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil di
Malaysia, semua bayi harus disusukan dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga
berusia enam bulan. Makanan pelengkap harus diperkenalkan pada usia enam bulan
sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun.
Pemberian makanan kepada
bayi
dan kanak-kanak kecil seharusnya tepat pada masa, mencukupi, selamat dan sesuai
untuk dimakan.
Amalan
pemberian makanan yang tidak sempurna adalah disebabkan kurangnya maklumat
tentang jenis makanan yang sesuai, kuantiti yang seharusnya diberi, carapemberian
serta ketidakseimbangan dari segi kuantiti dan kualiti makanan. Sehubungan itu,
Cawangan Pemakanan di Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan
Malaysia telah menubuh sebuah Kumpulan Kerja Teknikal Pemakanan Bayi dan Kanak-Kanak
pada bulan September 2005.Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak
Kecil yang menggariskan amalan pemakanan optima bagi semua bayi dan kanak-kanak
kecil.
Dalam
setiap pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak dari lahir hingga tiga
tahun yang normal dan sihat serta amalan pemakanan bayi di Malaysia yang
memiliki isu-isu berikut telah dikenalpasti dan perlu diberi tumpuan antaranya
adalah tempoh yang optimum untuk penyusuan susu ibu secara eksklusif.Umur yang
sesuai untuk memulakan makanan pelengkap kepada bayi berumur 6 atau 7 bulan
keatas untuk memberikan pemaknan yang cukup kepada mereka. Keperluan tenaga dan
nutrient bagi bayi yang diberikan susu ibu dan yang tidak diberikan susu ibu
dapat dilihat perbezaannya melalui tahap tumbesaran bayi serta saiz badan yang
boleh dilihat secara jelas. Keperluan tenaga yang perlu dibekalkan oleh makanan
pelengkap kepada mereka untuk melihat perkembangan dari sehari ke hari.Jenis
makanan tempatan yang sesuai untuk membekalkan zat besi dan zink kepada bayi
dan kanak-kanak di Malaysia.Dalam memberikan makanan kepada mereka perlulah
memastikan kesesuaian tekstur dan kekerapan pemberian makanan yang dapat
menarik selera mereka. Amalan pemberian makanan semasa sakit juga perlu diambil
perhatian agar tidak akan menyebabkan mereka hilang selera dan mengelakkannyakan
bertambah rumit.
Ia
boleh dicapai dengan mengaplikasikan 9 garis panduan berikut antaranya adalah prinsip pemberian makananyang pertama amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir
hingga anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur enam
bulan (180 hari) di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur dua
tahun.Kedua, mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang
menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia enam bulan. Penyusuan susu
ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun. Ketiga,
beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga.Tingkatkanamaun
makanan mengikut umur.
Keempat, beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua
keperluan nutrient dipenuhi. Daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu
perlu diberi dengan kerap.Kelima, ubah tekstur serta cara penyediaan makanan
secara beransur-ansur umur bayi dan disesuaikan dengan perkembangan serta
keupayaannya. Keenam, tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.Ketujuh, amalkan
pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan
psikososial.Kelapan.amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan
secara selamat.Kesembilan, semasa sakit berikan bayi dan kanak-kanak lebih air
dan cecair lain dan berikan hidangan yang kecil tetapi kerap.
Setiap
prinsip tersebut disokong dengan rasional saintifik yang berkaitan.Pemberian
makanan pelengkap ditakrifkan sebagai proses permulaan, di mana susu ibu sahaja
sudah tidak mencukupi untuk menampung keperluan nutrient bayi. Oleh yang
demikian, makanan dan minuman lain diperlukan di samping susuibu. Makanan atau
minuman yang bukan berasaskan susu ibu yang diberi kepada kanak-kanak kecil
adalah dipanggil makanan pelengkap. Makanan tersebut boleh dimasak khas untuk
kanak-kanak atau terdiri daripada makanan keluarga.
Prinsip-prinsip
pemberian makanan ini telah disediakan bagi pembentukan garis panduan dan
sebagai rujukan untuk golongan profesional dalam bidang kesihatan serta mereka
yang terlibat dalam penjagaan pemakanan kanak-kanak kecil.Prinsip-prinsip ini
adalah untuk bayi dan kanak-kanak normal sehingga umur tiga tahun di dalam
populasi umum dan tidak meliputi bayi dan kanak-kanak yang sedang pulih
daripada malnutrisi akut atau keadaan kesihatan yang serius seperti bayi
pra-matang.Ia juga digunapakai untuk bayi yang tidak menyusu susu ibu. Garis
Panduan Diet Malaysia harus diguna pakai untuk kanak-kanak yang berumur lebih
daripada tiga tahun.Pelaksanaan prinsip-prinsip ini diharap dapat meningkatkan
taraf pemakanan dan kualiti penjagaan kesihatan mereka.
Bagi
prinsip pertama, amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga
anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam
bulan (180 hari) di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur dua
tahun. Penyusuan susu ibu dimulakan dalam tempoh satu jam selepas kelahiran.
Ibu juga perlu diberi tunjuk ajar cara untuk menyusukan bayi dengan betul.
Penyusuan susu ibu harus diberikan dengan kerap dan mengikut kehendak bayi.
Bayi yang menyusu secara eksklusif tidak perlu diberi sebarang jenis air
termasuk air kosong. Penggunaan puting tiruan adalah tidak digalakkan kecuali
atas nasihat professional perubatan. Susu ibu yang diperah atau susu tambahan (jika
perlu) tidak digalak diberi menggunakan botol dan puting. Gunakan kedah lain
seperti cawan. Semua bayi normal dan sihat yang berumur di bawah enam bulan
harus diberi susu ibu sahaja melainkan atas sebab-sebab perubatan atas arahan
profesional perubatan.
Prinsip
kedua, mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu
atau rumusan bayi apabila berusia enam bulan. Penyusuan susu ibu mengikut
kehendak bayi perlu diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun. Mulakan makanan
pelengkap hanya apabila bayi telah mencapai kordinasi saraf otot
(neuromuscular) dan kematangan fisiologi.Pengenalan makanan pelengkap di antara
umur 4 hingga 6 bulan boleh dipertimbangkan, secara individu ke atas bayi yang
mengalami pertumbuhan yang kurang memuaskan, setelah segala usaha untuk
memperbaiki amalan penyususan dilakukan.
Prinsip
ketiga, beri makanan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga.Tingkatkan
amaun makanan mengikut umur.Beri bayi dan kanak-kanak makanan yang padat dengan
tenaga termasuk bijiran seperti beras, gandum dan ubi-ubian (kentang dan ubi
keledek).Mula dengan kuantiti makanan yang sedikit dan apabila bayi dapat
menyesuaikan diri, tingkatkan kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut
umur.Sebagai pamduan, bayi yang berumur 6 hingga 8 bulan perlu diberikan
setengah cawan bubur nasi pekat pada setiap hidangan.Ia harus ditingkatkan
sehingga 1 cawan pada umur bayi 9 hingga 11 bulan. Kanak-kanak yang berumur 1
hingga 3 tahun seharusnya diberi 1 hingga 2 camca teh minyak perlu ditambahkan
dalam hidangan sehari pada setiap peringkat umur.
Prinsip
keempat, beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrient
dipenuhi. Daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu perlu diberi dengan
kerap. Jenis dan kuantiti makanan yang diberi mesti memenuhi keperluan nutrient
harian terutamanya protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C. Makanan
daripada sumber haiwan seperti daging, ternakan, ikan dan telur perlu diberikan
setiap hari kerana ia adalah sumber utama zat besi dan zink. Elakkan memberi
putih telur kepada bayi.Diet yang tidak mengandungi sumber haiwan tidak dapat
memenuhi keperluan nutrien pada peringkat umur ini melainkan sekiranya produk atau
makanan yang diperkaya atau suplemen nutrien digunakan.Sekiranya susu dan
makanan daripada sumber haiwan tidak dimakan denganmencukupi, sumber kekacang
dan bijirin perlu diambil setiap hari, sebaik-baiknya dalam satu hidangan yang
sama bagi menjamin kualiti protein yang mencukupi.
Prinsip
kelima.ubah tekstur serta cara penyediaan makan secara beransur-ansur mengikut
umur bayi dan disesuaikan dengan perkembangan serta keupayaannya. Bayi berumur
6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makan separa
pepejal.Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang
dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut
le,but dan buah-buahan juga boleh diberi. Pada umur 12 bulan, kanak0kanak boleh
makan makanan keluarga.Beri bayi makanan dengan tekstur yang bersesuaian bagi
mengelakkannyadaripada tercekik.Kanak-kanak perlu dipantau semasa waktu makan
untuk mengelakkan kejadian berbahaya seperti tercekik.Penjaga perlu
lengkapkandiri dengan pengetahuan asas tentang prosedur keselamatan akibat tercekik.
Prinsip
keenam, tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.Bayi yang berumur
6–8 bulan patut diberi makanan pelengkap 2-3 kali sehari dengan 1–2 kali snek
berkhasiat.Bayi yang berumur 9–11 bulan pula perlu diberi 3-4 kali sehari
dengan 1–2 kali snek berkhasiat. Prinsip ini adalah berdasarkan teori anggaran
jumlah pemberian makanan yang diperlukan, yang dikira daripada saranan
keperluan tenaga dan andaian kapasiti gastrik ialah 30 g/kg berat badan atau hari
serta dengan makanan dengan ketumpatan minimanya 0.8 kkal/g. Tambah kekerapan
waktu makan sekiranya jumlah makanan yang diambiladalah kurang atau makanan
yang dimakan adalah cair (kepadatan tenaga rendah).
Prinsip
ketujuh, amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip
penjagaan psikososial.Bayi perlu disuap manakala kanak-kanak kecil perlu
dibantu apabila mereka makan sendiri.Beri bayi dan kanak-kanak makan dengan
perlahan dan kesabaran.Mereka perlu diberi galakan untuk makan tanpa dipaksa.Peka
kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau
kenyang.Wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan
kanak-kanakdalam persekitaran yang kondusif serta selesa.Berinteraksi dengan
bayi dan kanak-kanak semasa waktu makan.
Prinsip
kelapan, amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpana makanan secara
selamat.Kebersihan diri, peralatan memasak dan makanan perlu
dititikberatkanbermula daripada peringkat penyediaan sehinggalah pemberian
makanan kepada bayi dan kanak-kanak.Basuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan
makanan dan selepas menggunakan tandas.Tangan bayi dan kanak-kanak juga mesti
dicuci dengan bersih sebelum makan.Sebaik-baiknya, berikan bayi dan kanak-kanak
makan makanan yang baru dimasak di rumah.Peralatan yang bersih mesti digunakan
untuk menyedia dan menghidangkan makanan.Peralatan yang digunakan untuk memberi
bayi dan kanak-kanak makan seperti sudu, cawan dan mangkuk mestilah bersih.Pemberian
makanan pelengkap dengan menggunakan botol dan puting hendaklah dielakkan.
Prinsip
kesembilan, semasa sihat, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair
lain. Setelah anak sembuh daripada sakit atau sedang pulih, beri dia makan
lebih kerap dan galakkan dia makan lebih daripada biasa.Keperluan cecair adalah
lebih tinggi semasa sakit.Contohnya, semasa cirit-birit,kehilangan air selain
daripada urin boleh mencecah sehingga 2 hingga 3 kali ganda daripada
biasa.Demam juga boleh meningkatkan kehilangan air.Dalam keadaan ini, adalah
penting untuk memberi air lebih daripada biasa. Kanak-kanak yang sakit didapati
lebih suka menyusu berbanding makan makanan lain. Oleh itu, penyusuan susu ibu
harus diteruskan dengan kerap. Walaupun bayi dan kanak-kanak mungkin kurang berselera
ketika sakit, pemberian makanan pelengkap perlu diteruskan untuk mengekalkan
pengambilan nutrient yang mencukupi dan mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas
sembuh, kanak-kanak perlu mengambil lebih nutrien untuk menggantikan nutrien
yang hilang sewaktu sakit dan untuk pertumbuhan yang lebih pesat.Lebih makanan
diperlukan sehingga kanak-kanak menambah semula berat badan dan membesar dengan
baik.
Bagi
mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini, ibu bapa perlulah
mengetahui segala yang berkaitan dengan garis panduan pemakanan untuk bayi dan
kanak-kanak kecil.Ini dapat memberikan ibu bapa sentiasa mengikuti
langkah-langkah dalam mencegah masalah-masalah yang sering berlaku.Mencegah
kehilangan sebelum berlaku perkara yang tidak dijangkakan.Anak merupakan
anugerah daripada tuhan dan nyawa bukan sewenangnya untuk dipertaruhkan.Oleh
itu, kita hendaklah menjaganya dengan penuh kasih sayang dan berhati-hati dalam
setiap penjagaan.