Oleh :
Muhammad Sufian Bin Dollah
Sekurang-kurangnya tiga orang
dilaporkan maut dalam satu kejadian gempa bumi berkekuatan 6 magnitud melanda
selatan Jepun pada Khamis, hingga meruntuhkan bangunan, ujar jurucakap
kerajaan. Angka kematian itu dilaporkan AFP, termasuk beberapa lagi yang
mengalami kecederaan. Sementara itu, pengawal atur nuklear di loji janakuasa
juga tidak mengalami masalah. Gempa itu berlaku di 11 kilometer di timur
Kumamoto, lapor Agensi Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS). Pada
awalnya, magnitud yang dicatatkan adalah 6.2 namun bacaan itu telah
direndahkan.
Selaku
negara yang prihatin, satu pasukan bantuan kemanusiaan telah dihantar untuk
membantu mangsa-mangsa yang terjejas. Pasukan terbabit telah dihantar di
Mashiki, sebuah bandar dengan populasi 35,000 orang terletak berdekatan dengan
pusat gempa. Bandar ini merupakan tempat paling teruk terjejas ekoran daripada
tempat paling hampir dengan kawasan gempa. Dilaporkan tiga kematian dicatatkan
akibat daripada bencana ini.
Datuk
Seri Najib Tun Razak menyifatkan misi bantuan kemanusiaan ke Jepun sebagai
tanda penghargaan terhadap hubungan dua hala yang terjalin sejak sekian lama
antara Malaysia dan Jepun. Perdana Menteri berkata misi bantuan itu juga adalah
satu manifestasi keikhlasan dan kesanggupan rakyat di negara ini membantu
rakyat Jepun yang sedang menghadapi kesengsaraan berikutan bencana gempa bumi
dan tsunami yang melanda negara itu dua minggu lepas.
"Jepun
sebagai sebuah negara yang akrab persahabatannya dengan Malaysia yang telah
banyak membantu dalam pembangunan ekonomi Malaysia sejak dulu lagi, maka adalah
amat wajar dan tepat sekali kita melakukan apa saja yang mampu untuk membantu
mereka dalam saat-saat yang begini mencabar yang sedang dihadapi oleh rakyat
Jepun.
"Saya
yakin dan percaya bahawa bantuan ini akan dapat sikit sebanyak meringankan
beban rakyat Jepun, dan lebih daripada itu, menguatkan semangat mereka untuk
pulih daripada keadaan ini kerana mereka akan menyedari bahawa dunia menyokong
mereka dalam apa saja yang dilakukan oleh negara-negara seperti Malaysia
ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan gempa
bumi/tsunami Jepun di Pejabat Putera 1Malaysia di sini, Rabu.
Beliau
berkata Malaysia juga bersedia untuk memberikan bantuan tambahan sekiranya
diminta berbuat demikian oleh rakyat di Jepun. "Malaysia
mungkin sebuah negara kecil tapi jiwa kita besar dan kita sanggup tampil ke
hadapan untuk membantu rakyat Jepun untuk menghadapi keadaan yang begini
tertekan yang sedang dihadapi oleh mereka. "Saya
mengajak rakyat Malaysia untuk mendoakan semoga pasukan misi bantuan
kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ini selamat berlepas, selamat menjalankan
misi mereka dan selamat kembali ke tanah air," kata Najib.
Beliau
turut merakamkan ucapan penghargaan kepada mereka yang sudi menghulurkan
bantuan daripada segi pengangkutan serta barang-barang keperluan seperti air
mineral, mi segera, selimut tebal, sarung tangan dan kasut but getah, yang
menjadi keperluan rakyat di Jepun buat masa ini.
"Saya
juga ingin ucap terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada
misi ini. Selain daripada 50 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia, AirAsia juga
memberi perkhidmatan penerbangan dan pengangkutan barangan secara percuma dan
ramai pihak yang menyumbang barang-barangan yang dipusatkan di sini, dan mereka
yang menyumbang dan tidak mahu nama disebut, saya ucapkan terima kasih,"
katanya. Ditanya
sama ada Malaysia akan menghantar semula pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat
Malaysia (Smart) ke Jepun, Najib berkata kekuatan pasukan penyelamat di Jepun
sudah memadai untuk menjalankan misi berkenaan. Katanya,
buat masa ini, Jepun lebih memerlukan bantuan kemanusiaan dalam bentuk barangan
dan keperluan yang lain itu, kita perlu kepada mereka yang tahu keadaan
setempat. Kerajaan Jepun mempunyai kekuatan yang mencukupi cuma mereka perlu
bantuan seperti mana yang perlu sekarang ini," katanya.
Terdahulu dalam ucapan penghargaannya yang disampaikan dalam bahasa Melayu, Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie, berkata Jepun sangat menghargai kesudian Malaysia untuk menghantar bantuan berupa makanan, air mineral, bekalan perubatan serta keperluan asas yang lain ke kawasan-kawasan yang dilanda bencana. Katanya beliau yakin dengan sokongan dan bantuan yang dihulurkan itu, rakyat Jepun akan berjaya mengatasi kesukaran yang dihadapi akibat bencana gempa bumi dan tsunami. "Saya ingin berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Kelab Putera 1Malaysia kerana mengambil berat keadaan rakyat di Jepun. Saya yakin rakyat Jepun akan kembali bangkit mengharungi cabaran bencana ini," katanya.
Misi
bantuan kemanusiaan ke Jepun terdiri daripada 50 sukarelawan dan wakil media
akan bergerak dalam dua kumpulan. Selain itu, rakyat Malaysia yang berada
berhampiran dengan kawasan gempa juga dipindahkan dan diingatkan agar tidak
mengunjungi kawasan yang berhampiran dengan kawasan bencana.
Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo telah dapat
menghubungi 18 orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Kumamoto
University, National College of Technology Kumamoto dan Ariake National College
of Technology. Kesemua pelajar dilaporkan selamat dan berada di zon
pemindahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Jepun di bandar Kumamoto.
Kedutaan Besar Malaysia juga sedang mengesahkan status rakyat Malaysia lain
yang mungkin berada di kawasan terjejas sewaktu kejadian.
Gempa dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter yang berpusat 130 kilometer
dari pantai timur laut Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer (km) itu
turut menghasilkan gelombang tsunami pada kelajuan 1,000 kilometer sejam.
Sendai terletak 400 km dari Tokyo. Puluhan bandar dan kawasan penempatan di
sepanjang 2,100 km di pantai timur Sendai turut merasai gegaran gempa yang
paling kuat sejak 140 tahun lalu itu. Lebih menyedihkan, ombak panjang setinggi 10 meter yang mengganas itu
bukan sahaja menggoncang plat bumi Jepun, malah turut menjadi pencetus kepada
beberapa siri tanah runtuh dan kebakaran besar yang menyebabkan bekalan
elektrik serta telekomunikasi terputus.
Air hitam
Di beberapa kawasan lain seperti di Isago, Yokohama, asap hitam
menyelubungi sebahagian besar kawasan perindustrian tersebut sementara di
bandar lain di utara Jepun seperti di Kamaichi dan Kensennuma, kapal-kapal,
trak, kereta dan kenderaan ringan dihanyutkan air hitam yang dipenuhi sampah
sarap. Sebuah pelabuhan di bandar Iwaki dijilat api, begitu juga di bandar
Yamada. Selain puluhan ribu penduduk terutama di bahagian utara Jepun terpaksa
berdepan dengan kemusnahan tempat tinggal, ribuan pekerja di loji nuklear di
Dai-ichi, Fukushima pula terpaksa berdepan dengan risiko gas radioaktif dari
kawasan kilang yang rosak teruk akibat bencana yang sangat dahsyat itu. Lewat
petang semalam, stesen televisyen Jepun melaporkan empat pekerja loji nuklear
cedera parah dalam kejadian letupan di salah satu bangunan reaktor yang rosak
teruk.
Sejarah
Sehingga semalam, pihak berkuasa Jepun telah mengeluarkan statistik
rasmi di mana 413 mayat telah ditemui, 784 masih hilang manakala 1,128 mangsa
dilaporkan cedera. Angka tersebut dijangka bertambah memandangkan gempa skala
besar itu masih baru dan misi menyelamat baru sahaja dimulakan. Kedudukan Jepun
yang terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik meletakkan ia sebagai negara yang
paling aktif menerima gempa bumi.
Lantaran itu, tidak mustahil jika Jepun diiktiraf sebagai negara yang
mempunyai teknologi mengurangkan impak bencana alam dan kecekapan dalam sistem
pengurusan bencana terbaik di dunia.
“Agensi Meteorologi Jepun mampu menyebarkan maklumat mengenai bencana
tsunami dalam masa tiga minit,” kata Dekan Fakulti Pengurusan Universiti Kyoto,
Jepun, Dr. Kiyoshi Kobayashi.
Orang Jepun memperkenalkan istilah tsunami, bermaksud ombak gergasi,
kepada dunia. Sememangnya fenomena laut naik ke darat itu menjadi sebahagian
daripada sejarah Jepun. Tsunami yang dijana oleh gempa bumi, berlaku
beratus-ratus kali setahun di Negara Matahari Terbit itu. Gempa pesisiran
pantai pada tahun 1707 dikatakan menyebabkan Pulau Shikoku ditenggelami ombak
tsunami dan membunuh beribu-ribu penduduk.
Sebelum itu pada abad ke-15, ombak gergasi telah memusnahkan sebuah
dewan yang menempatkan Daibutsu iaitu sebuah patung Buddha gangsa yang besar di
Kamakura, sebuah pekan di selatan Tokyo.
Jepun terletak di atas beberapa plat tektonik menyebabkan ia mengalami
kira-kira 1,000 gegaran setahun. Pada tahun 1923, satu gempa bumi besar melanda
Tokyo. Dikenali sebagai gempa bumi Great Kanto, gempa
sekuat 7.9 pada skala Ritcher itu mengakibatkan kebakaran rumah-rumah kayu dan
membunuh 100,000 orang. 72 tahun kemudian, satu lagi gempa berukuran 7.9
melanda bandar pelabuhan Kobe di barat Jepun. Banyak lebuh raya bertingkat
berguguran dan beribu-ribu bangunan hancur.
Kereta api laju
JEPUN mempunyai sejarah panjang kemusnahan akibat gempa bumi dan tsunami
Dikatakan satu daripada lima buah bangunan di Kobe musnah sama sekali.
Seramai 6,400 orang terbunuh dan lebih 400,000 cedera. Api marak di seluruh
bandar itu.
Kerajaan Jepun telah memberi perhatian serius kepada bencana tsunami dan
gempa bumi.
Apabila berlaku gempa, data yang mengandungi magnitud dan lokasi
serta-merta disiarkan oleh stesen televisyen kebangsaan NHK.
Mesej itu turut memuatkan sama ada amaran tsunami telah dikeluarkan.
Di kebanyakan pekan dan bandar, sistem pembesar suara boleh menyalurkan
maklumat kecemasan kepada penduduk.
Di kawasan luar bandar, penduduk juga memiliki radio yang diagihkan oleh
kerajaan tempatan di mana arahan berpindah boleh didengar.
Kanak-kanak dilatih menyorok di bawah meja semasa gempa. Semua orang
dewasa diberitahu di mana pusat penempatan sementara terdekat dengan kediaman
mereka sama ada di padang atau taman.
Pemeriksaan infrastruktur tidak dilupakan. Bangunan-bangunan pencakar
langit di bandar-bandar utama direka supaya boleh bergoyang mengikut gegaran
gempa, menjadikannya lebih selamat.
Sesetengah kawasan pantai mempunyai tempat perlindungan tsunami,
sementara yang lain membina pintu banjir untuk bertahan daripada ombak itu.
Jika berlaku gempa bumi pada magnitud tertentu pula, kereta api laju dan
loji nuklear akan terhenti secara automatik.