Tuesday, 10 May 2016

MENDERMA SAMBIL MENYELAMATKAN NYAWA

OLEH: NATRAH BINTI ABDULLAH

SEREMBAN, 21 MARCH – Kolej Teknologi Alpha (KTA) dengan kerjasama Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJ) telah mengadakan “Kempen Derma Darah” yang berlansung di KTA selama satu hari bermula dari jam 20 pagi hingga 4 petang. Kempen ini dijalankan di Dewan Kolej Teknologi Alpha yang boleh memuatkan 10 buah kerusi khas untuk menderma darah. Program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada para pelajar dan warga KTA untuk mendermakan darah kepada mereka yang memerlukan. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dari para pelajar khususnya yang berpusu – pusu memenuhi ruangan dewan bagi mendapatkan giliran untuk menderma darah.

            Setiap pelajar atau warga KTA yang ingin menderma darah perlu menjalani beberapa ujian kesihatan seperti mengenalpastu jenis darah, berat badan ideal, tahap kesihatan, pengambilan makanan dsan waktu tidur mencukupi sebelum dibenarkan untuk menderma darah. Hal ini demikian kerana untuk memastikan tiada masalah berlaku selepas menderma darah dan darah yang didermakan bebas dari penyakit seperti Hepatitus B, HIV dan sebagainya. Jika penderma disyaki mempunyai penyakit – penyakit yang disenaraikan atau tinggal di luar negara pada tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh waktu 6 bulan (terkumpul) atau lebih dan mengamalkan seks bebas tidak dibenarkan menderma darah. Perkara ini diambil kira bagi mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit melalui pemindahan darah.

            Pegawai Kesihatan Hospital Tuanku Jaafar menyifatkan kempen derma darah setiap tahun banyak membantu pihak hospital menambah bekalan darah. "Kita komited menjalankan kempen ini setiap tahun kerana bekalan yang ada semakin berkurangan dan sentiasa memerlukan bekalan darah". Justeru, saya mengajak para pelajar dan warga Kolej Teknologi Alpha yang berniat untuk menderma darah supaya datang ke dewan ini. Setiap penderma juga akan menerima saguhati seperti minuman dan makanan ringan daripada kami," katanya. Sementara itu, beliau berkata, pelajar dan warga KTA yang tidak berkesempatan menderma, mereka juga boleh datang ke Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban untuk menderma darah.

Hospital Tuanku Jaafar  menyasarkan untuk menjadikan golongan belia sebagai penganjur muda dalam kempen derma darah bagi meningkatkan jumlah penderma dan memastikan bekalan darah di hospital itu mencukupi. "Usaha ini boleh dimulakan di peringkat sekolah menengah di mana sudah ada sekolah dan pusat pengajian tinggi yang melakukan kempen derma darah dengan berterusan," katanya kepada pemberita. Beliau berkata sebagai contoh, Kolej Teknologi Alpha mempunyai rekod yang baik apabila mengadakan kempen seumpama itu sebanyak dua kali setahun secara berterusan sehingga mendapat pengiktirafan “Anugerah Penganjur Aktif” dari pihak hospital. "Ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan pada masa akan datang. Bagaimanapun, buat masa ini kami belum mempunyai kumpulan belia yang tetap bagi memulakan program khas dalam kalangan belia itu," katanya.

Setiap kali kita menderma darah, kita berupaya menyelamatkan tiga nyawa pada satu masa dan memberi manfaat bukan sahaja kepada penerima malah penderma turut mendapat kebaikkannya. Satu perasaan yang sangat menggembirakan apabila kita berjaya menolong para doctor menyelamatkan nyawa orang lain. Darah yang didermakan akan dibahagikan kepada pelbagai komponen berdasarkan kepada keperluan pesakit. Setiap komponen boleh digunakan oleh penerima yang berbeza untuk pelbagai tujuan.

            Menderma darah secara konsisten dapat mengurangkan risiko kanser termasuk kanser hati, paru-paru, perut dan tekak. Apabila kita menderma darah, ia dapat mengurakan jumlah zat besi yang berlebihan dalam badan kita. Berdasarkan beberapa kajian yang dicetak di dalam “ American Journal of Epidemiology “ , menderma darah dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Kita juga dapat melakukan peperiksaan kesihatan secara percuma.

            Di samping itu, bagi mereka yang ingin menurunkan berast badan, menderma darah adalah jalan paling senang untuk mengurangkan berat badan. Setiap kali kita menderma darah, sebanyak 640 kalori akan hilang. Bagaimanapun, darah selamat didermakan pada setiap dua atau tiga bulan bergantung pada tahap kesihatan, hemoglobin darah dan paras zat besi. Menderma darah juga menyebabkan sel sel darah merah berkurangan dan ini memaksa sum-sum tulang untuk menghasilkan sel-sel baru. Proses ini akan menyebabkan badan kita menjadi lebih segar dan bertenaga.

            Penderma darah yang menderma untuk kali pertama akan diberikan percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan tidak termasuk bayaran x-ray dan pembedahan serta wad kelas dua untuk tempoh empat bulan. Manakala penderma yang menderma sebanyak dua kali dalam tempoh 12 bulan akan diberikan percuma suntikan Hepatitis B. Penyakit Hepatitis B boleh merosakkan hati dan mudah berjangkit 50 hingga 100 kali berbanding HIV. Oleh itu, suntikan vaksin ini amat penting untuk melindungi diri kerana 1.4 juta rakyat Malaysia dipercayai menghidap penyakit ini.