Sunday, 15 May 2016

Program E-Learning Di Malaysia

Oleh :Norhairnadiana bt Tukiman

Sejak dilahirkan, manusia mula mengalami proses pembelajaran yang berterusan. Setiap hari, kita belajar secara tidak formal melalui aktiviti kehidupan harian dan persekitaran. Apabila sudah cukup umur, kita menerima pendidikan formal di sekolah dan institusi untuk mencapai matlamat kurikulum tertentu. Merujuk kepada Ellington, Henry (1999), pembelajaran ialah perubahan kekal secara relatif dalam tingkah laku manusia hasil daripada latihan atau pengalaman.

Manusia belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang supaya dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan harian. Sekiranya kita meninjau kaedah pembelajaran yang ada di seluruh dunia pada hari ini, kita mendapati bahawa konsep pembelajaran sudah berubah. Perkembangan teknologi dan peningkatan kepentingan penghantaran maklumat berkomputer telah membawa kepada e-learning atau e-pembelajaran.

Menurut Mosher, (2005), e-learning telah mengubah lanskap pembelajaran dari pengajaran di bilik darjah kepada pembelajaran di depan desktop. Oleh itu, pembelajaran menjadi hal yang peribadi dan strategi penilaian yang efektif menjadi semakin penting.

Di Malaysia, kehadiran e-learning masih lagi baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat khasnya di US, di mana sesetengah sekolah telah menjadikannya sebagai satu kaedah asas pembelajaran bagi menggantikan teknik-teknik pembelajaran tradisional. E-learning di negara kita lebih menjurus kepada pembelajaran secara jarak jauh dan online yang kebanyakannya hanya ditawarkan di peringkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan usahasama dengan Universiti-universiti luar negara.

Antara pusat pengajian tinggi tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL (Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh). UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bachelor Komunikasi secara maya. Walaupun yurannya kelihatan agak tinggi berbanding dengan program ijazah saluran biasa, namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya ia dianggap berbaloi, dengan jadual kuliah yang fleksibel, nota dan tutorial yang boleh didapati daripada Internet serta kuliah secara online. Dengan tidak disedari, ianya dapat menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi mereka yang berkerja sepenuh masa serta tempat tinggal yang jauh dari universiti. Dalam erti kata yang lain, melalui pembelajaran secara maya ini, tiada lagi jurang masa dan jarak yang menjadi halangan untuk belajar.

Dengan disokong oleh kecanggihan sistem rangkaian seperti Internet serta teknologi digital, konsep e-learning seperti web portal dan online jarak jauh seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak. Adalah diharapkan dengan adanya konsep e-learning ini, mutu pendidikan negara akan meningkat. Secara tidak langsung visi negara dalam usaha menambahkan kadar celik IT sedikit sebanyak akan berjaya dalam tempoh terdekat ini. Kaedah e-learning ini seharusnya diperkenalkan secara lebih meluas bermula dari peringkat sekolah rendah bagi memupuk pelajar khasnya kanak-kanak mencintai ilmu pengetahuan disamping merangsang minat mereka untuk belajar.

Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Kolej Swasta semuanya sedang berusaha untuk menggunakan 'e-learning' sebagai teknik yang terkini untuk menyampaikan modul-modul mereka. Begitu juga syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan 'e-training' bagi melatih pekerja mereka. Maka adalah wajar 'e-learning' diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perkembangan IT yang begitu pesat sekali. Kita tidak seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian e-learning' siap sebelum ianya diperkenalkan kepada pelajar kita. Perlu diingatkan juga bahawa unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak ke dalam bahan 'e-learning'. Walau bagaimanapun 'e-learning' yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah.

Proses E-Learning sekarang kebanyakannya menggunakan asas laman web dan juga penggunaan teknologi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan jurnal oleh Nichols, M. (2008), E-Learning adalah sebagai "Pedagogy empowered by digital technology". Melihat kepada definisi yang dinyatakan oleh Nichols, M. tadi, E-Learning boleh ditafsirkan sebagai proses pedagogi yang dimantapkan lagi oleh penggunaan teknologi digital seperti penggunaan laman web, alatan elektronik dan media elektronik.

 Pendapat Pollard & Hillage (2001) yang menyatakan bahawa pelajar bukan sahaja memerlukan sokongan tetapi juga memerlukan tempat untuk belajar tanpa gangguan. Ini menunjukkan persekitaran untuk pelajar boleh dikira sebagai halangan dalam proses pembelajaran. Selain itu, Bates (1997) percaya terdapat empat tujuan utama yang menyebabkan penggunaan teknologi di Pendidikan Tinggi, antaranya termasuk membaiki kualiti pembelajaran, membaiki pengaksesan kepada pendidikan dan latihan, mengurangkan kos pendidikan serta membaiki kos efektif bagi 3 pendidikan.

Walaupun begitu, penggunaannya yang meluas dalam bidang pendidikan adalah dipengaruhi oleh iklim atau persekitaran tempat seseorang itu belajar, institusi atau kampusnya, kelompok dan juga masyarakatnya. Kita perlulah sedar bahawa pembangunan dan perubahan dalam sains dan teknologi telah membawa banyak perubahan kepada aspek ekonomi, industri, perniagaan, sosiobudaya dan juga politik sesebuah negara (Mohd Yusof, 2000).

Kerajaan akan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat melalui penggunaan ICT seperti pembelajaran jarak jauh. Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) gelombang pertama akan diperluaskan ke seluruh negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan setelah Kerajaan menemukan keberkesanan pelaksanaannya. Konsep sekolah bestari akan diperluaskan untuk merangkumi 8,000 sekolah pada masa depan melibatkan pelaksanaan aplikasi perdana gelombang kedua yang akan memberi tumpuan kepada usaha menarik pemaju teknologi tercanggih dan terkini serta menggalakkan aktiviti R&D dan pemindahan teknologi. ... infrastruktur asas ICT telah pun disediakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh.

Untuk lima tahun akan datang, tumpuan kita adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai "hub" ICT clan multimedia di peringkat global. Untuk tujuan ini, infrastruktur ICT akan dinaik taraf melalui beberapa insiatif termasuk meningkatkan keupayaan tulang belakang penghantaran sehingga 10 gigabits sesaat dan memperkenalkan Sistem Pengurusan Rangkaian untuk menyediakan pekhidmatan yang lebih baik. Infrastruktur ICT juga akan diperluaskan ke kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang digital. Antara program yang akan dilaksanakan termasuk Infodesa dan Internet Desa yang menawarkan kursus kesedaran dan latihan.

Wahyu Idrus dan Yahya Buntat (2007) dalam kajian mengenai Aplikasi ELearning dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah-sekolah di Malaysia pula menyatakan bahawa perkembangan E-Learning di Malaysia masih lagi baru berbanding dengan negara-negara barat dan Singapura. Dimana sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan „on-line‟ yang kebanyakannya diperolehi hanya pada peringkat universiti dan kolej swasta.

Oleh kerana kaedah pembelajaran jarak jauh dan „on-line‟ ini dapat ditawarkan 6 hanya dengan kerjasama universiti luar negara telah menyebabkan kos yang ditanggung oleh pelajar agak tinggi dan membebankan. Namun begitu hampir setiap institusi pengajian tinggi di Malaysia sama ada awam mahupun swasta telah menggunakan sistem E-Learning.

E-learning sememangnya merupakan suatu strategi baru dalam bidang pendidikan yang berbeza dengan kaedah pembelajaran tradisional yang diamalkan. E-learning membolehkan pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih tempat, masa, kandungan dan hala tuju pembelajaran mengikut kehendak sendiri.

Selain itu, e-learning juga dianggap dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa kerana komunikasi boleh dijalankan sama ada secara asynchronous ataupun synchronous. (Jamaludin 3 Mohaidin, 2000; Rosenberg, M. J., 2001; Mosher, 2005; Broadbent, Brooke., 2002; Shea-Schultz dan Fogarty, 2002) Satu kajian besar tentang keberkesanan pembelajaran atas talian (online learning) telah menunjukkan bahawa pembelajaran menerusi Internet adalah sesuai untuk pendidikan tahap pengajian tinggi.

 Berbanding dengan kelas tradisional, kursus yang dilaksanakan atas talian mencatatkan tahap kepuasan pelajar yang lebih tinggi, pencapaian pelajar yang sama atau lebih tinggi, tahap pemikiran kritikal yang lebih tinggi dan perbincangan di antara pelajar dengan pengajar adalah lebih kerap. (Kearsley, Greg., et al, 1995).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai sebuah universiti yang bervisi untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia melalui kreativiti sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan ini dapat dibuktikan melalui pelancaran UTM sebagai sebuah Kampus Siber pada 16 Jun 1997. Salah satu aplikasi pembangunan projek kampus siber UTM ialah pelaksanaan program elearning. Program e-learning telah dikembangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan perisian WebCT pada semester II sesi 2001/2002 dan kemudian 4 bertukar menggunakan perisian sumber terbuka Moodle sebagai platform e-learning yang baru.

Hal ini demikian kerana pengajaran secara kuliah akan menjadi sesi penyampaian maklumat semata-mata kerana bilangan pelajar yang ramai. Selain itu, interaksi pelajar dengan pensyarah secara individu turut menjadi mustahil. Kaedah pengajaran yang pelbagai selain bentuk kuliah seperti perbincangan kumpulan, pembentangan kertas penyelidikan di seminar pendidikan, percambahan fikiran dan lain-lain adalah susah untuk dilaksanakan. Bilik kuliah yang besar untuk menampung bilangan pelajar yang ramai juga akan menyebabkan penggunaan alatan media menjadi kurang berkesan dan seterusya mengurangkan motivasi pembelajaran. Malah kesesakan dewan kuliah turut menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak lagi kondusif. (Jamaludin, 2000).

Pengerusi Persatuan Kolej Swasta Malaysia, Dato’ Dr. Yahya Ibarahim (2000) juga telah mengatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia telah berubah daripada pendidikan konventional kepada pembelajaran elektronik atau e-learning yang merupakan fokus konsep Sekolah Bestari negara kita. Selain itu, Prof Roy Leitch (2000) telah mengatakan bahawa peratus keberkesanan penyampaian pengetahuan daripada guru kepada pelajar hanyalah 30 peratus sahaja.

 Walau bagaimanapun, beliau mempercayai bahawa pengajaran yang berkesan dapat dipertingkatkan dengan penggunaan media elektronik. Dengan yang demikian, penggunan e-learning sebagai suatu penambahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah harus dipertingkatkan di institusi-institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Namun pelaksanaan e-learning harus dikaji dengan teliti sama ada ia sesuai dilaksanakan di sesebuah institusi. Selain itu, aspek keberkesanan dan faktor-faktor penggunaan e-learning juga harus dikenalpasti supaya pelaksaaan e-learning mendatangkan kesan kebaikan daripada keburukan.

Melalui sistem e-learning, setiap pelajar Fakulti Pendidikan yang berdaftar berpeluang untuk mengakses maklumat mata palajaran masing-masing pada bilabila masa dan di mana juga. Pelaksanaan e-learning telah menyediakan banyak manfaat kepada pelajar. Antaranya ialah menyediakan kemudahan untuk menyokong proses pembelajaran yang lebih fleksibel, meningkatkan kefahaman dan minat pelajar, menyediakan kemudahan untuk belajar mengikut kemampuan, mendedahkan kepada pelajar konsep pendidikan tanpa batas, dan menggalakkan pelajar menjadi lebih kreatif.

Sejak pelaksanaan e-learning, pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan (FP) terutamanya pensyarah di bawah Jabatan Multimedia Pendidikan telah bertungkuslumus untuk memanfaatkan penggunaan e-learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Didapati pensyarah selalu mengemaskimi kandungan dan maklumat mata pelajaran di laman web e-learning UTM. Pelajar-pelajar telah digalakkan oleh pensyarah untuk menggunakan e-learning bagi menghantar tugasan dan mengambil kuiz atas talian.

Kesimpulannya institut pengajian awam dan swasta semuanya sedang berusaha untuk menggunakan e’learning’ sebagai teknik yang terkini untuk menyampaikan modul-modul mereka. Begitu juga syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan ‘e-training’ bagi melatih pekerja mereka. Maka adalah wajar ‘e-learning’ diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah di amlaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perkembangan IT yang begitu pesat sekali. Kita tidak seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian e-learning siap sebelum ianya diperkenalkan kepada pelajar kita. Perlu diingatkan juga bahawa unsur kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak ke dalam bahan ‘e-learning’. Walau bagaimanapun ‘e-learning’ yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah.