Tuesday, 10 May 2016

KEBAIKAN MADU UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKKAN

Oleh: Ganit Gunarso Serung


Pada masa sekarang kesihatan dan kecantikkana merupakan salah satu trend dalam masayarakat terutamanya wanita dan orang tua kerana mereka taksub dalam menjaga kesihatan dan kecantikkan. Hal ini kerana, lebih baik mencegah daripada penyakit daripada kita mengubatinya. Dalam hal ini, terdapat banyak kebaikan yang boleh kita dapati dari madu lebah. Hal ini kerana, setelah dibuat kajian oleh beberapa ahli saintis negara mengatakan madu lebah merupakan ubatan tradisional yang sesuai untuk setiap lapisan masyarakat tidak mengira umur atau jantinanya. Terdapat beberapa  tempat yang sering diperkatakan di media dalam menjual madu lebah iaitu di Cameron Highland.

Dengan perkembangan industri bunga di sini yang kian pesat membangun, maka lebah madu juga menjadi satu perniagaan dan tarikan pelancong ke Cameron Highlands. Lokasi ladang lebah madu ini terletak di Habu, Ringlet, kira-kira 4km dari Ringlet dan 12km sahaja dari Tanah Rata. Oleh kerana jalan masuk ke ladang ini sama dengan jalan masuk ke Boh Plantation, maka pengunjung biasanya akan melawat ladang ini sekaligus melawat Boh Plantation. Boh Plantation hanya 5km sahaja dari ladang lebah madu ini.

Pengunjung akan berjumpa 2 papan tanda besar menunjukkan jalan masuk kesana. Satu menunjukkan Boh Plantation dan satu lagi Bee Farm. Dari simpang jalan besar tersebut, ladang ini hanya 650meter sahaja. Setelah masuk lebih kurang 650meter, pengunjung akan jumpa pintu masuk ke ladang tersebut. Ada tempat letak kereta yang luas disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Terdapat banyak manfaat dalam menikmati pemakanan madu lebah ini. Manfaat dalam menjaga kesihatan dan kecantikkan terutamanya dalam memelihara kulit bagian luar bagi seseorang wanita. Sebagai contoh, masalah seperti jerawat, bintik hitam, kulit kering, kulit kusam, mata panda dan masih banyak lagi bisa ditangani dengan mengoleskan madu dan beberapa bahan lain.

Antara kebaikan dalam pengambilan madu di dalam kalangan masyarakat ialah:

Pertama mengurangi gejala alergi dan asma. Madu merupakan agen anti-inflamasi yang merupakan ubat alami untuk mengurangi gejala alergi dan asma. Di dalam tubuh madu sangat efektif menangani bersin yang diakibatkan oleh alergi terhadap suatu benda.

Kedua mencegah bakteri. Madu juga agen anti-bakteri yang melindungi tubuh dari infeksi bakteri penyebab penyakit, jika digunakan sebagai ubat luar alami dapat melindungi luka bakar dari serangan bakteri. Di samping itu juga menangani bekas luka akibat gigitan serangga, misalnya lebah.

Ketiga menurunkan berat badan. Di dalam madu terdapat tiga kandungan yang sangat dibutuhkan oleh tubuh, yaitu vitamin, mineral dan asam amino. Ketiga bahan alami tersebut bertugas sebagai pengontrol berat badan jika tinggi diturunkan begitupun sebaliknya sehingga menjadikan kita terbebas dari penyakit obesiti.

Keempat sebagai ubat batuk dan radang sakit tekak. Dalam rawatan tradisional untuk menyembuhkan batuk yang tak kunjung henti disertai rasa gatal pada tekak. Cara yang lebih sesuai dan baik ialah dengan membuat teh madu yang dicampur lemon, serta air pada suhu panas atau suam. Sesudah minum madu tersebut jangan lupa juga untuk minum air putih agar  rasa manis dalam madu dan lemon tidak tertinggal di tekak kita.

Kelima ialah menjaga fungsi saluran cerna. Rutin minum satu gelas susu dengan tambahan dua sendok makan madu hutan sangat baik untuk memelihara fungsi saluran cerna, terlebih jika Anda minum sebelum tidur.

Keenam ialah memberi tambahan energy. Jika tubuh kita merasa lelah karena pekerjaan yang cukup menguras tenaga, pada waktu lapang atau rehat minumlah secawan teh madu tanpa gula. Madu merupakan penambah energi tambahan kerana di dalamnya terdapat kandungan karbohidrat yang cukup banyak. Menjadi seseorang atlet, tentu sering bergerak dan  selalu mengalami kelelahan. Glukosa yang terdapatdalam madu juga memberikan dorongan energi secara instan agar tenaga tubuh meningkat pesat.

Ketujuh meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Tubuh akan lebih kuat terhadap infeksi bakteri penyebab penyakit pada setiap kali kita memberikan nutrisi yang cukup. Untuk melengkapi nutrisi yang kurang, kita mestilah mengamalkan madu sebagai bahan yang setiap hari serta wajib untuk tubuh kita.

Kelapan mengatasi insomnia. Berdasarkan suatu kajian yang telah dijalankan iaitu campuran antara kayu manis dan madu yang dijadikan teh herbal dapat menenangkan badan. Hal ini dapat dilakukan pada waktu malam ketika menghadapi insomnia atau susah untuk tidur.

Kesembilan memelihara kesihatan akar rambut. Madu memang terkenal akan khasiat bagi kesihatan rambut. Kita boleh merawat pertumbuhan rambut, mencegah rambut kusut dan menjauhi permasalahan pada rambut lain cukup dengan menggunakan madu setiap hari.
Selain baik untuk kesihatan, madu juga dikenali sebaikan kebaikan untuk kecantikan. Antaranya ialah mengangkat kotoran: Menggunkan masker dari madu, kemudian biarkan selama 30 minit hingga mengering, terakhir bilas wajah kita dengan air suam dengan menggunakan kain bersih. Perawatan ini boleh kita lakukan balik dari kerja, tujuannya untuk membuang kotoran atau  debu yang terlekat pada wajah.

Kedua mencerahkan kulit iaitu madu yang dicampurkan dengan tomato boleh dijadikan scrub untuk memutihkan kulit tangan dan kaki. Pertama kita buat dulu madu dengan tomato yang sudah ditumbuk halus sehingga terbentuklah dalam tebal. Sapukan pada seluruh kulit tubuh kecuali muka dan rehat selama 15 minit agar kandungan dalam kedua-dua bahan berhubung dengan menghasilkan ketegangan kulit, setelah itu bersihkan dan nikmati kesegaran yang dihasilkan.

Ketiga menghilangkan bekas jerawat iaitu madu akan membantu pembentukan kolagen yang diperlukan kulit agar tampak lebih muda. Selain itu, kolagen juga dapat menghilangkan bekas jerawat. Kita boleh menyapu madu ke kulit wajah secara rata untuk hasil yang baik.

Keempat sebagai kodisionar rambut iaitu menggunakan campuran madu dan minyak zaitun untuk mengusap rambut dari kulit kepala ke hujung rambut. Biarkan selama satu jam di kulit kepala dan rambut, kemudian bersihkan dengan air sejuk. Sudah pastinya kita akan melihat  rambut berkilau dan lembut dalam sekejap.

Kelima memperlambat penuaan seseorang itu pada usia tuanya. Satu sudu teh madu sudah dapat menunda proses penuaan kulit kita. Jika kuantiti ditambahkan akan membantu melambatkan penuaan dengan mempertahankan ketegangan dan hilangkan jalur-jalur runsing pada dahi kulit.

Keenam membuat kulit kenyal iaitu jika kita ingin memiliki kulit halus dan kenyal, caranya ialah mencampurkan 3 sudu teh air putih dengan 1/4 gelas madu. Kemudian letakkan pada kulit wajah selama 15 minit. Jika sudah kita bersihkan dengan air jernih. Untuk lebih yakin setelah membuat semua rawatan itu lihatlah pada cermin supaya kelihatan berkeyakinan.

Ketujuh melembabkan kulit iaitu madu dapat mengurangi kesan negatif dari kulit yang terbakar oleh matahari. Hal ini selalunya dialami oleh wanita yang sering ditugaskan bekerja di tempat yang panas seperti yang bekerjaya sebagai jurutera dan di kawasan istilahnya sebagai padang. Jadi sangat penting merawat kulit dengan madu sehabis kerja agar kulit tetap terjaga kesihatannya.

Kelapan mencuci rambut iaitu kita boleh campurkan shampo yang biasa kita gunakan dengan madu secukupnya untuk mencuci rambut. Caranya ialah kita harus membiarkan kedua-dua bahan melekat pada rambut selama 2 jam agar kandungannya dapat mengubati rambut yang rosak.

Kesembilan mengubati bekas luka pada wajah. Kombinasikan antara minyak almond, susu bubuk, air jeruk nipis bersamaan untuk membuat masker wajah yang dapat mengubati bekas luka. Sebelum digunakan, campuran ketiga-tiga bahan dan simpan dalam peti sejuk selama satu minggu.

Kesepuluh mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Madu jauh lebih baik seperti lip balm kerana khasiatnya dalam melembabkan bibir yang kering dan pecah-pecah.

Kesebelas menjaga kelembutan kulit. Buat scrub dari kacang tanah, madu dan jus lemon. Gosokkan pada kulit tangan dan kaki selama 5 minit kemudian bersihkan. Kacang tanah akan bertugas mengelupas kulit, jus lemon membantu menghilangkan kotoran dan madu akan memelihara kulit tetap lembut.

Keduabelas mengatasi kedutan kulit pada usia muda. Campuran jus bawang  dengan madu sangat baik untuk mengatasi kulit yang berkedut pada usia muda. Hasilnya, kulit setiasa menawan dan kita kelihatan menawan. Telah tersenarai dua belas kebaikan madu untuk kecantikan. Hal ini menunjukkan bahawa madu sememangnya baik dan berkesan untuk setiap lapisan masyarakat terutamanya wanita. Wanita merupakan seseorang individu yang sentiasa berfokuskan kepada kecantikannya. Jadi madu ini sangat sesuai dalam menjaga kesihatan dan kecantikan.

Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu . Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering. Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyifatkan bahawa madu lebah ini memberi kesan postif pada masyarakat.

Madu lebah ini juga telah memberi banyak kebaikan dari segi keuntungan dalam industri kecil dan sederhana (IKS). Hal ini kerana, ramai masyarakat telah mengetahui mengenai kebaikan madu lebah ini membawa kepada kesihatan dan kecantikan. Perkara ini telah menyebabkan permintaan yang tinggi di pasaran. Permintaan ini termasuklah membawa kepada peningkatan ekonomi negara Malaysia dalam perniagaan. Selain penduduk Malaysia sendiri, orang asing iaitu pelancong yang melancong ke Malaysia mempunyai minat untuk membeli madu lebah.

APIKULTUR (Apiculture) adalah aktiviti penternakan lebah madu komersil dan lain-lain penghasilan produk daripada lebah dan haif lebah seperti produk propolis, lilin lebah, royal jelly, venom lebah, debunga dan sebagainya. Dalam bahasa Inggeris dan saintifik ia disamakan dengan "Penternakan Lebah" atau dalam bahasa biasa sebagai "BEEKEEPING". Ini kerana koloni lebah telah diternak didalam rumahnya yang dipanggil sebagai Haif (Hives) dan diuruskan dengan satu sistem pemeliharaan yang komersil. Kalau zaman dahulu lebah madu lazimnya liar dan membuat sarang dimana-mana dalam ekologinya, kini aktiviti menternak lebah madu dan kelulut di Malaysia menjadi satu industrii yang semakin mendapat perhatian kerajaan. Kini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Program Ternakan Agropreneur Muda Lebah Madu membolehkan golongan muda berumur diantara 18 - 40 tahun dilatih dan diberikan bantuan pinjaman untuk menternak lebah madu dan kelulut. Ternakan lebah madu merupakan satu daripada High Impact Project (HIP) yang dikenalpasti oleh kerajaan sebagai satu pendekatan dalam Agriculture Transformation Program (ATP) iaitu Inisiatif ke 7. Pada masa ini terdapat seramai sekitar 600 - 700 orang usahawan lebah madu dan kelulut di Malaysia yang direkodkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2014 dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 730 metrik tan madu setahun. Mereka merupakan usahawan yang menternak Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera), Pemburu Lebah Tualang (Apis dorsata) dan juga Usahawan Kelulut (Trigona spp).  Dua spesis kelulut yang popular diternak secara komersil di Malaysia adalah Trigona itama dan Trigona thoracica. Industri apikulutr di Malaysia masih jauh dibelakang berbanding dengan beberapa negara jiran yang lebih ramai usahawan dan pengeluarannya. Walau pun industri ini diletakkan dalam ATP melalui HIP tetapi tidak ada projek khusus dengan jumlah peruntukkan untk pembangunan industri ini. Industri apikultur amat sensitif dengan alam sekitar dimana jika berlaku perindustrian dan pencemaran persekitaran maka aktiviti perlebahan juga akan terjejas dan tidak praktikal. Artikel petang Ahad ini say amenulis lagi mengenai Apikultur di Malaysia dalam "Anim Agro Technology" untuk bahan rujukan pembaca semua.
  
Industri Apikultur di Malaysia masih perlukan sokongan semua pihak untuk menjayakannya. Malaysia mengimport 80% daripada keperluan madu lebah dari luar negara (terutama daripada negara China, Vietnam dan Australia) dengan jumlah import sebanyak 2,912 metrik tan pada tahun 2012 (Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia). Nilai import adalah sebanyak RM42 juta untuk kegunaan domestik dan industri. Jumlah pengeluaran tempatan madu lebah pula hanya 730 metrik tan atau pun cuma 20% sahaja daripada keperluan tempatan. Walau induatri lebah ini telah dimulakan semenjak tahun 1980'an (masa itu saya baru keluar universiti) tetapi tidak banyak pencapaian dalam pengeluaran madu lebah tempatan. Masa dahulu hanya sumbangan pemburu lebah tualang dan penternakan lebah keran sahaja yang dibuat. Kini dengan cara memperkenalkan Lebah Import dan aktiviti Penternakan Kelulut ianya telah sedikit sebanyak mengubah senario apikultur di Malaysia. Walau pun begitu Malaysia mencatatkan data eksport madu lebah sebanyak RM 21.2 juta mungkin dalam bentuk produk akhir atau pun madu segar ke Singapura. Persaingan madu lebah tempatan dengan madu lebah import dari segi kualiti, harga, promosi, pembungkusan dan kepercayaan pengguna masih perlu ditambah baik. Lebah madu import terutama daripada Australia masih mempunyai kepercayaan pengguna berbanding dengan madu lebah daripada China dan Vietnam (Laporan Kajian Madu Lebah Jabatan Pertanian Malaysia 2012). Kehadiran madu lebah tiruan dikatakan mencecah lebih dari 60% dipasaran tanpa diketahui oleh pengguna. Walau telah ada beberapa kes tangkapan dilakukan tetapi pengedaran dan penjualan madu lebah tiruan masih berlaku.


Penulis yang terlibat lama dalam industri lebah ini mendapati terdapat 45 peratus usahawan sedia ada lebah menternak Lebah Keran (Apis cerana) yang selalu dilakukan secara kecil-kecilan dikawasan dusun dan tanaman kelapa (Sila lihat foto sebelah diambil penulis di Jasin, Melaka). Lebah Keran adalah natif atau berasal dari negara kita yang bersaiz kecil dan liar dikawasan dusun, kelapa dan tanaman campuran. Dahulu ia diperangkap dengan memasang gelodog (Sila baca arikel saya sebelum ini - Sila klik disini).  Lebah liar ini akan dimasukkan kedalam haif papan yang dibuat dengan ada kotak super diatasnya. Bagaimana pun hasil daripada lebah keran adalah sangat rendah dan ia dikategorikan sebagai 'lebah garang' kerana suka menyengat terutama jika ada banyak madu. Penternakan Kelulut (Trigona spp) meliputi 26% daripada jumlah keseluruhan usahawan perlebahan di Malaysia yang direkodkan pada 2014. Bagaimana pun jumlah ini meningkat berganda pada tahun 2015 akibat kempen dan minat ramai usahawan baru. Ini disebabkan kelulut adalah serangga tidak menyengat (Stingless bee) yang menghasilkan madu walau pun sedikit tetapi harganya jauh lebih mahal. Kini Kelulut menjadi tarikan ramai kerana ia mudah diternak berbanding dengan lebah madu. Ketiga adalah penternak Lebah Import iaitu seramai 27.2% daripada jumlah penternak di Malaysia. Mereka kebanyakannya tertumpu di kawasan Hutan Akasia, Kawasan Hutan Gelam dan beberapa ladang Nenas di Johor. Lebah Import ini lebih produktif dan menguntungkan jika usahawan tersebut mempunyai kemahiran dalam penternakan komersil ini.

Laporan juga menyatakan hanya sekitar 11 orang (0.8%) yang terlibat dengan aktiviti memungut madu dari Lebah Tualang (Apis dorsata). Lebah Tualang melipakan lebah liar yang hanya bersarang dikawasan hutan diatas dahan pokok tualang yang tinggi (Sila lihat foto disebelah). Pokok Tualang dihutan kawasan utara Semenanjung Malaysia seperti di Perak, Kedah dan Terengganu lebih banyak populasi lebah ini berbanding dengan hutan kawasan lain. Aktiviti memungut lebah tualang ini adalah sukar dan merbahaya dan lazimnya ia menghasilkan kualiti madu premium dan berharga tinggi. Lebah tualang tidak boleh diternak seperti lebah lain dan kelulut. Malaysia dijangka akan memajukan seramai 500 orang usahawan penternak lebah madu dan kelulut komersial dalam tahun 2020 yang mampu mengeluarkan 3,500 metrik tan madu melalui program khas seperti dinyatakan dalam Bulu Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Program Agropreneur Muda Lebah dan kelulut yang mula diperkenalkan pada 2012 telah pun mampu menghasilkan seramai 15 orang usahawan muda lebah madu dan 20 orang usahawan muda kelulut sehingga 2015. Mereka diberikan latihan dan bantuan kewangan melalui pinjaman dari Agrobank dan TEKUN serta bantuan input 30% daripada kerajaan pusat. Adalah menjadi harapan agar industri Apikultur di Malaysia dimana akan datang mampu menyumbangkan pendapatan kepada negara.