OLEH: NAZATUL AMYLIA
Kehidupan
penuh dengan pelbagai perkara sama baik atau buruk, positif atau negatif. Itu
semua merupakan asam garam kehidupan. Tanpa tekanan kehidupan kita pasti tidak
bermakna. Ramai orang yang cuba untuk tidak meletakkan diri mereka dalam
keadaan tertekan. Tekanan tidak diminta kerana ia datang tidak diundang.
Tekanan atau stress boleh mematangkan pemikiran yang pasti mencetus tindakan
yang akan mewarnai kehidupan dijadikan pengalaman.
Dalam
islam, tekanan atau stress boleh dikatakan kesenangan dan kesusahan merupakan
ujian Allah yang semata-mata untuk menguji ketakwaan hambaNya. Allah SWT telah
memberikan panduan terbaik dalam menangani ujian sebegini melalui firman-Nya
dalam surah al-Baqarah ayat 155-156,
maksudnya :
“Demi sesungguhnya!
Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengai
merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan
jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang apabila mereka
ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: sesungguhnya kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Hakikatnya, tekanan adalah satu lumrah selagi kita
bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka
atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat atau jika
ditangani dengan baik mungkin sesuatu yang lebih mudarat boleh berlaku. Ini
semua bergantung individu itu bagaimana
penerimaannya. Stress atau tekanan boleh membantu atau mungkin juga memberi
kemudaratan dalam kehidupan.
Tekanan atau stress perasaan telah mendefinisikannya
sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh
sesuatu bebanan yang memimpinya”. Menurut Dr. David B. Posen, stress ini boleh
wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup
seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan
perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai ‘eustress’ dan ada
pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai ‘distress’.
Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam
hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan
lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan.
Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di
saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu.
Ketika
stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama
‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan
beberapa perubahan yang berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk
melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung
bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah
kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan
bertambah (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah
seterusnya. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam
hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar
menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa
kita.
Gejala
umum stress? Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang
keperluan atau sumber yang ada pada dirnya. Manifestasinya adalah
berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian iaitu fizikal,
mental, emosi dan perangai. Fizikal seperti keletihan, pening kepala, susah
tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan
jantung yang kuat, sakit dada, loya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.
Mental seperti hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak
boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka. Selain itu, emosi
seperti risau, sentiasa bimbang, marah, mudah kecewa, sentiasa kecewa, sentiasa
takut, sensitive, mudah hilang sabar dan panas baran. Terakhir, perangai
seperti keluh-kesah, mengigit kuku dan makan yang berlebihan, maki hamun,
merokok, dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
Stress
berlaku apabila seseorang menghadapi masalah besar dan berfikiran negatif
terhadap sesuatu perkara. Terlalu banyak faktor yang menyebabkan stress berlaku
dalam seseorang individu. Antara punca stress adalah mengalami masalah hidup
seperti masalah kewangan, rumahtangga, persahabatan dan stress juga disebabkan
oleh faktor sekeliling.
Tanpa
disedari, stress akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan manusia jika
mengalami tekanan yang berterusan. Oleh yang demikian, individu haruslah bijak
untuk menangani masalah stress yang berlaku dalam diri manusia.
Masalah
kesihatan dan penyakit-penyakit yang berpunca dari stress? Sakit jantung dan
angina ahmar (stroke) merupakan penyakit yang berpunca daripada stress. Stress
akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini
akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi
saluran pemuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping
memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang
boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku.
Insomnia
atau susah tidur turut berpunca daripada stress. Hal ini kerana, stress boleh
menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur menyebabkan stress, satu
pusingan yang amat membinasakan. Di amerika saja, jumlah mereka yang diserangi
masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang.
Kesugulan
dan tekanan hasil daripada stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah
dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan
penyakit yang telahpun menghidapinya.
Penyakit-penyakit
pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas
seorang yang menghidap stress disebabkan oleh peningkatan pegeluaran asid
ketika diserangi stress, terutamanya, jika ia menyebabkan kemurungan dan
kemarahan yang tahap maksimum.
Tekanan
atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’
seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini
berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan
kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. Kajian ini juga
telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan
seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke 90% dan dijangkiti virus
selesema di sekitar 27 ke 47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak
aktif menjadi aktif semula.
Stress
perlu ditangani dengan baik. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya
kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus menganggu kehidupan
seharian. Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai
bentuk stress dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.
Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan
baik.
Ada
sebilangan besar masyarakat meleraikan kekusutan jiwa tanpa pertimbangan akal
sihat dan panduan agama. Contohnya bersukaria, menikmati muzik,berkaraoke,
menari dan mengambil ubat penenang. Ketenteraman yang diperoleh cara demikian
sesungguhnya tak lebih hanya bersifat sementara dan sekadar anggapan belaka.
Antara
cara untuk mengatasi stress adalah mengatur pemakanan yang betul, makanan
adalah penting untuk individu mempunyai tenaga bagi menjalankan aktiviti
seharian. Pemilihan makanan akan mempengaruhi tenaga kita sekaligus
mengurangkan perasaan stress tersebut timbul. Tambahan lagi, pengambilan
makanan secara diet yang seimbang juga akan dapat menambah zat makanan yang
diperlukan dalam tubuh manusia. Dengan itu, adalah amat penting untuk mengambil
makanan yang menjamin kesihatan tubuh badan.
Langkah
seterusnya berfikiran positif. Hal ini amat penting untuk kita berfikiran
secara bernas dan bijak ketika berada dalam sesuatu situasi jika kita berfikir
secara positif dan rasional. Oleh itu, seseorang akan lebih mudah mengawal
emosi jika berfikiran positif dan bersedia untuk mencari alternatif
penyelesaian yang terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah tanpa perlu
menpengaruhi kesihatan diri sendiri.
Selain
itu, individu juga tidak perlu membebankan diri masing-masing. Hal ini berlaku
apabila seseorang itu menaruh harapan yang tinggi pada sesuatu hingga terlupa
akan kemampuan diri yang dimiliki. Oleh itu, individu harus sedar akan
kemampuan kita kerana stress akan berlaku jika kita tidak mendapat apa yang
diinginkan atau mengalami kegagalan. Lalu, jalan penyelesaian adalah melakukan
tugasan secara sistematik agar perasaan stress dapat dielakkan dari semasa ke
semasa.
Berehat
juga boleh mengatasi stress. Kebiasaanya, individu yang mengalami stress akan
sibuk dan akan kekurangan masa untuk tidur. Hal ini bermaksud tubuh badan tidak
memperolehi rehat yang secukupnya lalu ia akan memudaratkan kesihatan
seseorang. Oleh yang demikian, seseorang individu hendaklah mengatur masa tidur
dan rehat secara sistematik agar tubuh badan tidak menjadi lemah. Tambahan
lagi, beriadah dan mendengar music secara sendiri juga boleh merehatkan minda
daripada masalah stress.
Alternatif
yang seterusnya ialah berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan. Sebagai
serorang manusia, kita hendaklah berinteraksi dengan orang lain agar hidup
tidak berseorangan. Hal ini kerana berseorangan juga boleh menimbulkan perasaan
stress. Kita perlukan seseorang untuk menyokong dan mendorong supaya hidup
lebih bermotivasi dan ia juga akan menghilangkan rasa rungsing yang berasa
dalam fikiran. Oleh itu, individu haruslah meluangkan masa bersama keluarga dan
rakan-rakan pada masa kelapangan.
Kesimpulannya,
kita sebagai hamba yang taat harus selalu menginati pencipta kita. Tidak kira
dalam keadaan senang atau susah. Ada banyak cara untuk kita menginati Allah SWT
salah satunya adalah dengan zikir. Doa adalah senjata kita orang mukmin. Hanya
kepada tuhan sahajalah kita bergantung. Jadi kepada Dia sahaja kita
meminta pertolongan. Apabila kita
stress, rasa terbeban, kita berdoalah agar diringankan bebanan yang kita sering
hadapi. Semoga termakbul doa kita dan dapat menghilangkan rasa stress kita.