Wednesday, 6 April 2016

PROGRAM MESEJ DARI PENJARA ANJURAN PENJARA SEREMBAN BERSAMA PRK KTA UNTUK MEMBERI KESEDARAN DAN PENGETAHUAN MENGENAI AKTIVITI SERTA PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH BANDUAN.

Oleh: MUHAMAD MUZAFFAR BIN MOHAMED JAFER ALI
Seremban 3 mac- Program Mesej Dari Penjara anjuran Penjara Seremban bersama PRK KTA, telah diadakan di Kolej Teknologi Alpha (KTA) Seremban. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Pengarah Penjara Seremban, dan dirasmikan oleh pegawai (HEP) dari Kolej Teknologi Alpha, Negeri Sembilan. Turut hadir sama dalam majlis tersebut Pengarah Pengurusan Banduan, Pengarah Penjara negeri sembilan dan mahasiswa serta mahasiwi daripada beberapa fakulti di dalam Kolej Teknologi Alpha (KTA).

Program yang dijalankan pada hari khamis ini telah menarik ramai minat pelajar dari Kolej Teknologi Alpha dalam menyertai program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga jam 2 petang. Antara aktiviti yang berlangsung pada program ini adalah, ucapan dari wakil penjara negeri Sembilan serta kata-kata semangat dari wakil (HEP) kepada pelajar bagi sentiasa mengamalkan kehidupan yang harmoni dan sihat.

Acara diteruskan dengan persembahan dari Kelab Pembimbing Rakan Kampus (PRK), seterusnya diikuti penerangan oleh pegawai Penjara Seremban. Seterusnya ucapan bertajuk 'Jalan Kembali' yang disampaikan oleh wakil penjara negeri Sembilan kepada pelajar. Program ini diselitkan dengan aktiviti bersama wakil penjara seremban iaitu seperti perlawanan catur, congkak dan banyak lagi permainan tradisional.

Pelbagai maklumat berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh banduan didalam tempoh tahanan mereka. Segala maklumat ini disampaikan oleh pegawai yang bertugas di tempat pameran. Di dalam program ini, mahasiswa dan mahasiswa diberi peluang untuk bertanya kepada pegawai yang bertugas dan secara tidak langsung akan memperolehi maklumat mengenai pameran dan info yang berguna dalam kehidupan seharian.

Program ini memberi kesan yang amat baik kepada masyarakat dan pelajar. anggota masyarakat khususnya kalangan remaja perlu terus didedahkan dengan hukuman sebagai kesedaran serta takut akan pembalasan terhadap jenayah dilakukan agar mereka berusaha menghindarkan diri daripada terjebak melakukan kesalahan. Program ini bertujuan untuk memupuk perasaan takut akan jenayah dan memberi kesedaran kepada mereka akan keburukan jenayah.

Pelbagai peralatan yang ditunjukan di waktu pameran tersebut, seperti alatan banduan untuk dijadikan senjata dan seni kraf tangan yang dihasilkan oleh banduan, turut dibawa tali gantung yang digunakan unutuk hukuman. Diwaktu pameran, pelajar diberi nasihat, Antara kata-kata dari salah seorang pegawai dari tempat pameran tersebut, “Sebenarnya, kita nak cegah anggota masyarakat daripada menjadi penghuni penjara dan bagi mereka yang menerima hukuman, kita nak pastikan banduan menjalani program pemulihan supaya apabila keluar nanti, dia boleh cerita pengalaman kepada orang sekeliling, Sebab itulah kita sasarkan pelajar atau golongan muda untuk mengikuti program ini supaya mereka takut melakukan kesalahan dan takut untuk melanggar disiplin kerana ini boleh mengorbankan masa depan mereka. Pada masa sama, kita juga minta kerjasama kerajaan negeri untuk turut sama menjayakan program ini. Penjara sebenarnya pilihan terakhir untuk mana-mana pesalah” katanya.

Dengan program seperti ini, secara tidak langsung ia akan memberi kebaikan dan memperbanyakan lagi ejen perubahan dan pembangunan bagi menyebarkan maklumat mengenai kesan buruk jika melakukan jenayah. Dengan kesedaran yang diterapkan ini, ia akan mampu meningkatkan taraf pemikiran dan kepentingan kehidupan harmoni tanpa ganguan jenayah. Tanpa jenayah maka tiada lagi banduan dan masyarakat akan lebih aman dan selamat.

Dihujung program tersebut pegawai dari penjara memberi banyak nasihat dan kata-kata semangat kepada pelajar Kolej Teknologi Alpha (KTA). Dan ucapan terima kasih dari kumpulan pelajar bersama Kelab Pembimbing Rakan Kampus (PRK). Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP), berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi kesedaran secara berterusan dan membina masyarakat yang harmoni dan selamat.